Balik Kampung Kenduri Kak Cik
Salam,
Malam ni aku rajin plak nak menulis, dah beberapa minggu tak menulis.. utk tahun ni saja pun baru ada berapa entry saja... lama aku senyap.. ekekek.. bila ada mood nak menulis ni, boleh la aku up cerita yang berlaku sepanjang 2 3 minggu lepas..
Alkisah minggu lepas 7hb bersamaan Jumaat, aku balik kampung tengahhari. Jumaat tu aku kerja separuh hari, amik timebank separuh hari memandangkan cuti tahunan tinggal sehari yang aku amik pada hari isnin 10hb.. dan kebetulan 11hb tu cuti keputeraan Sultan Selangor.. cantek.. dapat lbh kurang 5 hari cuti balik kampung..
Jumaat tu dalam pukul 1pm gerak, berhenti makan tengahhari kat hentian Jejantas Sg buloh, pekena nasi lemak... lepak mkn pun sejam lebih juga, ujan pun turun dengan lebatnya.. sepanjang jalan sampai ke ipoh, hujan ya amat lebat,permandangan pun tak berapa jelas, kelajuan aku menten pada 50 ke 60kmph jer.. tak boleh laju.. tempat2 yang ujan slow, boleh la pecut sikit.. tp bahaya juga sebab kadang2 tengah laju, tiba2 tempat hujan lebat.. orang lain slow, boleh membawa bencana..
Alhamdulillah, pukul 7petang kot baru sampai kampung.. yang ada kat kampung Mak dan Abah, adik Ali dan anak-anak kakak jer lah.. aidil yang baru pas sunat, airis dan syamim.. dorng memang nak duduk kampung...
Sampai jer, buka tudung saji dulu cari makan.. ekekekekek.. mmg puas kalau balik mkn kat kampung.. Projek diet aku di hold sementara di kampung.. walaupun berat dah tinggal 77kg saja... dari 85kg... harap 5 hari di kampung tak kembali ke 85kg lah kan.. ekekeke
Esoknya 8hb 12, kenduri Kakcik anak paklang, Aku pagi-pagi lepas bekpas kat umah, terus ke Selama Cafe utk pekena teh tarik goyang.. roti canai... jumpa plak Pani, pastu Mat chet plak sampai..
Settle kat selama, pukul 11 lebih baru ke rumah Paklang tgk apa yang patut untuk di bantu.. kalau dulu2 pukul 8pg dah tercegat.. sekrng dah berusia sikit.. kita bagi kat budak2 muda jer la.. kita g bantu apa yang patut saja lewat sikit..
Kenduri sekrang lain sikit dari dulu2. dulu-dulu nasi di hidang dalam talam, nak makan p amik setalam, makan 4 orang.. skrng semua style buffet jer.. mudah utk mentara nak buat kerja.. topup saja.. pinggan yang dah guna, kutip dan basuh itu saja.. kalau dulu setiap pinggan lauk beserta talam kena basuh sbb nak recycle plak utk orang yang baru datang.
Tambahan sekarang nih ada benda lain lagi yang di jamu, ada laksa, bubur kacang, ada bhgn cokelatnya.. kalau kenduri Kakak siti yang lepas siap ada kambing golek 2 ekor lagi.. ada ais krim ... zaman dah moden kan.. semua bertukar...
Alhamdulillah, cuaca utk hari sabtu ni memang cantek lah.. sampai petang tak hujan.. jadi majlis berjalan dengan lancar.. petang sikit dah clear, dalam pukul 3 lbh aku pun beransur lah.. balik umah.. kekenyangan, apa lagi.. tdoooo... ekekekek..
0 comments:
Post a Comment