Tempat Kelima di Austria - Arena Coaster Mayrhofen

Salam,


Pada 30hb Ogos, hari Jumaat petang kitaorang anak beranak ke Arena Coaster kat Mayrhofen, oleh sebab tak dapat naik semalam Khamis sebab hujan, kami usaha datang lagi hari nih. Kebetulan setiap Jumaat, Besi balik kerja pukul 12.30 macam tuh.. awal kan. sini memang kerja rileks saja.. Work life balance memang bagus.

Alhamdulillah, hari ni tak hujan, dengan menggunakan google Map, untuk ke Arena Coaster, walaupun semalam dah datang, hari ni masih kena tengok google map.. mana nak ingat.. hihihi..

Tengok di belakang, ada rail besi... itu lah rail utk arena coaster

Tiket naik Areana coaster ni untuk dewasa 5.40 Eur, kanak 3.6 Eur. Dia boleh beli untuk 1x main, 5x main. Kalau amik yang banyak kali tuh lebih jimat lah. Tp kitaorang nak try sekali jer lah.. Memang agak unik lah, pada mulanya ingatkan kena naik cable car, sampai atas, then naik Coaster ni utk turun, rupanya arena coaster ni memang naik dari bawah, dan dia akan di tarik ke atas dah turun secara graviti ke bawah.

Beratur nak beli tiket

Seriusnya muka dia...ekekeke

Memang menarik, Hana naik bersama isteriku, aku naik solo. Dorang pergi dulu, aku kemudian.. terpaksa la follow diorang punya cart tuh, siap dok break lagi.. ihihih.. cart ni dia ada pemegang yang boleh break utk slowkan cart tuh. Isteri aku tu gayat agaknya, banyak kali break.. aku pun terpaksa ikut break, kalau tidak terpaksa la hentam belakang dorang.. hihihi..

On the way nak ke atas.. sini sempat la nak snap gambo

Memang menyeronokan.. satu pengalaman yang sungguh bermakna.. aku rasa benda ni takde kat Malaysia. Alhamdulillah aku berpeluang membawa isteri dan Hana ke sini. Selepas dah sampai bawah. Hana pujuk aku untuk naik buat kali ke dua. Isteri aku surender dah, aku plak ada sikit rasa pening, memang kalau naik mana-mana coaster macam ni memang aku tak berapa tahan, bukan sebab takut, tapi memang akan pening.

Kitaorang decide untuk bawa Hana naik sekali lagi, tp isteri aku tak follow lah, aku dan hana jer. Bila naik tuh, punya la dia menjerit-jerit gembira, mana tak nya, aku tak berapa break, memang biar cart ni gelongsor laju turun sampai ke bawah. Bila sampai dekat camera, boleh la pose elok sikit.. sebab kali pertama tak perasan.. dah naik kali kedua.. siap boleh pose lagi.. hahahah...

Naik kali kedua bersama anak dara plak

Sebelum kitaorang ke Achensee, kitaorang lepak dulu, biar hana main dulu kat taman, dengan trampolin. Siap ada trampolin tp berbayar, untuk setiap 1eur, dapt la melompat selama 6 minit. Lepas bayar, nanti di bawah trampolin tu ada platform akan turun. boleh la melompat. Lebih kurang seminit sebelum abis, ada satu lampu amaran. Memang menarik konsep dia.

Playground dia..agak menarik

Sebelum gerak, sempat la pekena Aiskrim dulu. Then terus ke Achensee.. akan di catat di entri seterusnya.

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.