Khasiat Peluk Isteri yg Patut kita Ketahui
Salam semua...
Aku ada terbaca pasal satu artikel nih, agak menarik perhatian. Khasiat memeluk isteri.. Tak sangka kan, peluk isteri pun ada khasiat, pelik tapi itu lah yang benarnya. Apa khasiatnya? banyak khasiat nya. Ini bukan pendapat peribadi aku hokey, pendapat dan hasil rujukan dan juga kajian pakar tentang kebaikan peluk isteri nih.
Pasal aku dan isteri, kitaorang memang selalu berpelukan kalau ada peluang. Aku rasa ini salah satu "bonding" yang agak kuat antara aku dan isteri. Mungkin itu salah satu cara menunjukkan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Ntah kenapa, memang aku sendiri pun suka peluk, bukan setakat peluk, kadang2 tu raba siap... (ehh.. tercakap plak). Tak sangka ada khasiat di sebalik segala tindakan kita tuh. Kalau berpelukan sebab rindu, maka lagi kuat dan erat dakapan dan amik masa yang lebih lama dr biasa. Alhamdulillah, aku dan isteri jarang berjauhan, cuma ada sekali lah aku ikut company trip dan terpaksa tinggalkan isteri 3 hari.
Sesungguhnya, bila berpelukan tuh, aku rasa cukup senang dan tenang. Tambah lagi time nak tdo, aku depakan tangan dan isteri akan baring atas dada sambil tangan aku memeluk dia. Memang menenangkan, cepat jer lena.. Kalau ada karen.. korang tahu ler la apa hasilnya.. hihihi.. bagi setengah orang peluk tu permulaan hubungan seks. Tapi tidak bagi aku. Kiraorang berpelukan bukan sebab seks... tetapi mungkin itu cara meluahkan kasih dan sayang..
Ada satu masalah kalau peluk isteri nih.. Masalahnya kalau aku peluk isteri, nanti my baby princes Hana ni akan lari dan datang nak peluk juga, suruh mommy dia lepas... huhuhu.. kicik2 dah jeles ngan abahnya.. hihihi.. memang comel...
Dah!! Jom kita tgk apa khasiat peluk isteri nih.. dah macam citer lucah plak.. keh keh keh..
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,"
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu."
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri," kata Fadzilah
Dari satu artikel lain pula,
Ramai ahli psikologi menyatakan kebimbangan terhadap pasangan suami isteri yang jarang berpelukan. Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti ini adalah perkahwinan yang diikat oleh ‘lafaz nikah’ dan hubungan fizikal dan jima’ saja, dan bukan hubungan emosi dan perkongsian perasaan.
Islam juga menggalakkan hubungan emosi. Dalam satu riwayat hadis yang mahsyur, Rasulullah s.a.w memberitahu,
“Man laa yarham laa yurham (barangsiapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi) (Bukhari dan Muslim).
Perbanyakkanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan).
Pelukan ibarat baja yang sangat diperlukan oleh pokok. Tanpa baja, pokok mampu hidup, namun ia tidak subur. Daunnya menjadi kuning dan mudah gugur. Pokok itu tidak menghasilkan bunga atau buah.
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami dan isteri.
Bagi pasangan yang agak berat untuk menyatakan “Saya sayang awak..” dengan perkataan, pelukan adalah cara alternatif terbaik untuk melafazkannya.
Pelukan bukan setakat perkongsian emosi saja, malah lebih dari itu. Pelukan boleh menunjukkan sokongan emosi ketika suami atau isteri sedang menerima ujian getir perjalanan hidupnya.
Pelukan juga melambangkan rasa gembira atau kesedihan. Jika kita memilih pasangan kita untuk dipeluk, bermakna pasangan kita itulah orang yang mempunyai hubungan fizikal dan emosi yang rapat.
Kesan pelukan
Satu kajian psikologi telah diterbitkan di Journal American Psychosomatic Society. Mereka membandingkan beberapa pasangan yang menunjukkan suami isteri yang menonton rancangan video selama 10 minit sambil memegang tangan, kemudian di akhir sesi itu berpelukan selama 20 saat.
Sementara sekumpulan pasangan lain hanya melihat video yang sama di kerusi berasingan tanpa berpelukan di akhir sesi.
Kemudian setiap pasangan ditemuramah untuk menceritakan saat yang paling stress sepanjang hari itu sambil diperiksa tekanan darah dan denyutan nadi. Pasangan suami isteri yang berpelukan tadi dengan tenang menceritakan masalah mereka dan ramai yang hampir lupa saat yang paling stress yang mereka tempuhi pada hari itu.
Sementara pasangan yang duduk berasingan ketika menonton video, pula bercerita dengan penuh emosi saat-saat stress mereka pada hari itu sambil tekanan darah meningkat dan denyutan nadi sangat pantas.
Ramai saintis yang berpendapat bahawa sentuhan dan pelukan suami dan isteri akan mengurangkan pengeluaran hormon yang bertindakbalas dalam tubuh ketika tertekan seperti cortisol dan adrenaline. Pelukan juga akan menyebabkan kelenjar di otak akan mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine, yang memberikan rasa tenang dan tenteram.
Pelukan juga akan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih tenang, lalu mengurangkan stress dan kerisauan. Oleh itu bagi pesakit yang mengalami masalah kerisauan (anxiety) dan mempunyai emosi yang tertekan, memeluk binatang peliharaan adalah rawatan kejiwaan yang baik.
Namun apa yang lebih baik lagi jika suami atau isteri memeluk pasangan masing-masing ketika mereka mengalami tekanan jiwa dan perasaan dalam keadaan kerisauan.
Pelukan dan oxytocin
Oxytocin adalah biokimia semulajadi dalam otak yang merangsangkan hubungan erat antara ibu-anak, suami-isteri, merangsangkan perasaan kasih sayang antara ayah kepada anak, dan menggalakkan suami untuk kekal setia pada isterinya.
Dalam kehidupan yang realiti, hormon oxytocin akan menyuburkan keluarga yang bahagia, tanpa perang mulut atau keganasan fizikal.
Hormon oxytocin dikeluarkan ketika berpelukan dan ia adalah sebahagian dari tindakbalas seksual. Oleh di kala ramai isteri yang sedang sedih minta dipeluk suami mereka, si suami membaca mesej yang salah. Mereka menyangka itu permintaan untuk melakukan hubungan jima’ dari si isteri.
Secara fizikalnya, kita akan dapat menganggak apabila oxytocin dikeluarkan, dengan melihat perubahan wajah yang menyenangkan dan intonasi suara yang menjadi semakin lembut.
Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stress iaitu hormon cortisol dan norepinephrine. Secara tidak langsung oxytocin akan mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.
Ini bertepatan dengan banyak kaijan mendapati wanita yang tidak bahagia dalam perkahwinannya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
Masa masa untuk berpelukan.
Pelukan antara suami isteri adalah perbuatan halal di sisi Islam. Oleh itu boleh dilakukan sekerap yang mungkin tetapi biarlah mengikut keadaan.
Sebagai contoh, apabila berada di bilik tidur, tentu pelukan romantis itu dilakukan dengan kadar masa yang agak lama sambil mengucapkan kata-kata manis. Sentuhan fizikal pula boleh dilakukan tanpa hal batasan.
Tetapi apabila berada di depan anak-anak, tentu pelukan pada bahu suami dan isteri lebih sesuai untuk memberitahu bahawa mereka adalah pasangan ibubapa yang bersefahaman.
Sementara apabila berada di khalayak ramai, tentu pelukan tubuh harus dikurangkan. Sentuhan fizikal seperti memegang bahu dan tangan mungkin lebih sopan.
Pelukan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. Namun bagi rakyat Malaysia, elok juga perlakuan pelukan antara suami dan isteri dilakukan dengan berhati-hati di khalayak awam.
Hah!! apa lagi semua.. jom kita jadikan tabiat memeluk pasangan setiap hari, sebelum ke tempat kerja, ketika pulang dari kerja dan yang paling kerap masa sebelum tdo.
Ia harus dijadikan suatu tabiat untuk menyatakan rasa cinta dan kasih antara suami dan isteri.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment