Bantu kerja rumah boleh Hilang Macho ke?

Salam all,
Hari ni aku cerita pasal bantu isteri apa yang patut... Tambah-tambah lagi isteri yang sedang mengandungkan anak kita kan.. takkan kau bantu isteri kau sikit terus ilang macho kot.. Tolong isteri sidai baju pun rasa tebal muka 40 inchi dan hilang ke machoan.. choi...

Anak2 aku 3 orang lelaki, aku dah pesan kat dorang, kalau kat umah mama diorang, bantu mama apa yang patut.. tak perlu tunggu mama suruh... kalau nampak mama basuh baju, tolong sidaikan, kalau pinggan mangkuk dlm sinki tuh, basuhkan.. Tak hilang pun macho kalau buat kerja2 macam tuh...

Aku sendiri pun di besarkan dalam keluarga yang ramai lelaki, kadang kala memang emak aku suruh sidaikan baju, basuhkan pinggan... aku sebagai anak yang baik.. kekekeke.. biasanya kami adik beradik memang menurut perintah walaupun memang ada kenakalan dalam diri... jadi benda ni dah di biasakan dari zaman kanak2 lagi bantu emak di dapur..

Kalau kerja2 lelaki dah tentu dah, repair motor, repair basikal tu mmg expert.. repair motor adik aku yang expert sbb abah kitaorang memang pomen segala macam benda, kereta, motor, mesin jahit, kipas berdiri, buat wiring.. serba makneka boleh.. cuma aku tak berkesempatan nak belajar repair motor dengan lebih mendalam sbb tinggal kat asrama masa sekolah.. adik no 2 aku sempat belajar.. setakat nak top overhaul tu memang takde hal..

Berbalik kepada kerja rumah, kitaorang bukan setakat basuh pinggan, menjahit pun boleh ... adik aku siap kait benang pun boleh, siap boleh buat kopiah.. sampai tahap tuh.. nak anyam ketupat pun takde hal.. jahit langsir.. semua boleh... (nota kaki : amboi... riak sungguh nooo.. ekekeke...)

Jadi dengan kebiasaan itu, aku memang selalu bantu isteri, sidai baju, basuh pinggan, masak.. tp biasa la lelaki,, kadang2 datang mood malas... malas la juga.. tp kebanyakkan memang aku bantu.. kalau time masak, aku akan bantu mana yang patut.. potong2 bawang, siang ikan, masak nasi.. .jadi kerja jadi cepat.. isteri pun lebih sayang kat kita.. ekekekek... syok ooo kalau terasa isteri sayang.. nnti selalu kena peluk... ekekeke..

Aku rasa semua lelaki sama kot, memang jenis yang tak suka kena arah, aku pun sama juga.. kalau aku nak buat, aku buat.. kalau malas.. memang malas.. hehehe...  tp alhamdulillah, isteri aku memang rajin, kuku kaki tangan aku pun sejak kawin, dia yang tolong potongkan.. hehe.. syok oo orang tolong potong kuku kita... dulu kalau kat kampung.. aku suka suruh adik ppuan aku tolong potongkan kuku... ekekekek...biasanya isteri yang banyak buat kerja rumah.. aku bantu2 apa yang patut saja.. dan dia memang tidak pernah mengarah aku sana ke sini.. itu namanya isteri understanding...

memang takde masalah kalau kita nak tolong isteri, ringan kan beban dorang.. sebab zaman sekrang suami isteri bekerja.. so masa2 terluang sama2 bantu membantu settlekan kerja rumah.. kalau baju banyak nak sidai.. tolong isteri sidai.. aku biasa sidai bersama2.. sambil sidai boleh borak2.. gelak2.. jap dah clear satu bakul baju.. tp lipat aku serender.. ekekekek.. biasa isteri aku lipat sorang2.. ekekek..

Apa pun terpulang kepada individu... mungkin kerana aku dah terbiasa dari kecil bantu kerja2 dapur dan kerja2 rumah.. jadi aku tak kisah bantu isteri buat kerja rumah.. ada orang di biasakan emaknya sorang buat semua.. jadi semua di biarkannya isteri buat.. Pada aku simple, bantu jer la apa yang patut... para isteri yang bekerja sebab nak tolong suami pun dah cukup baik apasalahnya kita sebagai suami pun bantu sikit2 dorang.. akan lebih terjalin kemesraan di situ..

Mode entri kali ni agak poyo dan riak.. harap jangan termuntah ye... tp apa yang nak dia sampai kan.. harap sampai kepada pembaca...

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.