Balik ke Kampung Sungai Dendang Ramadhan 2019

Salam,

Tahun ni, 2019 Raya Aidilfitri balik Klate, Raya Aidil Adha nanti baru balik ke Kg aku plak. Jadi, setiap kali tahun balik raya ke Klate, kitaorang akan cari satu masa untuk balik berbuka puasa bersama mak, abah dan adik2 tersayang. Ada la aktiviti yang biasa buat.. "Mengerang".. lain macam bunyi kan.. jgn salah sangka.. itu saja aku letak je.. maksud aku kat situ.. membakar kerang..

Kebetulan dalam bulan pose ni, ada cuti hari Isnin dan Rabu, kalau ambil hari Selasa sehari, dah dapat dlm 5 hari cuti straight. Tp malangnya aku tak amik pun cuti selasa sebabnya anak2 masih ada yang exam selasa tuh.. Haziq pun nak balik Asrama plak.. jadi agak leceh... so aku dan keluarga bercadang balik dr Jumaat malam sampai Isnin jer la.. jadi lah 3 malam berada di Kampung...

Hari Jumaat tuh, pukul 4.30 petang aku dah gerak balik dr Ofis. Isteri dan anak2 semua dah ready.. Daniel dalam 5 lbh baru balik dari sekolah agama.. so bajet dalam 5.30 ~ 5.45 petang dah boleh gerak ke Klang ,amik Haziq kat asrama..

Keluar rumah pukul 5.45 gtu, amik anak2, terus ke Klang.. sekali tgk waze.. nohhhh haiihhhh.... kul 7 baru sampai Klang.. apa ke hal plak..rupanya Jem teruk sepanjang perjalanan. Sampai asrama Haziq pukul 7, Haziq dah ready menunggu. Terus gerak ke Highway dari Klang, masuk ikut Bukit Raja.

Kebetulan Firdaus sefamily pun dah on the way balik kg. Dorang gerak dalam pukul 4 ke 5 ptg.. asalnya kata nak gerak lepas berbuka.. tp sebab Daus dapat masuk kerja awal.. balik pukul 3 ptg.. gerak terus la kot kan..

Atas Highway pun agak banyak kereta.. kitaorang dah berenti untuk berbuka pun. Isteri aku dah buat puding jagung untuk berbuka.. then ada beli air kotak Laici.. So masa berbuka.. kitaorang beralas perut saja.. lagi pun time berbuka singgah R&R.. masak juga tuh.. mesti penuh...

Dalam pukul 9 lbh, sampai Tapah, kitaorang singgah R&R Tapah, ada makan nasi lemak, nasi ayam, aku makan mee Kari. Firdaus pun singgah Tapah. Lepas makan dalam 10 lbh, kitaorang gerak bersama balik ke Kampung..

Dalam pukul 12.30 dah sampai kampung.. alhamdulillah... Walaupun banyak kereta dan lori.. perjalanan agak smooth juga lah..





0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.