Road to slim part 1

Salam,

Aku nak citer pasal perjalanan untuk mengecilkan body aku dan isteri.. mcm dolu dolu... aku dan isteri dolu-dolu tak la cekeding.. tp better dari sekrng ler.. sekurang-kurangnya sihat sikit ye dak...

Pada hari aku menulis entry ni, aku dan isteri dah susut lebih kurang 5kg masing.. dengan sebulan eat clean... bermula pada awal bulan 10 hari tuh.. so perjalanan eat clean masih di teruskan sehingga mendapat berat yang idea..

Pada awal nak mula projek slim ni, berat aku lebih kurang 84.6~85kg mcm tuh.. isteri lbh kurang #$%#$kg.. alamak.. rahsia lah.. ppuan kan suka berahsia.. ekekek... setakat hari ni.. berat kami susut lbh 5kg.. alhamdulillah.. ada la progress kan...

Tp selepas 3 hari bersuka ria dia Morib, 2 3 hari makan sesuka hati, berat naik sikit lah... itu biasa... sbb bila kita eat clean, ada beberapa kg lemak yang menyusut, ada juga segala benda dalam usus berkurangan.. jadi dengan makan lebih, usus kita akan mempunyai lebihan makanan sebelum di proses kan.. jadi akan ada kenaikan sikit dalam berat..

Jadi untuk mendapat berat badan yang jitu bukan yoyo... kita memang kena plan utk buang lemak dan defisitkan kalori supaya pembakaran lemak berlebihan berlaku.. Aku juga ada ambil fish Oil yang di makan 2x sehari utk mengurangkan lemak-lemak tepu yang boleh menyebabkan kolestrol meningkat naik..

Doakan lah perjalanan eat clean kami berjalan dengan lancar.. tp yang paling kuat semangat adalah isteri kesayangan aku ler beb... tiap2 pagi akan bangun awal utk masak buat bekalan makan tengahhari.. so sebulan ni aku hanya makan di ofis.. tak join kawan-kawan makan kat luar... jimat pun jimat kan... hihihihi...

Inshaallah, kalau aku rajin nak menulis aku update lagi sebulan akan datang utk bezakan berapa penurunan yang dapat..





0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.