Tempat ketiga di Austria - Reintalersee

Salam,

Tempat-tempat yang biasa ada di Austria yang boleh kita lawati selain, puncak-puncak gunung, kaki-kaki gunung adalah Tasik-tasik. Biasa la, di antara gunung-ganang mesti terdapat punca air, macam tempat tadahan air. Tasik-tasik diorang ni memang bersih airnya, dan ada yang menghampiri 100% pure dan boleh di minum. Tp biasa la.. kita masih takut la kan.. mesti nak kena rebus dulu baru nak minum.. hihihih..

Gaya mau ada kan.. permandangan tasik yang sangat indah.. ini adalah kenangan terindah berada di Austria
Antara tempat menarik berdekatan dengan area tempat tinggal aku nih, ada satu tasik.. Reintalersee.. sebenarnya "see" tu adalah tasik.. Dalam English Reintaler lake. lah..

Tempat ni  pun kitaorang sempat pergi selepas aku balik kerja.. ye lah, balik kerja pukul 4ptg. Sampai rumah, letak beg, isteri dan Hana pun dah ready, kereta sewa pun dah ada. Mudah la nak pergi. Dalam 6 minit sampai.

Saja nak tunjuk kereta sewa... susah ni nak dapat.. alhamdulillah!!

Bila sampai, agak besar tasik ni, jauh mata memandang.. lebih besar dari Tasik Bukit Merah, dan nampak meriah juga.. hampir di sekeliling tasik ni ada orang. Ada jeti, boleh berlabuh sampan.. ada orang main mcm water board tuh.. berdiri atas board, kayuh guna pengayuh.. menarik..



Itu yang aku maksudkan, macam board, boleh berdiri dan kayuh.

Siap ada yang bersampan lagi. bukan hari minggu ni.. macam-macam aktiviti dorang buat. Bagus Life balance diorang.

Isteri ada bawa baju mandi untuk aku dan Hana, tp tuala plak tertinggal.. Hana berminat nak mandi.. so je boleh lah mandi walaupun takde tuala.. tp hana sorang jer la. aku payah lak nak tukar n lap badan... tp kitaorang ronda dulu.. ada hutan sikit untuk ke sebelah sana, jadi kena la jalan dalam hutan. Tak la tebal pun banyak pokok-pokok lah.

Walaupun hari bekerja, masih ramai berkunjung. ada yang mandi, ada yang berbaring dapatkan cahaya matahari di tengah padang... memang lain betul budaya sini dan budaya kita.. Kita pergi jalan-jalan kat tasik.. takde rasa nak mandi pun sebab tak pasti kebersihan air dia.. dari macam-macam sumber.. Ini memang mcm air takungan dari gunung-gunung berdekatan.. memang bersih dan boleh mandi.. Tasik Bukit merah ada la orang mandi.. sebab aku pun pernah terjun sekali walaupun terasa seram.. sbb dalam kan..

Ada gambo terpaksa di sensoredkan.. kurang sesuai.. inilah budaya mereka.. lepak di tasik sambil berjemuran.. tak semestinya di pantai saja.



Lepas berjalan dalam hutan, ada satu kawasan rehat lagi, ada kedai, ada mcm jeti. Kat situ ada beberapa sampan. Tak tahu la sapa punya..  Ada beberapa orang dalam tasik dok berenang. memang best suasana tuh.. kitaorang bergambar  jer lah.. permandangan pun Subhanallah.. amat cantik. Masuk pulak orang yang cantik-cantik dalam gambo.. bertambah indah gambo-gambo yang di ambil.. hihihih..
Huduhnya muka si Hana tuh.. ada la tuh yang tak kena anak dara sorang ni.. alahaiii..

Sempat bergambar di belukar.. antara laluan untuk ke bahagian lain .


Gambo punggong aku plak di snapnya.. itu lah isteriku.. 


Angsa pun tumpang nak mandi.. memang hijau elok rumput dorang ni.. mungkin sebab sejuk kot.





Lepas dah puas bergambo atas jeti bagai. Kitaorang patah balik ke tempat yang kitaorang masuk td, rest jap kat laluan tuh, ada kusi, boleh la bergambar pulak. Terus ketempat untuk mandi, kat area tuh tak dalam dan sesuai untuk kanak-kanak. Ada tangga untuk turun yang di buat elok. Air dia, memang sejuk dan segar. (Nanti aku cerita plak tentang Achensee-next entry).

Gaya no satu.. ekekeke..

Apakah yang di tunjuk anak dara sorang nih!!


Baru gembira dapat mandi tasik.. agak sejuk airnya.. mesti segar kalau mandi.



Lepas puas hana berenang-renang kataknya. Kitaorang decide nak pergi cari kedai makan tomyam. Ada satu kedai makan tomyam di area Brixlegg, tak jauh dari kramsach pun sebenarnya, yang paling best, kedai ni tutup pukul 9malam.. lain sikit dari kebiasasaan kedai-kedai sini dalam 7.30 paling lewat.
Ermm.. love this one!!!

Sampai kedai, Lah's Tomyam kalau tak silap namanya.. terus order, tomyam seafood, dengan sayur campur. Air kosong jer.. fuh.. puas la dapat makan Tomyam, boleh tahan juga la rasanya walaupun tak sehebat kedai Tomyam di Malaysia. Better has than never kan... yummiess..

Boleh la dapat makan tomyam.. set tuh dalam 12++eur gtu kalau tak silap..

Balik boleh terus tdo sebab perut dah kenyang.. Itu lah ceritanya.



0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.