Tempat pertama kami lawati di Austria - Hintertux

Salam,

Entry kali ni  aku nak cerita tempat pertama yang menarik di Austria yang aku dan family pergi. Pada hari Ahad (25hb Ogos) pukul 3 pagi kitaorang masing-masing dah bangun. Sebabnya masih Jetlag, pukul 3 pagi di Austria waktu malaysia dah pukul 9pagi. Isteri aku masak nasik, dan lauk daging kari Brahim. Selera juga kami makan. Okay lah berat sikit untuk alas perut.

Di puncak Hintertux

Memandangkan kereta sewa masih gagal untuk di sewa, untuk ke Hintertux kitaorang akan menaiki public transport saja.

Pagi-pagi dalam 7 lbh dah gerak ke stesen keretapi. Beli tiket kombo 2 orang 34eur, konon nak jimat lah. Rupanya kami tersilap di situ, Dari Kramsach, turun di Jembach, ambil train Zillertal plak. Aku ingat tiket tersebut boleh sekali guna untuk train Zillertal tuh.. sekali silap.. Zillertal tu kena beli tiket lain. Konductor tiket syorkan kitaorang beli tiket kombo 34eur untuk 2 orang.

OBB Combo tiket, tersalah beli.. huhuhuh

Kat situ kitaorang dah kerugian dalam 34 eur lah.. tak per lah.. firstime kan.. kalau cek kat obb pun pergi balik dr kramsach ke Hitertux sorang perlu 32.60 pergi balik.. 2 orang dah 65eur lebih kurang. Itu yang kitaorang pergi beli tiket combo dr OBB.. tersilap lah.. sepatutnya beli tiket ke Jembach, dalam 15eur tak sampai pergi balik tambah dengan Zillertal train 34Eur combo.

Stesen Jenbach ni dlm 10 minit jer dari Kramsach

Pertukaran platform

Apa pun perjalanan memang dapat tengok permandangan yang sangat cantik. Gunung ganang yang menhijau. Untuk sampai ke Hintertux, perlu naik 2 train dan 1 bas. Train OBB, then Train Zillertal ke Mayrhofen then last sekali bas 4104. Untuk sampai ke kaki gunung untuk cable car.

Dalam Zillertalbahn


Hana berangan  apa tah.. mcm badmood jer budak kecik tuh..

Sampai di Mayrhofen sebelum naik bas 

Perut yang tak dapat di sorok-sorok

Dalam bas 4104




Gembira dapat berjalan.. 

Permandangn dari dalam bas nak ke Hintertux glasier

Nak naik sampai ke puncak, kena naik 3 peringkat lokasi cable car. Hintertux ni memang tempat bersalji sepanjang tahun. Jadi sesiapa yang nak main ski, dorang boleh datang sini.. memang ramai orang datang untuk main ski. Aku dan family datang sini semata-mata nak main dan pegang salji jer.. hihihi..

Yang paling tinggi pada ketinggian 3250m dari aras laut(Gefrorene wand). Peringkat pertama dari bawah adalah Sommerbergalm pada ketinggian 2100m, kat sini ada lah taman permainan kanak-kanak, dan beberapa track yang boleh di telusuri. Peringkat kedua adalah Tuxer Fernerhaus pada ketinggian 2660m.. kat sini dah mula sejuk dalam 8 degree celcius. Dan yang paling tinggi yang aku dah sebut tadi Gefrorene Wand.

Sampai di kaki bukit.. sebelum naik cable car


Hana sudah mula sejuk

Cable car pertama

Muka orang gayat

Perhentian pertama.. 




Perhentian kedua.. sebelum naik cable car ke puncak

Permandangan dari atas gunung


Sebelum naik cable car yang terakhir untuk ke puncak


Cable car ke tiga

Memang kitaorang plan untuk ketempat paling tinggi dulu, masa turun nanti baru singgah di peringkat bawah. Jadinya, dari bawah, terus tukar cable car untuk ke Gefrorene tuh. Hana pun dah tak sabar nak main salji. Hana memang dari bawah dah berbaju sejuk, aku dan isteri dalam cable car terakhir tu pakai baju sejuk, Kitaorang usung beg beroda yang paling kecik terus senang.

Mommy dah pakai baju sejuk

masing dah berbaju sejuk.. mmg sejuk



Muka orang gayat.. dah makin tua.. makin gayat plak.. hihihih.. masih ayu di situ..


Sampai atas, terus Hana genggam ais nak buat patung salji.. hihihih.. memang enjoy. Aku cukup gembira melihat isteri dan anakku sangat gembira bermain salji. Kat atas ni suhu dalam 3 ke 5 degree celcius. Aku memang kena pakai snow cap, kalau tidak telinga tak tahan sejuk. Hidung aku pun tak tahan, terasa basah jer..

Hana terus nak buat snowball.. nak baling kat abah katanya.








Kena tarik tube naik atas, untuk gelongsor semula..  
Semakin tengahhari ampaknya semakin berkabus kuat. 

Di panorama terrace.. untuk view yang lebih cantik permandangan salji di atas gunung.. wajah gembira kesayangan.

Apa la yang di menungkan oleh isteri aku tuh kan... love you sayang!!!

Perasan plak orang kandid gambo dia.. hihihi.. insan yang dapat mencuri hati aku. Terima kasih ya-Allah.

Sudah berkabus, kawasan kaki bukit memang tak nampak apa.

Lebih kurang dalam pukul 2 lebih, kitaorang pun turun.  Setelah puas bermain salji. Cuma kitaorang takde pergi main ski lah, nak kena sewa kasut bagai, macam payah juga lah.. cukup la setakat main salji jer. Dalam perjalanan turun, hujan pun mula rerenyai, nasib baik juga lah, Bertambah la sejuknya. Sampai di Tuxer Fernerhaus tu, kitaorang singgah makan dulu, Setakat makan roti, salad, buah-buahan jer lah.

Anak dara yang kepenatan.. tadi ajak turun tak nak lagi... bila turun.. dia paling letih.. hihihi.. 

Siap makan, turun ke bawah, hujan pun semakin reda. Tunggu bas dan terus naik train Zillertal, sampai Jembach kitaorang ke Innbruck memandangkan kitaorang dah beli tiket combo tadi.. punya la tak nak rugi. kira ok la juga.. tp malangnya sampai Innbruck, hujan.. nak jalan cari makan pun tak boleh.
Dah kat bawah.. tunggu bas... sib baik hujan dah berhenti


Sempat la kitaorang beli sedikit souvenir di Innbruck sedikit.. memang plannya beli sedikit-sedikit.. tak de nak tunggu last minit baru nak p cari.. memang tak dapat. Sebabkan hujan, kitaorang ambil train, terus balik ke appartment.

.



End.

  1 comment:

  1. Salam. Dkt Zittertal tu ada suspension bridge kan? Try x naik? Tq share info ttg Austria.. Hari tu smpai kat hallstatt n salzburg jer..

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.