Pengalaman pertama Hana Darina tido di Hospital
Assalamualaikum,
Hari aku menulis ni, Hana Darina sudah pun satu malam di Hospital Sunway sebab Jangkitan bakteria dalam darah.
Pengalaman pertama ank kecik aku ni. Kesian sungguh bila tgk doktor bertungkus lumus nak masukkan jarum kat tangan untuk drip air.
Sejak Jumaat petang 12hb Hana dah panas badan. Aku dah isteri beri ubat demam biasa je.
Esoknya (sabtu) masih panas tapi Hana nampak masih aktif. Lepas dpt ubat, panas surut. Petang sabtu tu aku dapat rasa kelenjar kat belakang telinga Hana macam bengkak.
Aku dah isteri masih continue bg ubat mcm biasa. Panas dia on/off la. Masih aktif mcm biasa tp sebelah malam agak merengek. Isteri lah yang banyak jaga Hana. Aku sedap je tdo.. Thanks Darling. Complimentary utk isteri aku.
Hari isnin pagi macam makin panas, dan keaktifan Hana tak macam biasa. Terbaring je, slow je nampak. Aku plak pg2 ada interview, so isteri aku bw Hana ke kinik. Doktor tgk muka sembab nampak mcm alergik kata doktor. Doktor pun check. Dia ada sebut "nefrotik syndrom". Maksud yg aku dpt Dr pakcik Google buah pinggang keluarkan lebih protein ke air kencing.
Bila amik darah, nampak result nya sel darah putih terlebih dan platlet turun. Kemungkinan nya denggi. So kitaorg terus la bw le Sunway Meds. Mulanya nak guna insuran kompani isteri, dah kena dptkan refer letter dr panel kinik plak. Kena la g KJ utk ke panel. Tgu plak Setengah jam.
Dah dpt surat terus ke Sunway Medical Center. Bila dah ke Sunway Medical ni aku pun call agent tanya pasal insurans. Dia ckp guna AIA je. Xperlu bayar deposit pun. So okay lah. Tp sebelum tu jumpa doktor Ped Dr Cham Weng Tarng. Doktor pun check la ikut rutin doktor. Then nak amik darah lg utk test. Adoi, bper kali nak amik darah. Doktor tny nak admit atau nak blk. Kitaorg decide utk admit je sbb doktor cucuk sekali je then bill boleh claim dlm insuran je. Kalau balik, hr ni cucuk amik darah sok kalau kena admit kena cucuk lg pastu kena bayar cash dulu.
Kesian Hana kena cucuk amik darah tuh. Yang paling kesian bila doktor masukkan berus halus dlm hidung untuk check H1N1 atau nemucocal. Panjang lak tu berusnya. Menjerit Hana. Allah, kesian siot. Aku tak dapat bayangkan parent yang anak sakit kronik, cemana dorg hadapi keadaan melihat ank2 kena amik itu ini utk test.
Hari ni, Hana semakin sihat. Dari keputusan doktor, denggi negatif, xde masalah dengan buah pinggang, semua normal. Alhamdulillah. Cuma Jangkitan bakteria dlm darah. So kena stay lg 3 hr utk antibiotic dan monitor. Pastu boleh balik la kot. Inshaallah. Moga di permudahkan.
0 comments:
Post a Comment