Aktiviti Hiking bersama keluarga di Bukit Wawasan Puchong

Salam,

Entry hari ni aku nak cerita kisah Hiking bersama isteri dan anak-anak. Aku tak pilih yang susah, cuma hiking naik bukit jer.. dengan ketinggian lbh kurang 220++meter dari aras laut jer... hihihi..

Asalnya Su ofismate aku yang ajak, ada beberapa orang lain yng katanya nak join.. tp nampaknya dia dan suami, aku bersama isteri nak anak-anak tak termasuk Haziq sbb dia kat asrama.

Janji untuk bertemu di kaki bukit dalam pukul 730pg. Aku dari rumah pukul 6.15pg dah bangun bersiap.. breakfast roti telur goyang sekeping dengan sebijik telur.. anak-anak makan 2 keping dengan 2 biji telur... harap tak lapar lah.. ekekeke..

So waze cari "wawasan trail", dia bawa salah tempat, kena guna bukit "wawasan puchong trekking". So aku sampai terlewat sikit kot.. janji 730, aku sampai sana mcm 10 minit lewat kot.. hihihi... still ok ler..

Kat kaki bukit tuh ada gerai air kelapa, dan beberapa gerai lain. aku tak perasan gerai apa, yang aku perasan air kelapa jer lah.. ingat bila turun nak test ler..

Memang ramai siot orang naik bukit nih, orang tua-tua pun ramai... last aku memanjat kat Broga bersama isteri dan adik ipar... agak mencabar juga... aku ingat bukit wawasan ni landai la sikit dr broga... ye lah, baru 200++m jer pun.. sekali naik.. boleh tahan juga la untuk beginner macam aku dan isteri nih...


Permulaan hiking.


Tudia, isteri dan anak-anak bersemangat.. Hana pun boleh tahan juga..


Model pokok hijau


Trek dia agak mencabar juga.. kitaorang bernasib baik sbb semalam tak ujan, jadinya tak lecak sangat lah.. dan kurang licin.. mungkin ada tempat lain yang licin.. 


3 orang jer dapat ikut, Haziq tak dapat folow sbb masih di asrama.. ada masa boleh repeat dan bawa Haziq bersama.


Tudia, dan menampakkan kepenatan.. ekekeke.. isteri aku bersama ofis mate aku Su (Baju biru)


Boleh tahan juga kecuraman bukit nih. 


Sudah banyak peluh membasahi baju.. best!!


Bersama isteri tersayang... muahh!!


Banyakkan aku snap gambo.. permandangan hijau yang cukup mendamaikan jiwa..



Area sini agak licin sikit.. tp masih terkawal.. hana pun ok..


Bersama Daniel(kuning) dan Aiman(merah)


Ada juga kawasan yang landai, sempat la menarik nafas dan rilex


Sampai di titik Laluan A dan B bertembung. 


Penat nampak isteri aku tuh.. ekekeke... 


Senyum dalam kepenatan.. berehat sebentar.. minum air dulu


Lepas berehat, terus sambung perjalanan..


Sempat bergurau senda lagi kan.. hihi.. biasa la laki bini..


Sepanjang laluan, banyak juga pokok menjadi rintangan.. besar-besar juga batang pokok tuh.. ada kot besar sepemeluk..


Dalam perjalanan tuh, ada juga kena melintasi anak sungai.. jernih airnya.


Cukup damai kan permandangan dalam hutan nih



Memang ada signboard larangan memasuki.. signboard ni aku snap di area nak ke air terjun... dari atas sini sudah mendengar deruan air terjun..


Laluan turun ke Air terjun


Hana darina yang keletihan.. terpaksa aku dukung


Susah juga nak menuruni bukit sambil dukung Hana nih.. hihihi.


Bergambo dulu.. jalan turun ke Air terjun


MashaAllah.. cantiknya air terjun kat sini.. wow.. air cukup jernih... 



Alhamdulillah... sampai di area air terjun.. teruja melihat air terjun yang sangat jernih biru kehijauan airnya... 



Lihat boleh sampai ke dasar.. memang jernih airnya.. sejuk dan segar


Aku dan isteri



Hana sempat mandi.. merasakan kesegaran air yang sejuk dan nyaman.


Setelah berehat hampir 30 minit di kawasan air terjun.. bergerak naik.. ini arah lain .. bukan tempat turun tadi..


Dan on the way balik ke jalan keluar


Jalan balik laluan sini nampak lebh berair dan lecak..





Sudah sampai keluar di titik pertemuan laluan A dan B tadi..


Terduduk kepenatan.. tp memang puas hati.. masih ada 15 minit perjalanan ke pintu keluar.


Hana pun cukup kuat.. laju dia bergerak.. mommy dan abah ketinggalan


Dan sampai bawah, ada tempat boleh cuci kasut dari tanah-tanah lecak.. cuci sikit2 jer la.. asalkan bersih sikit.. nak masuk keta kan...


Done.... alhamdulillah.. memang best.. boleh cari lagi bukit-bukit utk beginner nak hiking lagi.. baju basah 100% peluh.. memang puas hati.. Sampai bawah.. perut memang terasa kelaparan... tgk Jam dah pukul 11am.. wow.. lebih 3jam kitaorang hiking naik dan turun.. 

Ingat nak pekena air kelapa kat bwh tuh.. tp apakan daya.. perut sangat lapar.. alang nak cari makan.. teruskan jer la.. kalau lepak minum air kelapa.. amik masa plak... dari puchong, terus ke Bukit lanchong.. bukan nak panjat bukit lagi ye... g pekena Ayam penyet bukit Lanchong.. padu.. baq hang... 

settle!!


0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.