Nasi Arab Aroma Hijrah

Salam,

Kisah jalan-jalan cari makan bulan ni ke Restoran Nasi Arab kat area shah alam. Restoran Aroma Hijrah. Setakat ni Nasi arab tersedap yang aku pernah makan adalah Nasi Arab dekat Kubur Melaka.. fuhh.. memang sedap giler... siap boleh ke sana utk makan nasib arab tu jer..

Kebetulan ayah ma ada sini dan aku plan baru dapat bonus... boleh la belanja makan sedap sikit.. tempat ni pada aku ok juga la makanan dia.. agak lazat.. ambil set talam utk 6 ke 7 orang, ada ayam kambing, ikan dan burung puyuh, nasi ada 3 jenis... Tp mcm sama jer rasa semua walaupun ada juga nampak kaler berbeza.

Hana kitaorang belikan asing ayam bakar dgn fries.. Set hidangan tu termasuk air satu jag, air bandung menjadi pilihan. Masa menunggu pun tak la lama sangat. kira ok la.. kitaorang gerak dari rumah dalam pukul 730, lepas maghrib gtu, sampai sana dalam pukul 8, masih agak clear. Isteri pun memang dah buat booking siang tuh.

Lepas dah dapat order, tgh makan, nampak ramai orang mula masuk. Ingat kan takde orang takut juga tak sedap.. bila dah makan.. wow.. boleh tahan, ada rasa nak repeat lagi kalau berpeluang.. syok juga nasi arab kat restoran nih... memang berbaloi ambil set 6 ke 7 orang.. mmg ngam ngam.. ada la lebih sikit.. kitaorang tapau dan bg kat Fatihah.

Alhamdulillah... seronok dapat belanja ayah makan sedap2.. tp bayaran oman ada topup RM50 sbb total kena 150++.. inshaallah, kalau ada rezeki lain, boleh belanja lain plak kan...









0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.