Settle Hal Insuran Roadtax Kereta 20160629

Salam semua,



Dalam dok sibuk2 cari baju raya, keta pun minta sesuatu juga.. dalam keadaan yang ke'bajet'an ini terpaksa allocate kan sedikit utk settle kan insuran kereta. Tu pun sum insured tak tinggi. Settle kan hal insuran, lepas ni boleh ke pejabat pos untuk dapatkan roadtax.

Pengalaman aku tentang insuran keta nih, masa setahun 2 lepas, kereta ni pernah terlambat sebulan 2 utk dapatkan roadtax sebabnya kekurangan dana. Ada yang lebih penting nak guna duit tu. Jadi bila kemana2, aku memang agak menggelabah sebab takut di tahan polis or JPJ.. roadtax takde bai.. kalau kena tahan tak ke naya... so port2 yang polis selalu buat roadblock memang tak lalu... lagi pun setahun 2 lepas kereta jarang guna sebab isteri masih kerja di KL, jadi kami merempit ke tempat kerja, kereta cuma naik bila perlu jer...

Pengalaman2 hidup aku yang agak perit getir, memang kalau  boleh aku tak nak cerita. Namun adakalanya aku akan cerita sikit2 la, takde lah terbuku saja dalam ati nih... memang cukup menginsafkan. Sentiasa beringat kepada orang2 yang susah.. allahu akbar. Sekarang ni alhamdulillah, walau pun tak la berapa senang, masih di tahap paras hidung, namun dalam proses ke arah yang lebih baik..




0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.