Persiapkan duit raya

Salam,
kalau semalam dah tukar duit raya. Hari ni subuh2 dah semangat nak isi. Patut nya semalam lagi nak isi. Tp kul 9 gtu aku dah blackout. Hihi. Isteri dok tunggu nak isi duit raya, aku berdengkur dulu..
Semlm aku tukar singgit, 5 n 10 hengget. Singgit2 tukar seratus Setengah dan 5 n 10 tukar seratus je. Seratus ringgit hokey, bukan 100 keping.
Then kebetulan kat ofis ada  kawan sorang ni hasben ke sedara kerja buat printing utk sampul raya.. Nahh.. Satu cekak aku amik... Memang terbaik, ada banyak design. Kebanyakan dari syarikat korporat lah, TNB, bank2 dan byk lagi lah. 
Bangun sahur 4.30pg kitaorg kuar g cari makan kat mamak, aku pekena megi goreng. Isteri kesayangan aku pekena roti bakar je.. Ape kelas makan roti bakar time sahurkan... Hihihi..
Sampai umah je,  rileks jap. Pas abis waktu sahur n solat subuh. Terus isteri aku minta duit yang tukau semalam... Aku cakap"Amboii, semangat betui awak yang.."  . "ermm, saya tunggu abg dari mlm tadi lagi".. Katanya... Hihihi.. Sorry yang.. Mata abg berat sangat malam tadi,  macam kena gantung bata kat kelopak mata ni.. Xleh bukak.. hihihi 
Zup zap zup zap.. Sambil tangan dok isi duit, .. sambil plan...  Nak bg kat ank2 berapa, kat anak sedara berapa and kat org luar berapa.. Zass.. SSiap semua terisi "Perghhh! Cekap betui bini aku ni.." kataku dlm ati.. Semua sampul terikat rapi dengan duit terletak elok dalam sampul... 
Hah.. Korang  dah siap duit raya ke? Tahun ni ada la bajet sikit nak tukar duit raya. Ms ekonomi down, kitaorg xde tukar pun duit raya.. Dapat balik kampung dah kira sebesar-besar rahmat dah.  Paling xleh lupa, ada satu tahun tu, adik ppuan aku hulur RM50 duit singgit2 utk aku guna.. Wow.. Tacing siot.. Serious memang tacing.. Bergenang air mata masa amik duit tu..
Alhamdulillah, sbb tu kita kena jaga hubungan adik beradik, ada masa kita senang, tolong adik beradik yg memerlukan. Satu hari nanti pasti ada waktu kita di bawah yang memerlukan pertolongan mereka.. 
Settle duit raya nih.. Xlama nak travel balik kg plak.. Nanti sambung lagi ok..

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.