Layan Sate Samuri Awan Besar
Salam,
Entri ni agak lama di peram. Biasa lah, kejadian dah lama, baru sekrg nak tulis. Dan sekarang plak makin jarang aku post cerita..
Entri ni agak lama di peram. Biasa lah, kejadian dah lama, baru sekrg nak tulis. Dan sekarang plak makin jarang aku post cerita..
Kali ni aku just nak share pasal Sate Kajang yang femes. Buat pertama kali aku mkn sate Hj Samuri ni masa lepas graduate dr UM dulu tahun 2000. Ada member belanja konon celebrate lah.
Kitaorg pergi 2 bj kereta, masa tu mmg pergi ke Cawangan utama. Mana ada lg branch lain. Baru 5 kupang secucuk. Masih murah tp kalau di bandingkan dgn penjual lain dia mahal sikit lah. Biasa tahun ni (2000) sate baru 35 sen.
Lepas tu aku kerap p makan sate kajang kat Cawangan Awan besar, sbb nya monthly aku dan kawan2 selalu membowling sebagai aktiviti bulanan. Lepas main, singgah Awan besar mkn sate. Masa tu rekod paling byk aku makan cuma 26 cucuk je. X byk pun. Hihi. Masa ni berat pun dlm 58 ke 60kg je. Sekrg pertambahan 20kg lg.
Dari 5 kupang dah jadi 7 kupang, tahun lepas masih 8 kupang. Sekrg dah 9 kupang 8 duit. 98sen.aku kurang faham kenapa kena letak 98sen, letak je lah singgit sbb nya nnt dia akan bundarkan jadi singgit gak.
Tp pada aku, harga tu xlari jauh la Dr penjual sate lain kat tempat mkn atau mamak, Dorg pun jual 8 kupang. Kalau daging jadi 9 kupang. Tu la dia kisah sate kajang aku sekeluarga. 2 3 bulan sekali mesti kitaorg layan Sate Samuri ni.
0 comments:
Post a Comment