Jawapan kepada Entri Seronok, konfius, best, takut risau sayang

Hai All,
Entri ni saja aku nak tutup kes dari entri "seronok-konfius-best-takut-risau-sayang" .. korang ada baca tak entri tu.. kalau blom baca, cuma klik balik jer link tuh.. kalau tak nanti tak tau ujung pangkal plak kan..

Bukan apa, entri aku yang lepas, segala macam perasaan bergaul dalam perut aku nih..sekarang dah ok sbb dah terjawab segala persoalan yang bermain di benak kanan aku ni... betul ke benak kanan... kalau orang utara cakap "kenapa kau bodoh sangat" jadi "awat hang benak sangat".. ekeke... lain kan maksud benak tuh.. normalnya benak tu dalam kepala la... tp orang utara sebut benak sbb nak ckp kau tak pandai.. ekekekeke... selingan plak...

Segala kerisauan yang terbendung, ilang dengan kehadiran darah kotor dari isteri aku.. ehh.. apa daaaa.... ekekeke.. macam geli kan.. tp itu la.. maknanya, isteri aku telah datang bulan setelah lewat hampir 20 hari... sepatutnya ujung bulan ni akan g check up semula tengok kot kantung yang nampak hari tuh membesar atau tidak.. kalau tidak membesar, doktor akan bagi ubat untuk keluarkan darah tersebut. 

Apa perasaan aku? biasa jer.. kitaorang memang belom mengharap pun dan masih blom plan untuk tambah satu lagi.. kalau ikutkan aku tak kisah,.. kalau ada rezeki.. ada.. kalau takde.. takde.. so bila isteri aku datang bulan lepas kelewatan lbh 20 hari.. aku rasa ok jer .. kalau kata nak tambah lagi.. kena usaha lah.. ekekekek...

So sekarang balik kepada aktiviti asal, isteri aku dah boleh mula balik senaman2 untuk terus kuruskan badan.. masa sebelum datang bulan pada bulan lepas, dah ikut Serina anak Chefwan punya program.. utk sihat di samping boleh slim.. sampai muntah2 kau.. ekekekek.. biasa la.. terlalu penat dan lama kami tak excersise, aku cuma pemerhati jer.. kalau aku join, bukan setakat muntah.. mau cirit dalam seluar... ekekekek... maybe sbb itu juga tiba2 darah haid tak mau keluar... terus lewat 20 hari...

Jadiknya sekrang petang2 boleh la kita orang follow jordan yeoh punya youtube.. harap boleh menten lah... ekekeke.. sekrang berat aku pun dah lbh 80++kg.. isteri aku 70++ kg.. berat kan masing... beza berat antara kami memang biasa 10kg gtu.. kalau aku 70++.. dia 60++.. aku tak kisah pun bentuk badan isteri aku sekrang... pada aku ok jer.. tp elok juga join aktiviti senaman ni, kurang2 boleh kuatkan antibody, lancarkan perjalanan darah dan seterusnya menguatkan jantung... takde la naik anak tangga baru 4 anak tangga dah kena duduk sbb penat.. hahahaha... teruk sangat kan... 


aku sharekan lah link youtube yang selalu aku follow petang2 dengan isteri aku.. dapat buat 3 ke 5 set pun dah tercungap-cungap wei...




Chow cin cau...

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.