Dialah isteriku. Selamat Hari Jadi Sayang (25042017)

Salam,
Sempena Hari kelahiran Isteri kesayangan aku hari ni. Aku nak coretkan kata-kata yang indah yang aku salin dari  internet dan telah di edit sedikit..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dia yang diciptakan Allah untuk ku dari tulang rusuk kiri ku.

Dia begitu indah dipandang menyejukkan bagi jiwaku menggetarkan ragaku.

Dia selalu membuatku tersenyum ketika seluruh dunia diselimuti dengan kemarahan.

Dia selalu membuatku tertawa histeria, ketika dunia kadangkalanya agak tertekan untuk tersenyum.

Dia sentiasa membuatku melihat cahaya, ketika hanya gelap menyelubungi.

Dia sentiasa menemukan harapan bahawa esok akan lebih baik, meskipun hari ini begitu terasa berat.

Dia sentiasa menenangkan benak fikiran ku ketika masalah dunia mengganggu kedamaian batinku.

Dia yang menyembuhkan hatiku dari semua sakit dengan senyum dan kasih sayangnya.

Dia adalah orang yang hatinya penuh dengan kasih bagiku.

Dia sentiasa berada di belakangku tak kira apa saja yang berlaku, susah dan senang.

Dia adalah teman, kawan sahabat yang setia, kekasih dan isteri yang cukup terbaik buatku.

Dia adalah malaikat jelitaku, permata yang tak ternilai, belahan hati dan jiwaku, kebanggaanku, harapanku, kekuatanku, kelemahanku, pasangan hidupku.

Dia adalah segala sesuatu yang penting bagiku di dunia ini.

Dan padanya aku berkata "Selamat Hari Lahir Sayang!!! Love you so much!!!"



0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.