Kisah Sehari Jumaat

Salam All,
Entri kali ni aku nak citer pasal satu hari Jumaat aku yang full... Hari ni aku apply coti.. so dari pagi sampai ke mlm ada aktiviti yang aku buat.. Boleh la nak citer sikit kan.. ekekekek..

Asalnya aku amik cuti nak ke pejabat lowyer kat Kajang, sbb nak sign satu surat pertukaran rumah dari nama pemaju ke nama aku... lepas ni nama aku ke nama pembeli... Memang makan masa la nak settle.. penjualan rumah dari September sampai la sekarang, baru nak settlekan pertukaran nama jer.. segala fee dah settle, selamat dah la kat situ..

Aku dapat call pada hari isnin dari pejabat lawyer 6/3/2017, bgtau dah boleh sign utk pertukaran nama, segala document dah siap. Dorang tanya aku, bila boleh datang sign. Aku ckp jumaat nih lah.. amik cuti terus satu hari. Dorang bgtau, boleh datang pagi or petang sbb datang ofis biasa ada orang. Cuma kalau time rehat takde orang.. kena datang sebelum pukul 12 atau lepas jumaat.

Terus isnin tu aku apply cuti. Pastu mula la plan nak kesini sana, ekekekek.. so aku paksa isteri aku cuti petang.. so boleh la keluar dating.. Dia pun ok jer.. bosnya ok katanya... yes.... aku pun terus plan nak tgk wayang... check punya check.. ada la cerita Logan... hari Khamis dah book..

Jadinya hari jumaat pagi aku kompem balik dengan pejabat lawyer, aku nak datang pagi dlm pukul 10:30 pagi.. aku wasap jer... sekali dia suruh datang petang sbb pagi ada kuliah dhuha.. aikk.. pulak dah.. hari tu kata pagi boleh petang boleh.. aku insist juga la nak g pagi sbb dah amik cuti.. kalau tak.. baik aku amik EL petang jer... ekekeke.. Dapat reply, cakap boleh datang sekrang, aku ckp 40 minit lah sbb dr Bandar Sunway, so dlm pukul 10 pg la boleh sampai..

Bergegas aku keluar rumah, kebetulan isteri kerja dari rumah, so ada kereta la. terus ke Kajang. Sampai memang dalam pukul 10pg, Sampai jer memang nampak ofis dia, bila aku tolak pintu, ada bau mcm nasi tomato, pergh!! sedap betul bau dia... sama macam bau sedap masa isteri aku masak nasi tomato.. terus lapar perut... aku jenguk je, nampak mcm kerusi meja macam dalam restoran... eh.. ni pejabat lawyer ker restoran.. aku nak keluar jer dengar ada orang tegur "Ye Encik".. tergezut aku... ada orang rupanya di sebalik pintu, baru nampak receptionist dia dan belakang kat dinding memang tertera nama Kompani Lawyer nih.. ok la tuh.. terus bgtau tujuan aku datang.. dia pun suruh tunggu dekat kerusi.. memang kerusi dan meja tu terusun macam restoran baq hang.. dengan bau sedap tuh.. aduiii.. lapaq perut..
 

Lepas 10 minit berlalu, baru la ada sorang awek datang bw document setebal setengah cekak.. amboi... jenuh aku nak sign nih... dia pun bg suruh sign, lepas tu setiap muka aku kena initial jer.. biasa la... settle dlm masa tak sampai setengah jam... menunggu lagi lama dr nak sign.. settle sign, terus balik la apa lagi...


On the way balik, jem pulak dah highway ni, dekat ngan batu 9 tu... rupanya ada tutup satu lorong sbb construction.. lepas pada tu clear jer... then aku mesej isteri aku, ajak pekena ikan bakar Belami... dia ok jer.. aku plak gatai p lalu federal, terus jem.. haru betul.. 11.40 baru sampai rumah... Tunggu isteri aku jap, then terus bertolak ke belami....

Hari ni pekena ikan talapia, besar ikannya, dan sotong bakar... total hari ni mkn kena RM42.. tudia... mahai wooo.. lauk kena rm15 dan 20... aku tak tau la mana satu.. tp aku syak ikan rega RM20.. sotong rm15. memang padu, dalam 1230 dah settle mkn.. terus balik la, aku nak solat area rumah jer.. senang.. sbb pukul 2.50tghhri ada movie citer logan... ekekeke




Seusai solat jumaat dlm kul 2tghhr, terus gerak ke Paradigm, haru, jem plak nak ke highway LDP tuh... lepas naik jambatan Kabel tuh clear dah jalan.. memang ngam-ngam sampai paradigm pukul 2.30tghhr, collect ticket wayang, collect air+popcorn.. tgk2 Hall citer Logan pun dah bukak.. dapat Hall 1.. terus masuk ler...

Layan juga la citer Logan ni, tp tak berapa climax sangat sbb sepanjang cerita tuh Logan nampak lemah dan tua... tu yang tak climax.. dia macam kau nak buat ehem, tapi anu tak cukup keras..  ekekekeke.. ada plak kan... lbh kurang mcm tuh la.. cuma part ending ada sikit Logan mcm kuar sbb dapat suntik something tetapi boleh bertahan dlm masa beberapa minit jer... pastu longlai balik... ekekekek.. korang tgk la sendiri ending dia.. jalan cerita dia, boleh tahan, aku suka..

Keluar panggung dah pukul 5.20ptg gtu. so terus balik. Terus ke kedai Seri Pagi, cari lauk nak masak mkn malam.. beli cendawan dan sayur campur.. lauk masih ada ayam dlm freezer then beli mee kuning, dan bahan2 untuk goreng breakfast esok pagi.. aku ada ajak member datang umah... tp tengok la cemana... dah masak banyak, dan tak datang, aku ajak plak adik2 ipar aku datang mkn.. ekekeke..
Balik rumah terus masak... isteri aku la masak, aku bantu jer apa yang patut... potong apa yang patut, cuci ayam... masak nasi..

Settle jer, pukul 730 aku g amik ajiq dan antar ke tusyen. then balik rumah mandi solat, pukul 8 amik aiman balik tusyen then baru mkn malam. Masak nasi 2 pot jer.. ajiq dah mkn kat rumah mama dia... dlm kul 10mlm g amik ajiq balik tusyen.. then semua masuk tdo awal.. sbb esoknya masing2 ada aktiviti masing2.. aku pagi2 nak g kinik Shaik amik nombor, kul 7.30 pg antar aiman ke umah mama dia then pickup daniel yang masih demam sbb nak bw g kinik shaik..ajiq plak ada latihan nasyid.. pukul 8 aku ada meeting PIBG plak.. then lepas tu plannya, lari dari meeting jap, sbb nak bw Hana dan Daniel ke kinik.. perrgh.. bizi kan...

Ini saja lah cerita aku seharian di hari Jumaat... alhmdulillah...






0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.