Tempat Kelapan di Austria - Kufstein

Salam all,


Boleh nampak fortress Kufstein di atas bukit dalam gambo ni

Walaupun dah balik Mesia dalam 2 minggu, aku masih nak update 2 lagi tempat kunjungan kami yang menarik di Austria. Boleh kata kisah sebulan lepas lah kot. Tak per lah.. better late than never kan.. berbalik kepada tujuan blog ni di hasilkan adalah untuk mencoretkan kisah-kisah menarik dalam hidup. lepas sepuluh tahun kalau di singkap balik blog ni, memang seronok membaca kisah2 lama2 yang menjadi kenangan terindah.

Berbalik kisah di Austria, lepas balik dari Munich Germani, kitaorang singgah di festung/Fortress yang agak besar di Kufstein kira-kira 25km dari Radfeld/Kramsach. Kalau dari Munich memang akan jumpa susur keluar ke Kufstein ni.

Di sebab kan masih awal lagi, sempatlah kami singgah. Tempat ni tutup pada pukul 6.30 petang. Sempat la naik ke Fortress dan masuk galery dan lihat apa-apa yang patut.

Bila dah keluar dari susur keluar, kami singgah di Mpreis untuk mencari baju isteri . Di sebabkan dia pakai baju yang agak tebal, jadinya tak berapa sesuai dengan cuaca kerana agak panas suhu dalam 25 darjah celsius. Ye lah, plan asal nak ke Hallstat naik ferry dan menikmati keindahan alam di atas gunung, di jangkakan suhu kurang 15 darjah celsius, namun tukar plan di saat akhir dan ke Munich dan seterusnya singgah di Kufstein.

Dalam pukul 4.30 macam tuh kami dapat masuk ke dalam Fortress tersebut. Agak menarik kerana kita perlu naik gondola macam cable car naik ke Bukit bendera, cumanya ketinggaan ke Fortress ni rasanya tak sampai 200m.
Cable car yang perlu di naiki untuk ke Fortress


 Sempat lah kami lihat keadaan dalam fortress, dan seperti tempat istana raja dan ada ruangan pusat tahanan seperti lokap. dalam sejam lebih juga kami mengambil masa untuk meninjau keseluruhan temapt ni, ada juga galeri yang menempatkan tulang-tulang haiwan dan juga haiwan yang di bekukan.






Ruangan galeri, agak luas dan teratur

Antara barangan yang di pamerkan


Permandangan kufstein dari atas fortress




Binantang yang di awet pun ada dalam ni tapi tak banyak



Sebelum balik, sempat lah singgah di kedai cendera mata membeli beberapa keychain dan fridge magnet untuk kenangan berada di Kufstein. Perjalanan balik hanya mengambil masa kira-kira dalam 20 minit sahaja.
Ini di kawasan pekan Kufstein, senibina di Austria ni lebih kurang saja. memang cantik

Ada pernampakan di situ


Plan esoknya untuk ke Innsbruck dan naik ke puncak innbruck dan ronda-ronda di sana seterusnya memulangkan kereta sewa.

End

Next:innbruck!!

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.