Salam Ramadhan Kareem

Salam,

Salam ramadhan kareem pada pembaca semua. harap semua masih berpuasa ye.. baru 7 hari puasa.. dah rasa mcm puasa dah seminggu kan.. hehehehe.. Apa citer  korang di bulan puasa ni,

Aku takde apa cerita.. cuma cerita biasa-biasa ke Pasar Ramadan la kan dan berhujung minggu.. dengan kata singkatan dia 'Param'. Takde banyak param yang aku dan isteri sempat singgah pun.. setakat ni baru 3 param jer.. isteri mungkin 4 lah sbb hari pertama dia ke Param TTDI.

Minggu lepas, ada hari ke param, ada hari isteri masak. Param pertama yang aku jejak tak lain dan tak bukan , param kat dalam kawasan masjid Al-Husna.. dekat kan.. so sini mcm biasa la.. tak la banyak sangat.. tp boleh la untuk berbuka.. apa yang best sini.. kebanyakan aku tengok yang mengekor beratur, Murtabak Abang power dengan Roti John leleh.. 2 ni memang berekor beratur.. ramai...

Pasar Ramadan kedua yang aku pergi kat Kelana Jaya... sini memang maveles..meremut orang siot.. dari jauh pun nampak.. memang ramai giler kot orang.. harga kebanyakan masih berpatutan.. nasik lemak, nasi tomato berlauk ayam masih RM5.. kat dlm mesjid A-Husna pun dah RM6 dan ke atas.. Masa ke Kelana Jaya, aku pergi satu family, hari Sabtu.. elok lah.. Haziq pun ada.. masing beli satu nasi, dan bubur.. aku beli nasi briani gam ayam.. boleh lah..
Param Kelana Jaya.. memang meremut orang kan..




Pasar Ramadan yang ketiga aku gi, Pasar Ramadan Kg Dato Harun PJS2.. nak cari Pecal.. Dulu tempat ni pada aku syok juga.. kali ni mcm kureng.. lebih kurang 40% jual air.. lain2 makanan biasa lah.. yang paling tak bestnya.. sbb pasar dia di laluan jalan raya.. jalan yang tak di tutup.. orang2 situ naik moto untuk beli juadah.. apa kebenda dah mcm drive thru plak.. dah la sesak.. ni last kot aku ke sana... lepas ni nak try ke Shah alam ngan USJ4 plak.. USJ4 tahun lepas gi.. juadah dia agak mahal..

petang ni, di kala aku menulis entri ni, mungkin isteri kesayangan aku tengah masak menu berbuka Seafood Tomyam bersama Kuey teow.. slurpppp.. mesti syok.. Hari jumaat lepas isteri aku masak mehun sup muka ketat dengan puding caramel... pun syok.. walaupun mehun sup muka ketat pun ... masih sedap.. hihihihiih.. jangan marah yang.. love U..

Cukup la sampai sini tulisan aku.. ekekeke.. Selamat Berbuka semua!!!

Murtabak di Param Mesjid Al-Husna

Kuey Teow Tomyam air tangan isteri tersayang.. syooook

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.