Bocor bocor bocor.. semua bocor

Hello,
aku nak tulis kisah hari ahad lepas, proses nak tampal lobang, tukar batang paip pecah... aku ada cerita sikit dalam entri lepas (Menyate beserta paip yang reput).  Rumah dah lama, jadi banyak benda yang hampir rosak... yang bestnya kerosakan batang paip tuh tuan rumah tak nak tanggung. jadi aku kena la tanggung sendiri.. Aku ingat nak cari plumber, dah settle aku just tolak duit sewa rumah jer.. tp uncle tu tak nak. dia suh bayar sendiri.. nak tak nak kena juga tanggung sendiri.. kalau yang tak berapa penting, yg boleh abaikan.. memang aku tak repair dah..

Memang biasa, kerosakan kecik, aku repair sendiri jer.. kepala-kepala paip rosak, lampu rosak.. semua repair sendiri.. tp yang ni memang tak dapat nak buat sendiri melainkan ada peralatan.. kalau ada peralatan memang aku hantam sendiri jer...

Asalnya paip tu mcm leaking masa guna mesin basuh, aku ckp ngan isteri, ini kena tukar kepala paip jer... aku g beli kepala paip yang boleh sambung ke paip mesin basuh, masa proses nak tukar jer.. baru jer nak buka kepala, pap.. patah siot.. jilake betul.. dah la takde stoper, direct dr luar.. berlari keluar tutup main suis.

So aku dah panggil plumber, dia datang repair, aku minta repair sekali bilik hana yang aku tertebuk masa nak tebuk utk letak cermin.. so total dia bg quotation RM250.. so aku ok jer la... Jadi hari Ahad aku dan isteri lepak rumah jer la sambil tunggu plumber repair.. aku dok perati isteri aku mcm flat dah, ye la semalam kemas rumah kaw kaw... ekekek.. sian plak..

Tengah hari pun tak masak, aku cuma suruh masak nasi jer, sebab lauk kari ayam ikan masak makan malam semalam masih ada... syok wei kari ikan tuh.... so mudah... dr pukul 10 plumber buat kerja... sampai pukul 1 lebih baru siap... yang bilik hana tu agak susah sikit sebab kena tebuk dinding.

Bukan setakat paip saja, ruang parking kereta depan rumah bocor bila ujan lebat. Yang ni aku dah pernah bgtau beberapa kali, dan uncle dah antar orang repair 2x kot.. yang kali kedua siap bukak dan pasang balik setiap bumbung, masih bocor.. hari ni, pagi tadi ada adik uncle datang ngan kontraktor tgk, maybe minggu depan ahad dorang datang betulkan.. dan hari ni masa aku tulis entry nih juga , bilik hana tu masih ada air mengalir.. aku dah contact plumber tu, dalam minggu depan kot dia datang repair...






Bawah ni video bumbung bocor.. agak teruk juga...

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.