Hari Raya Aidilfitri 2023 1 Syawal 1444H

 Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Tahun ni raya di Kelantan, Anak-anak jantan diorng turn beraya bersama mama dorng. Kali ni dorang tak balik Johor dah sebabnya tokma dorang dah pindah ke Puchong. Jadi beraya di puchong jer la. Biasa pagi raya aku video call jer la.

Menu raya kali ni ketupat, rendang ayam, rendang daging, nasi impit dan kuah kacang. Biasa la, kalau di Kelantan, master mind dia isteri aku lah. Walaupun ma ada, tp apa-apa semua ikut master mind. Ok la kan. tapi kalau balik perak, kampung sungai dendang, master mind ada lah mak aku dan juga adik perempuan aku. 

Semua menu yang di list kan di atas , dia masak sehari sebelum raya. Bahan-bahan semua ma dan ayah dah beli awal. Petang last puasa tu aku dah terbau rendang masaka isteri.. sedap wei bau dia. Blom makan lagi, siap dengan ketupat pulut yang di bungkus macam mayat tuh.  terror dah isteri aku sediakan. Tips dia, kalau pulut separa masak dan di balut, ketupat tu kena rebus, tetapi kalau pulut di masak elok dan di balut, ketupat tu just kukus jer. sebab sebelum ni, isteri cuba masak pulut separa masak, lepas balut di kukus, last sekali pulut tak masak betul dan masih ada yang mentah.. kalau separa masak, memang kena rebus terus.


Di pagi raya, macam biasa, kami breakfast dulu, mkn segala pulut dan rendang. Solat raya start jam 8pg. Agak awal juga. seusai solat, balik rumah, dan bersalam-salaman dan bergambar. Lepas bergambar biasa di kelantan, kami akan balik ke kampung, Kampung Kemunchup untuk jumpa dengan  Pakcik Li dan umah Ayah long / Mek. 


Keluarga ayah tak ramai, ada 4 beradik jer.. 2 beradik kat kg kemunchup, lagi sorang sudah meninggal, pakda, keluarga pakda tinggal di Bentong kalau tak salah. Sejak aku kawin, memang aku tak pernah jumpa Pakda ni, Makda dan keluarga memang pernah jumpa sebab aku ada pergi kenduri rumah dia beberapa tahun lepas.



Lepas kami ke Kemunchup, kami ke rumah adik ma kat Kampung Raja area besut, aku tak berapa ingat apa nama tempat dia. Biasa kami ke area jeti besut ke umah mak ma, tp kedua nya telah meninggal. Alfatihah utk kedua arwah. 


Lepas dah kenyang di rumah adik ma, kami ke Pantai Bukit Keluang, humang aii... ramai giler kot kat pantai petang-petang ni. Semua nak OOTD kot.. ekekek.. kitaorang pun ambil peluang untuk bergambar di sini.. dalam pukul 6 lebih kami bergerak balik. seharian berbaju melayu.


Alhamdulillah, balik kelate kali ni air tak pernah takde. JAdi tak perlu nak ke Spital or ke ofis ayah untuk mandi.. lega ooooo.

Raya ke 2 kami lepak rumah jer.. plan asal raya ke 5 macam tu nak balik ke Sg Dendang, tapi sebab dah takde apa nak buat ,raya ke-3 yang jatuh pada hari Isnin, kiorang gerak balik ke Kampung Sungai Dendang. Tunggu next entry plak. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.