Balik Kampung Dendang Sempena Raya Qurban

Salam Aidiladha,



Sempena raya haji tahun ni, aku dah amik cuti selama seminggu kebetulan minggu cuti sekolah. Raya jatuh hari Ahad, maknanya cuti akan di ganti hari isnin, selasa sampai jumaat aku apply. Amik 4 hari terus.. cuti pun tinggal 2 hari jer kot utk tahun ni. Isteri aku tak amik cuti pun, dia just kerja dari rumah jer. senang.. so masa cuti aku tak leh nak kemana2 gak lah.. sebabnya dia dok kerja..

Pada Jumaat 9hb tu lepas abis kerja, terus ke Klang ambil Haziq dari asrama. Dalam pukul 8 kot baru kitaorang gerak dari Klang, singgah RnR kat Guthrie utk mkn malam. Lebih kurang pukul 9 malam baru gerak dari sana... bermula lah jem yang berpanjangan.

Aku terpaksa berhenti 2x untuk tido sebab mengantuk.. di Tapah sekali, yang paling lama di RTC Simpang pulai.. lebih 40 minit kot.. sampai kampung dekat-dekat pukul 5 pagi kot.. tudia.. berapa jam tuh.. jenuh gak lah...

Sabtu tu takde buat apa.. lepak rumah saja. Ahad dah nak raya. Mak dah siapkan semua dah utk mkn2 esok.. dengan ketupat daun pisang dan rendang daging. Esoknya Mak masak laksa untuk tetamu, nasi ayam untuk makan sekeluarga. Malam raya macam biasa, mengerang lagi ler.. kakak dah beli kerang 8kg tuh.. tp malam ni just bakar kerang lah, masa malam raya pose ada ayam, hotdog bagai.. kali ni kerang semata2.. ok la tuh..

Raya Haji takde la semeriah raya puasa, tapi kami adik beradik tetap bergambar beramai2. duit raya memang takde bagi langsung ler.. lembu pun ada la korban seekor. ok la kan dari takde langsung.. Sempat la kitaorang beraya rumah Maklang, rumah Maklong ngan chik Milah. itu jer la yang biasa kami beraya di hari raya. Rumah sedara yang jauh sikit mcm selama umah makdak ngan maklang tak sampai.. umah paktam kat tepen pun tak sampai.. hihihihi..

Abis beraya, balik rumah, layan tv.. pastu zzzzzzz.. itu jer la cerita raya aji aku tahun ni.

Lauk kampung masakan mak.. 3 pinggan aku mkn

Sempat mengerang 9kg kerang

Bersama anak2 teruna

Baju colorful sbb tahun ni raya pose tak sama






Cucu tokwan Non & Opah yom



0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.