Isnin yang sangat sibuk

Salam,
Entri aku kali ni nak cerita pasal hari isnin 17/7/2017. Hari ni aku terpaksa cuti emergency di sebab kan Daniel masih belum betul-betul sihat. Biasa la daniel punya tonsil kalau bengkak.. makan minggu baru baik.. sebab dari Khamis lepas mama dia dah cuti 2 hari (Kha+Jum), hari Isnin aku plak amik alih.

Pagi2 seawal 6.40pg aku dah bangun dan siap-siap untuk hantar hero-hero ke sekolah, then amik sekali daniel. Lepas antar Ajiq, antar Aiman. Lepas tu terus ke klinik Shaik, untuk amik nombor giliran, terbaik dapat no 1..  sbb apa kena amik no kan? ekekeke.. sbb klinik ni agak femes kat area sini, doktor memang terbaik, biasanya ubat-ubat dia bg memang mujarab sbb dia memang tgk kepada punca sakit.. Walaupun buka pukul 9, bila doktor atau kerani datang, dia akan gantung bakul yang ada nombor.. so dari nombor tu nnt masa buka pukul 9 akan guna.. jadi orang tak berebut nak masuk masa buka pukul 9 nanti...

Lepas amik nombor, aku bw daniel balik rumah. Aku buatkan breakfast, isteri memang kerja dari rumah hari ni sebabnya Hana coti.. kan semalam sportday dia.. hehe.. buat telur hancur, aku buat telur separuh masak. tepat kul 9 terus terpacak depan kinik Shaik.. jumpa doktor, amik ubat.. demam macam takde dah cuma tonsil belum surut..

Settle jumpa doktor, aku plan utk buat medical check up utk kerja baru.. kat subang jaya. BP health care. ok juga.. cuma agak lama menuggu.. dari pukul 11 sampai pukul 1.30 tghhr kot. adeh.. sib baik dia ada air milo dan bun.. boleh mkn dulu.. settle jer terus ke Maliki, nak beli nasi campur, ketam masak lemak.. tp takde plak.. Kedai Maliki dah takde jual nasi campur.. kena la g ke pjs10 punya food court.. beli ikan keli bakar ngan ikan cencaru. then sayur lemak labu+bayam hijau.

Sampai rumah, terus makan... sbb pukul 2 nak bw Haziq pergi ke JPN plak nak buat kad pengenalan... dan 12 tahun le katakan.. hehehe... dalam pukul 2.30 baru amik Ajiq, dah smart dia, rambut di sikat rapi.. nak amik gambo utk kad pengenalan.. settle semua dah pukul 330.. sbb ofis tutup pukul 5ptg.. masa nak siap 2jam. maknanya tak sempat... esok lah baru dapat amik IC dia tuh..

Seusai buat IC kat JPN, balik g pekena teh tarik dulu ngan rojak mamak kat alif.. pastu ke kedai ikan beli ayam dan kangkung... then baru balik rumah.... masa tu pun dah 430ptg gtu.. aku sempat la baring kejap... ada lagi kerja tertangguh.. ekekekek.. dalam kul 5 lbh, aku bw moto ke kedai moto, sbb masa jumaat tu rantai motor jatuh.. sib baik aku takde apa2... ingat spoket, tapi spoket holder yang kong, tukar spoket holder, pastu tukar tayar belakang sekali.. sbb kedai tu ckp tak leh tahan dah.. nnt sure bocor... ingat dapat gaji baru nak tukar... lega bila dah tukar yang penting-penting kat motor tuh..

Settle motor jer, aku ajak anak2 ke taman tasik PJS10 tuh... lama tak bw dorng ke taman... main lah sampai pukul 7.15ptg gtu.. jumpa la Azwan kat taman tuh.. bw anak2 dia main... anak2 aku dah besar,  aku biar kan aje main.. gelongsor, main buaian...

Malam isteri aku masak, ayam masak lemak ngan sayur kangkung belacan... ada ikan belanak masin goreng.. pergh.. padu.... itu lah kisah hari Isnin yang sibuk.. kiranya cuti yang aku ambil nih memang tidak di sia-siakan lah.. alhamdulillah... setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya....





0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.