Tempat Kesembilan di Autria - Innsbruck Nordkette
Salam,
Tempat terakhir yang aku dan isteri sempat pergi adalah Innbruck. Walaupun beberapa kali sampai di Innbruck untuk amik kereta sewa, tapi kali ni kitaorang ke Pergunungan Innbruck yang di namakan sebagai Innbruck Nordkette - The Jewel of the Alps.
Kitaorang keluar rumah sesudah breakfast agak awal juga lah. Dalam jam 8pg gtu, terus ke Kongress Rennweg 3 untuk ke setesen paling bawah untuk ke puncak Innbruck. Kitaorang ambil "Innbruck Card" dengan harga 43Eur seorang dan kanak-kanak 21.50Eur. Dengan Innbruck kad ni, boleh naik cable car sampai ke puncak, Alpen Zoo, juga mana-mana train dan bus dalam innsbruck dan juga muzium-muzium yang terdapat dalam Innsbruck. Kalau normal tiket roundtrip dah 36.50 Eur, kalau nak masuk Alpen Zoo tambah lagi 15Eur. Better amik Innbruck Card.
Sampai di Nordkette cable car terletak di Kongress Rennweg, terus cari kaunter tiket. Agak ramai juga orang yang nak ke puncak, tak sama macam kitaorang ke Kufstein dan hintertux. Mungkin area sini adalah area bandar dan agak terkenal. Jadi ramai orang yang nak melawat.
Memang agak sendat bila dalam funicular(sejenis train mcm kat penang), untuk ke puncak, perlu bertukar lebih kurang 3 Cable car kalau tak silap. Alpen Zoo plak terletak di antara Congress dan Hungeburg. Boleh turun di station Alpenzoo Hungerburgbahn. Masa naik tu kitaorang tak perasan ada station yang dekat dengan Alpenzoo, sebab dari Congress sampai Hungberg tuh bila turun untuk tukar station, ada nampak signboard Alpenzoo ingat di area situ.
Kitaorang plan akan ke zoo semasa on the way turun nanti. Jadi sampai di Hungerberg tuh, kitaorang turun untuk bertukar cable car ke Seegrube yang berada di ketinggian 1905m dari aras laut. Di area sini pun permandangan Bandar Innbruck dah cukup cantik di mata kami, Subhanallah, memang seronok dapat naik ke sini, ada lagi satu lokasi untuk betul-betul di puncak Innbruck ni.
Selepas bergambar sakan, kitaorang naik lagi satu cable car untuk sampai ke puncak yang di namakan Hafelekar pada ketinggian 2300m. Fuh, memang cukup indah permandangan dia, kalau kaki Hiking boleh la hiking terus ke puncak yang agak tinggi. Kami sekadar berpeleseran area dekat saja, berjalan dalam 200 300 meter saja untuk mendapatkan permandangan yang cukup cantik.
Memang tak dapat di gambarkan. Alhamdulillah, aku di beri peluang untuk melihat keindahan alam yang sungguh cantik di tempat orang bersama isteri tersayang. Tempat ni sebenarnya adalah tempat tumpuan para pemain ski, namun kerana musim sekarang adalah musim panas, ramai orang berkunjung untuk melihat keindahan alam semula jadi dengan udara yang cukup segar.
Selesai dan puas melihat keindahan alam, kami turun untuk ke Zoo, Alpen Zoo. Aku masukkan dalam entry baru lah jalan-jalan dalam zoo nih.
End kisah Innsbruck Nordkette.

Design yang agak unik dan nampak futuristik
Sampai di Nordkette cable car terletak di Kongress Rennweg, terus cari kaunter tiket. Agak ramai juga orang yang nak ke puncak, tak sama macam kitaorang ke Kufstein dan hintertux. Mungkin area sini adalah area bandar dan agak terkenal. Jadi ramai orang yang nak melawat.
agak sendat, boleh gambo berdua jer.. hana tak nampak dah.
Betapa sendatnya cable car nih.. hihihi
Memang agak sendat bila dalam funicular(sejenis train mcm kat penang), untuk ke puncak, perlu bertukar lebih kurang 3 Cable car kalau tak silap. Alpen Zoo plak terletak di antara Congress dan Hungeburg. Boleh turun di station Alpenzoo Hungerburgbahn. Masa naik tu kitaorang tak perasan ada station yang dekat dengan Alpenzoo, sebab dari Congress sampai Hungberg tuh bila turun untuk tukar station, ada nampak signboard Alpenzoo ingat di area situ.
Kitaorang plan akan ke zoo semasa on the way turun nanti. Jadi sampai di Hungerberg tuh, kitaorang turun untuk bertukar cable car ke Seegrube yang berada di ketinggian 1905m dari aras laut. Di area sini pun permandangan Bandar Innbruck dah cukup cantik di mata kami, Subhanallah, memang seronok dapat naik ke sini, ada lagi satu lokasi untuk betul-betul di puncak Innbruck ni.
di Seegrube
Permandangan Bandar Innsbruck
Ciuman kasih sayang
Kalau bersalji, area ni mungkin tempat feveret para ski
Selepas bergambar sakan, kitaorang naik lagi satu cable car untuk sampai ke puncak yang di namakan Hafelekar pada ketinggian 2300m. Fuh, memang cukup indah permandangan dia, kalau kaki Hiking boleh la hiking terus ke puncak yang agak tinggi. Kami sekadar berpeleseran area dekat saja, berjalan dalam 200 300 meter saja untuk mendapatkan permandangan yang cukup cantik.
Puncak Hafelekar
Hana Darina, kalau tengok memang ada banyak lokasi yang boleh di Hiking area puncak ni.
Kami menghala ke arah satu lagi, bukan ke arah belakang Hana tadi.
Boleh nampak lokasi Seegrube di bawah nun
Kawasan yang agak berbatu..
Puncak Innsbruck
Puncak Innsbruck nih.
Ada rumah sebijik kat sini.. belakang tuh penuh ke hijauan permandangan
Cable car.. boleh memuatkan agak ramai orang.. lebih 20 orang.
Memang tak dapat di gambarkan. Alhamdulillah, aku di beri peluang untuk melihat keindahan alam yang sungguh cantik di tempat orang bersama isteri tersayang. Tempat ni sebenarnya adalah tempat tumpuan para pemain ski, namun kerana musim sekarang adalah musim panas, ramai orang berkunjung untuk melihat keindahan alam semula jadi dengan udara yang cukup segar.
Selesai dan puas melihat keindahan alam, kami turun untuk ke Zoo, Alpen Zoo. Aku masukkan dalam entry baru lah jalan-jalan dalam zoo nih.
End kisah Innsbruck Nordkette.
0 comments:
Post a Comment