Proses buang habuk-habuk kat rumah!

Salam 1 Mesia,

Hari Sabtu minggu lepas (25hb Mac), aku dan isteri plan nak bergotong royong buang segala habuk dan buang apa yang patut... Kalau minggu lepas, kita kemas almari.. kali ni kita kemas satu rumah... Kalau isteri aku kemas rumah, biasanya yang biasa-biasa saja dia buat.. sapu.. vacuum, lap segala habuk kat frame gambo, kat rak-rak buku..  mop lantai....

Kalau aku bantu, biasanya aku akan alih semua barang.. vacuum, buang segala habuk.. lap semua.. benda yang sama juga.. cumanya bila aku alih barang, jadi lebih senang nak bersihkan habuk-habuk kat belakang rak, belakang sofa.. belakang tv.. bawah meja.. bawah karpet...

Oleh sebab, bajet bulan ni kami bercadang nak cari sofa baru yang murah-murah.. gantikan sofa lama tu yang dah berbagai jenis bau ada.. terkoyak siap.. ekekek... so aku mulakan dengan keluarkan sofa ke luar... angkat karpet sangkut kat pagar... so boleh vacuum elok2 lantai dan bawah tangga..

Kabinet TV di tarik ke depan, rak-rak CD lama letak luar.. vacuum segala habuk belakang rak tv.. wayar-wayar tv di "tightkan" elok... bagi kemas.. karpet kat luar tu aku minta Daniel dan Aiman tolong kibas...

Hana pun semangat nak bantu.. jadi aku pendekkan vacuum dan suruh dia vacuum bawah tangga... bila dah siap, aku minta Daniel plak vacuum ruang tamu.. kipas pun biasa aku vacuum jer buang habuk...rak-rak buku di alihkan, buang segala habuk dan sawang kat belakang tuh.. yang tepi dinding hala ke dapur tuh memang bersawang dan berhabuk banyak dah.. siap tahi cicak lagi... vacuum kasi bersih...

Bila ada aktiviti mcm ni, memang peluh bercheghau keluar la baq hang.. puas ati.. alang-alang bersihkan rumah.. bersihkan bebetul.. dari pukul 9 lbh start, dekat pukul 1 lebih baru abis...

Dah siap kerja, dah bersih. perut pun lapar la kan.. memandangkan masa abis mengemas... jadi tak sempat ler masak.. aku bercadang nak belanja semua makan kat tappers giant USJ sebab isteri aku ajak g situ nak tengok sofa kat kedai i-living... sekali sampai Giant, Tappers dah tutup plak.. so kita divert g makan marry brown... memang nikmat makan di kala kelaparan.. Hana plak boleh tdo.. dah nak siap makan baru dia bangun tdo.. ekekeke..

Seusai makan, terus naik atas, cari kedai i-living.. ushar-ushar sofa.. wow.. cantik2 belaka.. tapi sebab bajet kitaorang yang ciput jer... dapat la satu sofa yang memenuhi bajet.. rege RM750... boleh la.. L-Shape.. Hari selasa baru kedai boleh antar... so ok la.. deal.... aku dan isteri bukan jenis yang banyak songeh sangat.. asalkan sedap mata memandang... duduk pun ok.. selesa.. zassss.. sapu terus.. lagi pun bajet kecik.. takde banyak pilihan sangat....

Masa dalam kereta, dengar plak ada konsert Jom Heboh kat Bukit Jalil, Konsert Fantastic 4.. ada Aiman tino, Tajul, Sufian Suhaimi dan Khai Bahar... aku tanya anak-anak.. nak g tak? dorang semangat nak gi... aku ckp jom mlm ni kita gi... harap2 tak ujan lah.. sbb dah gelap..

Nanti aku sambung citer pasal g konsert...
















0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.