Tempat Menarik di Selama Perak

Salam,
Sepanjang seminggu di kampung sempena Raya Haji, sempat la aku bawa keluarga tengok tempat-tempat yang orang gembar gemburkan menarik.. aku pun teringin la juga nak tengok.. orang luar datang nak g tempat gitu, aku dah 40 tahun dok Selama tak pernah jenguk pun.. nak la juga tengok tapi selain lata lah.. lata memang tempat kami berkubang kecik2 dulu.

Lata Tebing Tinggi,

Lata tebing tinggi ni memang tempat aku berkubang masa zaman sekolah dulu ni, ada laluan dalam kebun sawit dari kampung aku terus ke kampung kat lata tebing tinggi ni. Sekarang tempat ni dorang naik taraf sikit, dah ada chalet di tepi-tepi air terjun tuh. Masih ok tempat ni, air dia memang sejuk. Sekarang kalau pergi, aku cuma mandi di peringkat paling bawah jer.. dulu sampai keatas kitaorang teroka..









Perigi/Telaga Gergasi

Tempat ni terletak di Bagan Baru, cuma kira-kira dalam 5km dari kampung sungai dendang. Kalau ikut dari cerita abah aku. Telaga ni memang dah lama, sejak zaman british lagi, kisahnya dorang nak angkut segala bijih. Bijih-bijih tersebut di salurkan melalui sungai dan terus masuk ke dalam telaga tuh.. Kalau kita tengok memang bebetul luas telaga tu, kedalaman kira-kira 18meter, di dasar telaga tersebut terdapat satu aliran terus ke sungai. Tak lama selepas british keluar dari penjajahan, ia berfungi untuk mengawal kadar pengaliran air sungai Ijok terus ke Bukit Merah. Ianya sangat penting sehingga kini kerana Tasik Bukit merah menjadi punca pengairan sawah padi di daerah Krian.





Sungai Atas Sungai

Pelik bunyinya tapi benar belaka.. Aku pada mulaya pun mcm tak faham dan tak dapat bayangkan apa yang di maksudkan sungai atas sungai. Setelah sampai di lokasi, baru lah faham mengapa di sebut Sungai atas Sungai. Ada satu sungai yang merentasi sungai Ijok yang mengalir  di bawahnya. Ada satu terusan yang di bina di atas sungai Ijok tersebut untuk mengalirkan Air sungai Redang Panjang, dan sungai tersebut terus mengalir melalui terusan tersebut ke Telaga Gergasi tadi. Menarik bukan?.




Gelongsor Batu Selama

Ini tidak termasuk dalam list tempat-tempat menarik di Selama, tapi sengaja aku masukkan sebab aku rasa menarik kerana Gelongsong batu ni dah di bina sekian lama. Secara kasarnya aku tak pasti bila, tapi sejak aku barada di tingkatan satu dah ada gelongsor tersebut. Masa di tingkatan satu, setiap hari jumaat, aku bersama beberapa kawan akan singgah bermain di situ sekejap sebelum ke sekolah. Sehingga kini, ada kalanya aku bawa anak2 aku bermain di gelongsor tersebut.


Itu lah cerita tentang Pekan Selama tempat aku membesar,





0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.