Pemergian seorang Sahabat

Salam Semua,
Innalillahiwainna ilaihirojiun.. Pagi-pagi lagi dapat berita tentang perginya seorang sahabat lama. Allah, sedih dan sebak betul pagi- pagi ini. Hanya Allah saja yang tahu penderitaan yang beliau alami.

Sahabat aku ni di panggil Zul, sememangnya seorang yang sangat aktif, semasa di kolej, pelbagai sukan beliau ceburi, yang paling tak tahan beliau mencuba renang, walaupun pada awalnya tak pernah berenang dan blom terror mana namun usaha gigih beliau memang membuahkan hasil. Tahun pertama memang kena gelak dengan kawan2... tp kami masih menyokong beliau. Sepanjang penglibatan beliau, masa sukan kolej2 kat UM dulu memang aku tak pernah miss pergi lihat beliau bertanding.. dia berenang di air, kami turut menyusuri susur tepi kolam tersebut.. pergi dan balik.. Selepas setahun menggiatkat diri, memang beliau berjaya.

Allah lebih sayang beliau. Selepas graduate, bekerja, beliau memang aktif, dgn marathon, dengan triathlon nya... berlari, berenang dan berbasikal.. namun pada tahun lepas, beliau di diagnosis mengidap kanser lidah. Aku tak berapa pasti tahap berapa.. ujung tahun lepas ada satu pembedahan besar, alhamdulillah dengar masa tuh sel-sel barah tersebut memang dah di buang sebaiknya.. memang kami sahabat-sahabat sekeliling beliau agak gembira mendengar keputusan tersebut.

Namun beberapa minggu lepas di masukkan semula ke hospital. Berkemungkinan, sel-sel barah tersebut datang kembali. dan mungkin lebih teruk lagi.

Ada kawan-kawan yang mengutip derma meringankan beban yang di tanggung.. namun pagi ini mendapat berita yang cukup menyedihkan hati. Walaubagaimana pun, kita kena redha, mungkin ini yang terbaik buat beliau. Kita tidak tahu apa yang di tanggung oleh beliau semasa berada di dunia ini, dengan penyakit yang di tanggung.. allah... kita demam sakit tekak sikit pun lemah susah nak bangun.. bayangkan orang yang mengidap kanser.. beribu kali lemah agaknya..

Wahai sahabat, semoga kau tenang di sana, semoga allah tempatkan kau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin ya rabbal alamin. Al-fatihah.




Berita yang amat menyedihkan di subuh hari. Semoga sahabat ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 


0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.