Tempat keempat di Austria - Swarovski Kristallwelten
Salam,
Lokasi keempat yang kami lawati di Austria adalah Swarovski Kristallwelten pada petang Khamis 29hb Ogos 2019, plan awalnya nak try naik Arena Coaster kat Rohr, Zell am Ziller area Zillertal, sama jalan nak ke Mayrhofen Hintertux tu. Cuma lebih dekat sikit. Balik kerja pukul 4, Arena Coaster tutup pukul 5, perjalanan dalam 25 minit mcm tuh jer. Kira sempat lagi lah.
Malangnya bila sampai area Arena Coaster tuh hujan turun agak lebat. Coaster pun tutup. Bukan rezeki kami lah petang tu. Terus search yang dekat, rasanya Swarovski tutup lewat. Terus search, memang tutup pukul 9.30 malam. Perjalanan dalam 15 minit jer. Cantek.. terus ke Swarosvki.
Alhamdulillah, sampai Swarosvski cuaca agak elok, terus beli tiket, rasanya tiket 11 eur untuk seorang dewasa, Hana masuk percuma. Ada la tempat best nak jalan. Sebenarnya Swarosvki ni macam taman yang di hias jer. Kebetulan masa kami sampai ada pertunjukan pukul 6.30. Sempat lagi lah nak tengok. Rupanya ada pertunjukan orang berjalan atas cable di udara tuh.. wow.. menarik juga.
Agak luas juga taman dalam kawasan swarosvki ni, kebanyakan nya taman permainan, ada 4 tingkat untuk kanak-kanak bermain yang agak adventure juga selain taman permainan yang biasa di taman. Ada juga di sediakan mary go round tuh.. naik percuma.. kira bayar tiket masuk.. naik jer la sepuas ati.
Lepas penat bermain kat taman dan bergambar. Kitaorang masuk galery Swarrosvki, macam-macam ada dalam galery tu kebanyakan berkaitan dengan batu swarosvki ni lah yang diorang jadikan arca selain dalam bentuk batu yang di lekat kat di kain atau pun baju.
Bila keluar dari galery terus masuk dalam kedai Swarosvki ni. Macam-macam ada, rantai, gelang dan berbagai-bagai aksesori wanita. Aku belikan lah cincin sebentuk untuk Isteri tersayang, dan sebentuk lagi untuk Mak di kampung. Untuk anak dara sorang ni aku belikan rantai. Harga cincin dalam 30Eur juga lah. Kalau kerja kat sini kira murah la 30 tuh.. mcm 30 ringgit jer.. sebab kita dari Malaysia, kalau di tukar, hampir RM150 juga lah. Tak per lah, bukan selalu. Moga dengan menggembirakan isteri rezeki aku bertambah murah lepas ni kan.. Inshaallah..
Seusai berjalan-jalan dalam taman, habiskan Galeri, tengok jam dah pukul 9 malam pun.. wow.. lama juga berada kat sini. Perut pun dah berkeriuk... Nak g kedai pun tak tau kat mana. Terus balik rumah jer lah, Sampai rumah isteri terus masakkan Kari Daging Instant.. Puas juga makan walaupun instant.
Alhamdullillah. Sudah 4 tempat kami kunjungi.

0 comments:
Post a Comment