Almabtrieb di Reith Im Alpbachtal
Salam,
Entri ni masih berkisar kisah di Austria. Ye lah 6 minggu kat sana, tapi masalahnya dah lepas 3 minggu balik Mesia baru nak update.. kalau terus post entry setiap minggu kat sana.. kira settle la kan..
Skrng sepatutnya dah boleh la citer perkara2 yang berlaku kat Mesia kan... kisah Graduan biadap tayang plakad ke, masak nasi daging hujung minggu ke.. kisah makan-makan kat besi ke.. byk lagi cerita nih..
Tak per lah.. kalau tak coretkan kat sini, nnt lepas beberapa tahun sure ilang dah kenangan.. Jadi, taruk saja lah... Citer kat Austria pun boleh ajeeeeee.. ye dak..
Tajuk entry di atas adalah bermaksud acara Sambutan/Festival tradisi Orang Austria di penghabisan musim panas di tempat bernama Reith. Dari apa yang aku dengar dari orang-orang sana, bila masuk musim panas, semua pemilik-pemilik lembu akan bawa lembu naik ke puncak gunung, dan lepaskan lembu-lembu mereka di puncak gunung dan di biarkan hidup bebas.
Setiap lembu dah di TAG kan setiap pemilik. Selepas hampir tamatnya musim panas, mereka akan mengadakan upacara besar-besaran untuk bawa turun semua lembu-lembu tersebut. Sebelum turun, bagai ada perayaan di lembah bukit tersebut, ada perlbagai jualan, ada hidangan beer, makanan, ada yang bermain musik. Lembu-lembu yang turun tersebut di hias rapi wa cakap lu.
Memang meriah tempat nih. Tapi aku nak sampai ke sini dari Kramsach, dalam 5km, cuma 2km aku perlu panjat bukit. Perjalanan aku dalam 5km memakan masa lebih 30 minit sebab kena tolak basikal naik bukit. Sampai di Reith tuh, bayaran masuk adalah 5 Eur.
Dalam kawasan tu memang bersesak orang.. wow.. ramai yang berbaju tradisi dorang. memang best.. Aku agak teruja juga dapat melihat tradisi orang lain. Memang ada kelainan dari kita. Dalam 20 minit berlegar-legar di sana, berjalan menelusuri gerai-gerai jualan, dah macam pasar malam.. aku fikir nak balik sebab nampak cuaca macam gelap sikit.. bukan apa.. takut ujan.. dah ler sejuk time nih..
Dalam perjalanan aku nak keluar dari tempat gerai-gerai. Baru aku perasan, aku datang sini nak tengok lembu turun dari gunung.. apahal laju nak balik... huhuhuhu.. bingol juga la kan.. apa kebenda la kau ni.. Nasib teringat awal.. buatnya dah sampai bilik baru teringat tak tgk lembu turun.. tak kuasa nak panjat bukit lagi sekali.. mampuih..
Elok dah sampai kat pintu keluar.. tunggu jap.. ada dengar loceng... nampak segerombolan lembu baru nak turun.. cantekkkk.. terus onkan video.. Lembu-lembu dorang ni, memang sihat-sihat dan besar-besar... boleh tengok video ni. Semua lembu-lembu tersebut di hias elok..
On the way balik, turun bukit, dalam masa tak sampai 10 minit dah sampai bawah.. amboi.. cepatnya.. nak panjat bukit sampai lbh 30 minit.. mana tak nya.. kena tolak beskal..
Itu lah saja cerita di Austria.. Rasanya ni last kot kisah kat sana.. Next entri boleh konsentrate citer-citer or gosip2 kat mesia plak.
end.
Entri ni masih berkisar kisah di Austria. Ye lah 6 minggu kat sana, tapi masalahnya dah lepas 3 minggu balik Mesia baru nak update.. kalau terus post entry setiap minggu kat sana.. kira settle la kan..
Skrng sepatutnya dah boleh la citer perkara2 yang berlaku kat Mesia kan... kisah Graduan biadap tayang plakad ke, masak nasi daging hujung minggu ke.. kisah makan-makan kat besi ke.. byk lagi cerita nih..
Tak per lah.. kalau tak coretkan kat sini, nnt lepas beberapa tahun sure ilang dah kenangan.. Jadi, taruk saja lah... Citer kat Austria pun boleh ajeeeeee.. ye dak..
Tajuk entry di atas adalah bermaksud acara Sambutan/Festival tradisi Orang Austria di penghabisan musim panas di tempat bernama Reith. Dari apa yang aku dengar dari orang-orang sana, bila masuk musim panas, semua pemilik-pemilik lembu akan bawa lembu naik ke puncak gunung, dan lepaskan lembu-lembu mereka di puncak gunung dan di biarkan hidup bebas.
Setiap lembu dah di TAG kan setiap pemilik. Selepas hampir tamatnya musim panas, mereka akan mengadakan upacara besar-besaran untuk bawa turun semua lembu-lembu tersebut. Sebelum turun, bagai ada perayaan di lembah bukit tersebut, ada perlbagai jualan, ada hidangan beer, makanan, ada yang bermain musik. Lembu-lembu yang turun tersebut di hias rapi wa cakap lu.
Subhanallah.. permandangan yang mengasyikkan
Jauh lagi perjalanan nak ke atas.
Dari sini dalam 1km lagi kalau tak silap..
sampai sini, simpang ni dalam 850m.. tp sini agak curam bukitnya..
Tudia... nampak dahhhhhh
Memang meriah tempat nih. Tapi aku nak sampai ke sini dari Kramsach, dalam 5km, cuma 2km aku perlu panjat bukit. Perjalanan aku dalam 5km memakan masa lebih 30 minit sebab kena tolak basikal naik bukit. Sampai di Reith tuh, bayaran masuk adalah 5 Eur.
Sebagai bukti beli tiket masuk.. boleh keluar dan masuk balik pada hari yang sama.. kalau keluar hari ni.. minggu depan masuk balik.. jangan nak buat perangai la.. buat malu orang mesia jer..
Dalam kawasan tu memang bersesak orang.. wow.. ramai yang berbaju tradisi dorang. memang best.. Aku agak teruja juga dapat melihat tradisi orang lain. Memang ada kelainan dari kita. Dalam 20 minit berlegar-legar di sana, berjalan menelusuri gerai-gerai jualan, dah macam pasar malam.. aku fikir nak balik sebab nampak cuaca macam gelap sikit.. bukan apa.. takut ujan.. dah ler sejuk time nih..
Meremut orang oiiii
Snap la sekeping 2 yang ada bunga-bunga di dalamnya..
Dorang datang sini lebih kepada nak enjoy, minum beer jer..
Geng veteran pun ramai.
1st time tengok paip panjang mcm nih.. instrument ni nama dia "Alphorn"
Dalam perjalanan aku nak keluar dari tempat gerai-gerai. Baru aku perasan, aku datang sini nak tengok lembu turun dari gunung.. apahal laju nak balik... huhuhuhu.. bingol juga la kan.. apa kebenda la kau ni.. Nasib teringat awal.. buatnya dah sampai bilik baru teringat tak tgk lembu turun.. tak kuasa nak panjat bukit lagi sekali.. mampuih..
Elok dah sampai kat pintu keluar.. tunggu jap.. ada dengar loceng... nampak segerombolan lembu baru nak turun.. cantekkkk.. terus onkan video.. Lembu-lembu dorang ni, memang sihat-sihat dan besar-besar... boleh tengok video ni. Semua lembu-lembu tersebut di hias elok..
Itu lah saja cerita di Austria.. Rasanya ni last kot kisah kat sana.. Next entri boleh konsentrate citer-citer or gosip2 kat mesia plak.
end.
0 comments:
Post a Comment