Family Day 2018 keluarga Zainal & Ramlah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Ini entry ke dua lepas lama tak menulis kan.. entry sebelum ni pun sbb nak test blogging guna phone.. harap aku masih ada pembaca ler kan.. tp apa pun tujuan aku buat blog ni hanyalah untuk diri sendiri baca dan mengimbau kenangan silap di masa hadapan... jadi boleh nampak jatuh dan bangun dalam kehidupan ni..

Entry kali ni aku nak citer pasal family day yang kitaorang plan adik beradik sejak 10 bulan yang lalu.. kalau tak silap ler.. ekekeke.. bila plan saja, kita mula kutip duit rm50 satu keluarga.. jadi ada banyak la juga.. duit tu boleh la buat bayar penginapan dan makan mlm beramai-ramai..

Kitaorang bermalam pada 4hb dan 5hb Nov di GoldCoast Morib. Bang chik dan kakak gerak ke KL hari sabtu pagi bersama Abah dan Mak.. Kakak terus ke rumah kakak iparnya, Bangchik dan abah saja terus ke rumah aku.. Dik Bry dari jumaat dah pun gerak dan tdo dulu kat rumah ipar dia di Sg besi...

Apa yang aku nampak sini, rumah aku biasanya menjadi tempat persinggahan kedua, Bangchik pun biasanya akan kerumah kakak ipar dia dulu kat Puchong, namun kali ni sbb kakak iparnya dah berpindah balik kg.. mungkin sebab itu dia datang dan bermalam kat rumah aku dulu... apa boleh buat.. mungkin ada benda yang dorng tak berapa suka kot.. dan mungkin lebih senang dengan keluarga ipar kan...  jadi pilihan kedua pun ok.. jgn tak singgah langsung sudah..

Berbalik pada trip kitaorng.. Sabtu tu, aku dok jangka bangchik semua akan sampai dlm pukul 3 ke atas, jadi kami sediakan minum petang jer la.. sekali pukul 1 gtu dah sampai..Alamak!!!.. aku dan isteri memang dah siap mkn tghhr, jadinya backup plan.. aku g tapau la nasik kat jaring.. amik daging gulai kawah ngan sayur apa tah masak lemak tempoyak.. paduuuu..

Mlm layan TV jap then semua tdo awal, esoknya dalam pukul 6 lbh isteri aku dah bgn utk readykan mkn pagi nasi lemak padu bersama sambal sotong... plannya nak gerak pukul 8pg.. tp nampak gayanya tunda ke pukul 9 lbh.. ekekeke..

Perjalanan amik masa dalam sejam lebih jer pun... guna waze dia bawa jer la jalan.. Sampai jer terus bergambar dulu, kakak dah ambilkan tiket theme park sbb dia sampai awal... lepas bergambar, terus tukar baju dan masuk theme park... memang best aktiviti santai dlm theme park...























Puas mandi, dalam pukul 1 lebih kitaorang keluar dan kebelakang untuk pekena lunch yang di bawa khas dari rumah.. nasik lemak padu mak dan isteri aku.. siap ada sambal sotong.. syok wei....




lepas makan nak sambung mandi. .ujan lebat membasahi bumi.. tapi takde guruh kilat.. jadi anak2 kitorang benarkan dorng mandi... mandi ler dlm ujan.... pukul 3 dah boleh check in.. anak2 masih dlm theme park sampai pukul 4 lebih...

Balik bilik hotel sambung makan apa yang ada.. rojak, roti, nasik lemak, pulut + rendang.. mmg heaven wooo....

Pukul 6 kitaorang dah get ready nak kena bagan lalang untuk ke Restoran Senandung Malam, makanannya kata orang murah sikit.. pada aku harga sama jer.. g melaka pun sama juga rate dia.. dorng mmg dah kat laut.. tp ketam sekilo jadi RM65 siap masak... pada aku cukup mahal.. tp apa kan daya.. itu lah rate yg dorng letak rata-rata seafood restoran nih...















beratur nak amik lauk dekat sejam, tunggu masak dekat sejam.. sampai sana dlm pukul 640.. pukul 8 lbh baru dapat jamah.. memang ramai orang kedai ni.. makanan dia.. boleh tahan ler... bajet kitaorang rm750.. utk semua.. amik ketam 13 ekor, sotong dlm 5 ekor bapak besor, ikan siakap 2 ekor, ikan jenahak 3 ekor... pepahat sekilo..  nasik 30 pinggan, air oren 6 jug...

Settle terus balik... lepak jap kat bilik terus tdo.. ... esoknya pukul 7am dah siap sedia nak bekpas... bekpas kat Morib ni pada aku boleh tahan sedap.. dan pilihan makanan dia agak banyak dan berbaloi..



Lepas bekpas.. anak2 terus sambung mandi sampai pukul 11 lbh.. aku dan isteri ke pandai dulu utk amik2 gambo di tepian pantai...




Pukul 12 lbh check out, terus balik.. aku sefamily terus ke R&R awan besar utk pekena sate, dik bry, kakak dan daus terus ke Melaka, bangchik straight ke Genting...

Itu lah cerita family day.. enjoy tgk gambo2 yang aku share ni yee... chiow.. sambung lagi kalau aku rajin nak menulis pulak...





0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.