Post 2016 yang pertama

Giler,... nak tulis blog macam orang.. tapi postnya setahun sekali.. apa citer bro... hahahaha...


                     

aku suka nak cerita, tapi tak berapa pandai nak karang ayat.. lepas ni aku nak kasi cantik sikit blog ni... baru la ada orang nak tgk...then try la tulis sikit2... kalau ada travel mana2, boleh la share kat sini...
Maybe aku akan tambah sorang lagi penulis, sapa lagi kan.. isteri kesayangan ler... dulu dia ada blog juga.. tak ingat dah apa nama blog dia... banyak juga la dia post... kira zaman muda mudi dulu la... gambo pun byk yang agak seksi2 juga la... hihihi...last post pun 2010 gamaknya... keh keh keh..
Alhamdulilllah, setakat 2016 ni, aku dan keluarga masih sihat bernafas, masalah kewangan yang runcing satu ketika dulu slowly2 kami clearkan untuk teruskan hidup.. Aku menghargai isteri aku yang betul2 menjadi tunjang dan tulang belakang aku... segala ujian yang aku terima dari Allah, mungkin tak dapat aku harungi kalau keseorangan, semangat utk survive di teruskan dengan ada keluarga, adik beradik dan kawan amnya dan isteri khasnya...
Seriously, memang tak kita jangka dengan haluan kehidupan kita, apa2 pun segala ujian yang di tempuh akan di jadikan teladan, Kita di dunia ni sememangnya sentiasa kena belajar dan kena sentiasa bersyukur...
Alhamdulillah, dalam perancangan akan datang, yang utama adalah clearkan utang dulu. Dah clear baru kitaorang nak cari keta baru dan rumah. Kereta sekarang masih boleh guna, tapi agak kurang relevan dengan bilangan ahli keluarga.. nak jalan jauh, sempit dol.. giler kau..
Aku harap sangat jalinan keluarga yang terjalin ini akan terus kekal selamanya... semoga Allah terus kurniakan kesihatan dan rezeki yang halal untuk aku, isteri dan anak2. moga sentiasa dalam keberkatan-Nya.. amin...

p/s.. nak try submit post atleast 1x sebulan.. hihihi.. kalau boleh seminggu 1 pun ok...

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.