Layan Sate Samuri Awan Besar
Entri ni agak lama di peram. Biasa lah, kejadian dah lama, baru sekrg nak tulis. Dan sekarang plak makin jarang aku post cerita..
Author: Mr E | Monday, November 21, 2016 | No comments |
Author: Mr E | Tuesday, August 16, 2016 | No comments |
Assalamualaikum,
Hari aku menulis ni, Hana Darina sudah pun satu malam di Hospital Sunway sebab Jangkitan bakteria dalam darah.
Pengalaman pertama ank kecik aku ni. Kesian sungguh bila tgk doktor bertungkus lumus nak masukkan jarum kat tangan untuk drip air.
Sejak Jumaat petang 12hb Hana dah panas badan. Aku dah isteri beri ubat demam biasa je.
Esoknya (sabtu) masih panas tapi Hana nampak masih aktif. Lepas dpt ubat, panas surut. Petang sabtu tu aku dapat rasa kelenjar kat belakang telinga Hana macam bengkak.
Aku dah isteri masih continue bg ubat mcm biasa. Panas dia on/off la. Masih aktif mcm biasa tp sebelah malam agak merengek. Isteri lah yang banyak jaga Hana. Aku sedap je tdo.. Thanks Darling. Complimentary utk isteri aku.
Hari isnin pagi macam makin panas, dan keaktifan Hana tak macam biasa. Terbaring je, slow je nampak. Aku plak pg2 ada interview, so isteri aku bw Hana ke kinik. Doktor tgk muka sembab nampak mcm alergik kata doktor. Doktor pun check. Dia ada sebut "nefrotik syndrom". Maksud yg aku dpt Dr pakcik Google buah pinggang keluarkan lebih protein ke air kencing.
Bila amik darah, nampak result nya sel darah putih terlebih dan platlet turun. Kemungkinan nya denggi. So kitaorg terus la bw le Sunway Meds. Mulanya nak guna insuran kompani isteri, dah kena dptkan refer letter dr panel kinik plak. Kena la g KJ utk ke panel. Tgu plak Setengah jam.
Dah dpt surat terus ke Sunway Medical Center. Bila dah ke Sunway Medical ni aku pun call agent tanya pasal insurans. Dia ckp guna AIA je. Xperlu bayar deposit pun. So okay lah. Tp sebelum tu jumpa doktor Ped Dr Cham Weng Tarng. Doktor pun check la ikut rutin doktor. Then nak amik darah lg utk test. Adoi, bper kali nak amik darah. Doktor tny nak admit atau nak blk. Kitaorg decide utk admit je sbb doktor cucuk sekali je then bill boleh claim dlm insuran je. Kalau balik, hr ni cucuk amik darah sok kalau kena admit kena cucuk lg pastu kena bayar cash dulu.
Kesian Hana kena cucuk amik darah tuh. Yang paling kesian bila doktor masukkan berus halus dlm hidung untuk check H1N1 atau nemucocal. Panjang lak tu berusnya. Menjerit Hana. Allah, kesian siot. Aku tak dapat bayangkan parent yang anak sakit kronik, cemana dorg hadapi keadaan melihat ank2 kena amik itu ini utk test.
Hari ni, Hana semakin sihat. Dari keputusan doktor, denggi negatif, xde masalah dengan buah pinggang, semua normal. Alhamdulillah. Cuma Jangkitan bakteria dlm darah. So kena stay lg 3 hr utk antibiotic dan monitor. Pastu boleh balik la kot. Inshaallah. Moga di permudahkan.
Author: Mr E | Monday, July 25, 2016 | No comments |
Salam ceria,
Aku agak tertarik dengan cerita perniagaan monyet ni. Kisah nya korang boleh baca di bawah:
Diceritakan terdapat banyak monyet liar berdekatan sebuah kampung.
Suatu hari datang seorang peniaga ingin membeli monyet2 berkenaan. Dia memaklumkan kepada orang kampung akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM100 seekor. Orang kampung fikir peniaga ini pasti gila kerana bagaimana sanggup dia membeli RM100 seekor?
Tapi nak dijadikan cerita, ada yang pergi tangkap dan peniaga ini membayar RM100 seekor.
Berita ini menjadi viral dalam sekelip mata. Dan masing2 pergi memburu monyet dan menjualnya kepada peniaga tersebut. Sehingga pada suatu hari peniaga tersebut membuat pengumuman akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM200 seekor.
Penduduk menjadi tak senang duduk. Ke sana ke mari memburu saki baki monyet yang ada. Dan mereka berjaya menjualnya pada peniaga tersebut dengan harga RM200 seekor.
Kemudian peniaga tersebut membuat satu lagi pengumuman yang mengejutkan. Kali ini dia sanggup membeli RM500 seekor. Penduduk dah naik sasau sampai tak tidur memburu monyet2 yang masih ada. Hanya terdapat lebih kurang enam atau tujuh ekor sahaja yang berjaya ditangkap dan semuanya berjaya dijual kepada peniaga tersebut.
Orang kampung menunggu dengan penuh harapan apakah pengumuman yang bakal dibuat oleh peniaga tersebut selepas ini. Kemudian peniaga ini membuat satu pengumuman...
Dia akan pulang ke kampungnya selama seminggu dan bila balik nanti dia akan membeli monyet2 yang berjaya ditangkap dengan harga RM1000 seekor. Terkejut beruk orang kampung!
Dia menyuruh pekerjanya menjaga monyet2 yang telah ditangkap di dalam kurungan. Hanya dia seorang sahaja yang menjaga kesemua monyet2 di dalam kurungan itu.
Peniaga tadi pun pulanglah ke kampung halamannya...
Penduduk kampung sangat kecewa kerana tiada lagi monyet2 yang boleh ditangkap untuk dijual dengan harga RM1000 seekor. Sehinggalah pada satu hari pekerja tadi memberitahu orang kampung bahawa dia sanggup menjual secara rahsia monyet2 dalam kurungan dengan harga RM700 seekor. Orang kampung akan dapat untung RM300 atas seekor monyet yang terjual. Berita ini viral sepantas kilat.
Keesokkan pagi penduduk kampung dah siap beratur. Rupa2nya ada dah yang siap bawak khemah tidur kat depan kandang sejak semalam. Panjangnya melangkaui 3 deretan kedai (kalau di bandar).
Pekerja tersebut berjaya menjual kesemua monyet2 yang ada di kandang tersebut dengan harga RM700 seekor. Apa tidaknya, orang kaya membeli dalam pukal, orang miskin pula ada yang membuat pinjaman dari AhLong untuk membeli monyet2 tersebut.
Orang kampung membawa balik monyet2 yang dibeli tadi dan menunggu peniaga balik dari kampungnya.
Tetapi tiada siapa balik...
Mereka pun bergegas mencari pekerja yang menjual monyet2 tadi.
Rupa2nya dia juga sudah lesap...
Kemudian orang kampung tersedar bahawa mereka telah membeli monyet2 liar yang tidak berguna dengan harga RM700 seekor dan tidak mampu menjualnya kepada sesiapa pun.
Inilah realiti perniagaan yang kita kenali sebagai STOCK MARKET dan FOREX!
Perniagaan ini membuatkan ramai orang muflis manakala sebahagian kecilnya sahaja yang kaya raya dalam 'bisnes monyet' (monkey business) ini.
Semoga sama2 kita mengambil teladan dalam cerita ini...
Tiada yang mudah dalam perniagaan. Tidak ada jalan pintas. Perlu ada kesabaran, kecekalan, usaha dan selebihnya bertawakal kepada Tuhan, Maha Pemberi Rezeki. Jangan bergantung kepada manusia...
Apa yang utama dalam setiap perniagaan adalah ilmu. Tuntut lah ilmu sebaiknya. Zaman sekarang byk material tersedia, bersepah seminar mengikut model kejayaan orang lain.
Aku pun mula berjinak dengan Forex ni. Ada ebook dan video yang aku belajar. Ada juga sorang 2 kawan yang sudi jadi mentor. Tp ilmu masih belum kukuh. Klu ada rezeki aku update hal forex ni.
Author: Mr E | Friday, July 22, 2016 | No comments |
Salam,
Makin lama makin lemau corak penulisan aku. Entri ni patut published 21hb. 27hb kot br publish. Biasanya aku isi dulu sebagai draft, just masukkan title je dulu. Kurang 2 idea aku masih ada. Itu teknik aku lah. Klu time rajin br nak perah otak nak menulis 2 3 entri sekali gus kelaut juga lah.
Ni pun cam kelaut dah hihi. Hari ni (21hb) lah, aku amik half day sbb nk ke sekolah Rendah Agama Anggur. Nak jumpa ustaz/ustazah yg ngajo ank aku utk dpt kan result.
Ckp psl kelaut ni, result dorg fuhh! merosot teruk. Sangat teruk, geleng Kepala aku tgk. Mmg gaya org tak belajar. Bukan setakat tak ulang kaji, macam xpergi kelas. Tup Tup amik exam. Adui. Itu lah ibarat nya yang boleh aku gambarkan. Cemana nak buat pun tak tahu.
Mmg kena duduk sebelah ank2,paksa dorg study dan hafal. Walaupun result teruk, aku xde lah marah dorang direct. Aku nasihat juga lah. Apa pun aku sentiasa berdoa agar anak2 aku diterang kan hati, mudah menerima pelajaran. Semua ibu bapa sudah pastinya inginkan yang terbaik untuk anak2. Termasuk lah aku. Yang penting, aku juga kena usaha utk monitor dgn lebih jitu.
Author: Mr E | Friday, July 22, 2016 | No comments |
Salam,
Pertama sekali aku nak tanya, pernah tak korang g ATM then nak kuarkan RM20 or RM10? Ada rasa macam malu tak nak keluar kan duit sebanyak tuh.. Hihi. Ye lah, Orang kuarkan kurang2 RM50 atau lebih. Ko cuma nak kuarkan seciput gitu.
Kalau korang takde pengalaman sebegini, korang patut bersyukur. Korang masih senang. Korang kena tahu, ada org 2 yang tak bernasib baik, bajet terputus putus, sampai kan nak belanja pun takde duit. Terpaksa keluarkan duit seberapa yang ada kat dlm bank. Nasib baik ada. Kalau takde?
Jadi nasihat aku, kalau korang nampak ada org keluarkan duit soploh atau doploh hengget dari bank. Korang senyap2 je lah. Tak perlu nak cakap apa2 kerana korang tak tahu, mungkin itu saja yang ada untuk di keluarkan. Mungkin itu saja duit yang dorg ada untuk beli susu anak.
Hormati lah orang lain yang mungkin kurang bernasib baik dari korang. Kerana hari ini mungkin hari korang. Hidup ini kan bagaikan roda. Jadi ingatlah.
Author: Mr E | Friday, July 22, 2016 | No comments |
Salam,
Hari ni saja aku nak cerita pasal Restoran Alif kat pjs 8/9. Sejak aku menyewa bilik kat blok B tahun 2006, sampai bertukar menyewa rumah di blok C. Restoran Alif ni memang jadi tempat persinggahan tak kira untuk bekpas, lunch atau pun dinner.
Sejak dari tahun 2006 kot, sedar tak sedar dah 10 tahun bai. Macam tak percaya, bila aku menulis ni baru perasan. Masa awal2 pembukaan mmg ada byk kekurangan. Order makan, lewat sampai. Beberapa kali juga aku tegur tokey dia. Jadi, bila aku datang je, tokey amik order. Hahaha.
Pada aku Restoran ni masih boleh kekal kat pjs 8/9 ni sbb mknn dia, roti canai best dan makanan panas ala Tomyam pun boleh tahan. Makanan mamak Restoran Alif ni, pada aku "not bad" sbb kalau korang pekena, lauk kambing, perghhh! Memang sedap. Masa kerja kat WD dulu, boleh kata seminggu 2 3 kali seminggu aku lunch kat alif. Dan boleh kata tiap2 hari bekpas kat Restoran Alif ni.
Roti canai Restoran Alif ni, bg aku terbaik compare dengan kedai2 lain sekitar sini, pjs 8 dan pjs 10 ni. Memang syok. Korang beli awal pagi, tghhr makan pun masih sedap. Kenapa aku tulis post ni, sebabnya aku memang suka, roti canai dia. Pg ni aku bekpas roti canai banjir dengan isteri. Itu pasal la post ni pasal Restoran Alif.
Author: Mr E | Tuesday, July 19, 2016 | No comments |
Author: Mr E | Tuesday, July 19, 2016 | No comments |
Salam,
Untuk kisah semalam, xde apa aku nak citer. Kehidupan kembali normal. Mode raya pun dah pergi. Pagi g kerja mcm biasa dah.
Hari ni aku dan isteri bekpas kat umah je. Isteri aku masak nasi goreng cina gtu. Dan siap kan bekal nasi goreng untuk makan tengah hari. Alhamdulillah, jimat dah makan tengah hari. Maklum lah, lepas raya kan.
Aku sampai ofis pun mcm biasa dlm 8.40pg mcm tu. Start ruin biasa. Tp hari ni nak tunggu prang Korvac datang utk tngo card reader ada pobem sikit. Ikut schedule dlm kul 12 pm sampai la kot.
OK juga lah mamat Philippines under Korvac nih, apa aku tanya dia cerita je semua. Tak lokek ilmu. Boleh la aku tahu sikit2 pasal reader, boleh aku start develop sendiri nnt. Utk terminal aku dah develop sendiri from scratch untuk Touch n Go features. Guna sendiri punya architecture. So lepas ni apa2 update or nak enhance jadi mudah sikit sbb dah set betul2 semua benda.
Hari ni patut ptg g gym, tp aku skip sbb agak lewat dah. Tgu mamat Philippines settlekan kerja. Then Arif plak ajak makan. Terus terang aku bg tau xde duit, ye lah dlm wallet ada Rm15 je kot. Huhu. Cemana engineer dlm wallet ada byk tu je. Ngarut kan. Tp itu lah hakikatnya.
Arif ckp " xper d aku banje". Tu la rezeki yang tak di sangka. Alhamdulillah, sepanjang hidup aku, aku di kelilingi kawan yang baik-baik. Itu pun salah satu rezeki yang kadang kala org tak nampak. Org fikir rezeki tu adalah duit yang masuk semata2. Itu silap, kesihatan baik, di kelilingi kawan yang baik, ada anak ramai, semua sihat, di beri kelapangan waktu pun adalah rezeki untuk kita.
Kepada setiap kawan-kawan ku di dunia, aku sentiasa doakan kalian di berikan kelapangan waktu, kesihatan yang baik, di murahkan rezeki dan di panjangkan umur. Aminnnn.
Author: Mr E | Monday, July 18, 2016 | No comments |
Salam,
Haziq Syazwan nama diberi adalah anak no 2 aku. Lahir pada 13 Julai 2005 kat hospital Selayang. Jangan konfius ok. Alhamdulillah, sehingga kini, Ajiq (nama timangan) sihat tubuh badan. Dan moga terus sihat dan di panjangkan umur.
Setiap Besday anak2, aku dan isteri memang tak pernah miss belikan kek. Walaupun celebrate hanya kami-kami sekeluarga saja. Yang penting itu cara aku dan isteri tunjuk kan kasih sayang kami terhadap anak2.
Masa zaman financial down, aku dan isteri masih beli kek. Tak dpt yg mahal mcm kat secret recepi, beli yg sederhana rege. Tp time financial merudum teruk, kami cuma beli kek yang harga nya RM10.90 je kat supermarket . Then beli lilin yg bentuk nombor. Jimat tak? Yang penting ada kek dan celebrate. Settle. Nak seribu daya, x mahu seribu dalih. Mudah.
Paling tak leh lupa, masa kitaorg ke Langkawi tahun 2012, memang time tu kena pada besday Ajiq. Tp satu Langkawi pusing nak cari kek. Konon nya nak potong kek kat sana. Tp xde rezeki. Agak frust jugalah. Last2 balik PJ baru dpt kek.
"Untuk Haziq, abah dan mommy sentiasa mendoakan kesejahteraan ajiq, sentiasa sihat, sentiasa focus dan terus berusaha demi mengejar cita - cita dunia dan akhirat . Abah dan mommy sentiasa mendoakan kejayaan Ajiq. Aminnnn. "
Aku share photo kitaorg celebrate besday ajiq kat umah. Simple je. Tp cukup happy. Kek besday bersama cekodok Pisang. Maveles.
Author: Mr E | Monday, July 18, 2016 | No comments |
Salam,
Entri ni kisah Sabtu lepas. Hehehe. Time hujung mgu boleh plak aku tak UP cerita. Tgu isnin br nak mengayuh.. Cemana nih.. Kurang istiqomah.
Sabtu lepas, aku dan isteri bw anak2 keluar, memang plan nak ke kedai Popular kat pyramid tu. Situ je la tempat kitaorg selalu bertandang. Dekat sgt dgn umah. Anak2 pun pakai tracksuit je. Hihi.
Tp hari ni (Sabtu) Aiman xde. Dia ada aktiviti kat sekolah. Maklum lah pengawas. Aku antar awal pg td dlm kul 720am. Katanya abis kul 4 ptg.
Lepas semua dah bekpas, dlm kul 10 lbh, kitaorg pun keluar, memula ingat nak beli barang dapur dulu, ptg keluar plak ke kedai buku. Tp plan tukar, kitaorg ke kedai buku dulu.
So terus ke Pyramid, awal pg parking pun masih byk, tp dah hampir penuh lah. Pg2 pun dah ramai org.
Sampai je, aku ajak isteri g mkn plak. Wpun dah bekpas tp perut aku nak dok berbunyi. So kitaorg lepak dlm AEON, beli mini Pizza 9". Size kecik je potong 4. Then, Milo ais 1, teh tarik 1.share2 je. Aku mmg dah biasa kan anak2 share je kalau utk alas perut gini. Hana beli ball2 goreng.
Pas makan terus ke Popular, cari kan buku. Aku survey buku2 utk Aiman, ajiq n Daniel tgk buku2 utk latihan dorng. Terpaksa beli sbb nak kena push utk baca sebelum coming exam. Aku boleh kata result agak teruk masing2 kecuali Haziq yg ada peningkatan.
Aku cr kan nota ringkas utk Aiman supaya dia boleh hafal dan buku latihan. Lps hafal, buat latihan. Dengan harapan, ada peningkatan. Tahun depan masing2 ada exam besar. So kena push dr sekarang.
Beli buku je, belum cukup utk dorng buat improvement, belum boleh yakin result akan meningkat kalau beli dan simpan saja. Lepas ni aku nak kena push plak utk study. Push dan pantau, kena pantau betul2.klu tak memang tak jalan. Anak2 zaman millennium ni mmg mcm ni, byk sgt gajet yg boleh divert dorg punya fokus.
Moga dgn ada nya buku2 ni boleh jadi pemangkin utk start bergerak dan dpt result yang baik ujung tahun ni. Klu result memberansangkan. Reward besar aku dan isteri dah atur utk dorng.
Author: Mr E | Friday, July 15, 2016 | No comments |
Salam,
Tiap-tiap jumaat mmg aku n the geng g Bellami utk solat n mkn ikan bakar sebelum solat kat mesjid situ. Dari pagi masuk kerja dah rasa terliur nak pekena ikan bakar. Terbayang sotong bakar power. Lama kot x g sebulan pose kan.
Tepat jam 12.30 je terus kitaorg kuar. Tala ke Bellami, tp kali ni kita orang makan kat kedai sebelah, bukan kedai biasa. Aku n Arif amik sotong 2 ekor and ikan tilapia bakar. 2 2 kecik je, baik ikan dan baik sotong.
Ashaari dan Hans amik sotong je 2 ekor, sama saiz sotong aku. 4 org kami amik teh tarik. Gelas pun kicik. Tgh syok makan, agak okay juga, memang layan. Datang la tokeh kedai kira. Pap! Letak nota kicik RM40 tertulis, Terkedu beb! Mahal betul. Aku agak terkejut dengan harga. Dengan teh tarik gelas kecik pun kira RM2.50 satu.
Ashaari and Hans sotong 2 ekor, perghhh! RM35 bro. Whattt! Seriously mahal. Mamak kat Klcc pun cas teh tarik RM1.80 je, gelas besar lak tuh. Total semua rm75. Biasa kitaorg kena mkn 5 org kos dlm rm60 xsampai.
Apa pun, ini mmg last lah mkn kat sini. Mgu depan, makan balik kedai biasa tu. Hihi.
Author: Mr E | Friday, July 15, 2016 | No comments |
Salam,
Adoi baq hang! Cemana bleh lupa? Biasa terus masuk poket. Semlm bleh plak tertinggal kat moto. Sib baik ada lg.
Aku biasanya agak berhati-hati dlm byk hal. Safety precaution agak tinggi, byk rules utk bab nih. Sbb tu ms kat WD join safety committee dari score yang sangat huduh sampai dpt score terbaik, siap dpt hadiah berupa duit. Boleh belanja satu department g mkn kepci.
Hahaha.. Mana taknya, benda2 safety ni ko tak leh buat sorg der. Namanya syok sendiri. Ko kena involvekan setiap individu dlm dept ko. Ini yang ada org tak dpt buat, nak jalin kan hubungan setiap orang dlm dept.
Macam riak plak kan. Huhu. Cukup lah setakat tu. Aku dah melalut berkenaan dgn title entry aku hari ni. Ye lah kan, asal2nya citer pasal lupa barang.
Aku ni actually ada juga beberapa rules yg aku follow, rules aku sendiri lah. Yang baik utk aku sebenarnya. Korang pun mesti ada yg korang set. Macam kes entry aku ni, rules dia, ko buka sit moto, kunci terus masuk poket. Tp terlupa... Hihihi..
Apa yang aku lupa sebenarnya? Hahaha.. Masih belum terjawab kan. KUNCI motor sebenarnya. Sib baik ada Hamba Allah yang perihatin bg kat guard n dorg simpan kat security office. Klu tak, boleh lesap moto aku.
Itu lah guna rules aku tuh. Mcm tiket parking, rule dia amik then terus selit bersama seringgit dlm wallet. Tp adakalanya kita leka, jadi terlupa. Bukan apa, tiket parking kalau hilang terus kena RM50 wooo. Seminggu punya duit lunch.
Cukup la setakat hari ni. Nak sambung kerja.
Author: Mr E | Thursday, July 14, 2016 | No comments |
Author: Mr E | Thursday, July 14, 2016 | No comments |
Salam,
Rajin plak nak post pagi-pagi ni. Bukan apa, hari ni lari sikit dari rutin biasa. Biasa pas antar ank2 sekolah, aku n isteri terus antar Hana. Dlm 7.40pg dah g bekpas. Tak pun terus ke KL n bekpas kat mamak area ofis.
Hr ni isteri g kijer lmbt sikit, kul 10 br nk msk ofis sbb ada late night concall meeting mlm td. Aku sekali terjebak.
So lepak - lepak jap, kul 8 br g beli roti canai. Pekena kat umah je, lbh syok. Kul 8.50 pg br aku nak gerak g ofis. Agak korang, kul bper sampai ofis? Jawab le sendiri..
Klu ikut rutin dlm 8.40pg aku dah kat ofis, ofis start jam 9pg. Ada grace period 20 minit lepas kul 9. Sapa lewat dr tu kira late coming lah. Tp yg aku perati, ramai je dtg lewat. Maksud aku lepas 9.30 pg. Xde la kisah sgt, yg kisah HR je lah. Biasa la tu.
Aku lebih suka ms kerja kat Western Digital, lebih flexible and xde org peduli sgt. Maksudnya semua terbuka atau open je. Ko ilang jap pun xde org kisah, janji kerja settle. Kat MOL ni lain sikit environment dia. Ko dtg lmbt OK, tp klu ko ilang jap, ada mcm mata-mata dok perati. Aik, tiba2 bos tau. Pelik, tapi benar. Hahaha..
Aku tak kisah sgt pun, kat ofis ni mmg ada time aku akan kuar minum jap, 5 minit tea break. Bukan minum kat mamak pun. Minum kat luar je, luar ofis. Tak tau la kot ada org komplen.
Woi! Main ping-pong lepas kul 1 tghhr pun ada org komplen, ganggu nak wat kijer katanya. Kepala bana apa time lunch ko buat kijer.
Keh keh.. Tp itu lah hakikat kehidupan yang ko kena tempuh walaupun ko tak berapa suka. Lain orang lain caranya. Masuk kandang kambing ngembek la kan. Masuk kandang rimau kena la mengaum. Amik yang positif buang yang negatif, for sure hidup ko rileks and steady.
Sekian..
Nota kaki: macam luahan perasaan plak.
Author: Mr E | Wednesday, July 13, 2016 | No comments |