Buka Puasa kat Buffet Dewan Sri Iskandar

Salam semua,
Di hujung-hujung Ramadhan ni, sempat aku dan geng-geng MOL plan untuk berbuka puasa bersama-sama. Biasa la, aku tukang arrangekan tempat. Dah lama aku tak buat benda-benda nih, dulu-dulu masa mula-mula kerja, memang setiap tahun aku la orang yang akan arrangekan majlis berbuka ngan kawan-kawan UM, kawan-kawan ofis(NEC).. Lepas masuk WD dah kurang aktiviti yang aku buat.. lebih kepada lone ranger jer..

Berbalik kepada kisah berbuka puasa, memang buffet ni buffet bajet yang di anjurkan oleh Chef Selebriti Yang Jamil dengan moto dia "Berbuka Puasa Sambil Beramal".. ok la.. Harga untuk hari Isnin sampai Khamis baru RM24.50 jer.. Kalau hari Jumaat sampai Ahad, RM29.70. kalau kanak-kanak RM15.90. Kira murah juga lah. Jumaat sampai Ahad mahal sikit sebab ada sediakan kambing bako.. tu yng syok.. sebab kami kesuntukan masa, kita sempat amik hari bekerja jer la.. ok la..

Apa yang aku boleh cakap lepas aku pergi buffet nih, menu dia memang makanan kampung, ada nasi putih, mee goreng, mihun goreng, ulam-ulaman, daging salai masak lemak, sotong sambal, gulai daging, ayam goreng berempah, sayur... Untuk makanan berat pada aku memang cukup dah.. belum kira kuih muih, banyak juga hidangan kuih, bubur lagi, bubur lambuk, bubur pulut itam dan sagu gula melaka.. Pada aku dengan harga RM24.50 tu agak berbaloi.. kompem tahun depan repeat lagi.. tp kali ni bawa keluarga la.. plan awal sikit.

Masa datang kali ni, aku bersama kawan-kawan saja, dalam 7 orang total.. Ada Hans, Arif, Ashaari, Calvin, Avadesh and Arash.. Ini memang geng lunch nasi goreng ayam kunyit padu kat jalan kampung pandan..

Kita orang sampai dalam pukul 645ptg gtu. Tunggu Avadesh keluar ofis, then konvoi ke Menara KH amik Calvin, dia tumpang aku merempit, takut jem. kiraorang lek lek jer bw moto.. dari Menara KH tuh amik masa dalam 20 minit kot perjalanan lalu Akleh.

Dewan Sri Iskandar ni kat area Setiawangsa, Hall dia kat tingkat 5, kalau masuk kena amik lif nai ke tingkat atas sekali. Boleh tahan luas depan ni. Aku rasa memang orang selalu sewa utk majlis kawin kot. Tp dorang ni pandai amik peluang buat buffet ramadan bajet kat sini.. 5 kupang dari bayaran, dia dermakan ke tabung anak yatim. Alhamdulillah, sbb tu la tag line dorang "Berbuka Puasa sambil beramal."

Memang seronok dan berbaloi dapat jumpa kawan-kawan ni.. Asalnya semua kerja kat MOL tp ada sesetengah dapat peluang lebih baik, dorang takkan nak tolak.. so tinggal aku, hans, avadesh dan Arash jer masih kat MOL.















Kali pertama bawa Isteri dan anak-anak berbuka di Masjid

Salam,
Ini kali pertama aku bawa isteri dan anak-anak berbuka di masjid. Kali pertama juga aku berbuka di Masjid Al-Husna nih, antara masjid besar dalam petaling jaya ni.. Kiranya mesjid ni adalah salah satu landmark penting area bandar Sunway nih.

Pukul 530ptg Sabtu (17/6/2017), terus gegas anak-anak utk siap-siap. Biasa la bulan puasa petang-petang gini.. memang sedap tido.. aku sendiri pun terlelap masa layan TV. dalam pukul 6pm, kitaorang bergerak ke Masjid, dekat jer masjid dari rumah. Kalau nek keta, dlm 2 minit jer.. jalan kaki makan 10 minit kot.. kalau kau berlari kena keja anjing, seminit jer sampai rasanya...

Aku simple saja, berbaju Melayu, berseluar jeans dan berkopiah.. cukup dah tuh.. hensem giler dah.. kalau bersampin bagai nnt orang ingat nak kawin lagi satu plak.. ekekek.. cukup la sorang setakat nih.. layanan dah padu dah dari isteri aku... kalau dia malas nak layan, baru kita buka cawangan.. ekekekkekek..

Sampai masjid jer, memang dah ada panel-panel forum tuh. Forum Syria ni bertajuk "One Moment For Them" .Heliza belum sampai maybe jem.. dorang nak sharing pasal pengalaman berada di Syria. Memang terkesan juga la dalam diri aku. kita rakyat Malaysia ni memang harus bersyukur dapat negara yang masih aman, walaupun rasuah, perompak  di kalangan pemimpin berleluasa sekarang, dari segi keamanan masih di tahap yang baik.

Lepas Forum, dalam pukul 7 lbh, kedengaran bacaan ayat suci al-quran nur kareem. Sedap mamat ni baca, aku pun tak perasan sapa mamat ni.. Dia juga jadi tok Imam jemputan masa Maghrib.. Bila masuk azam maghrib, kita ke dewan makan, utk jamah kurma dan air. Lepas tu sambung solat Maghrib.

Lepas solat maghrib baru la makan berat sikit.. hari ni kami dapat makan nasi minyak lauk ayam masak merah dan daging masak apa ntah.. sedap juga,, aku siap buat muka tak malu tambah 2x.. ekekek.. sedap bag hang..

Bila berbuka di Masjid ni, biasa la lelaki dan perempuan di asingkan.. jadi aku tak dapat tengok isteri dan Hana makan.. aku bersama hero-hero makan sekali.. enjoy juga berbuka di Masjid nih.. yang penting dapat info, dapat berjemaah berlipat ganda pahala.. amin ya -rabbal alamin.. semoga sentiasa terbuka pintu hati ini utk terus bersolat di masjid setiap masuknya waktu.








Tukar Brakepad kereta Viva

Salam,
Kereta viva isteri aku ni, last tukar brakepad rasanya setahun yang lepas kot.. agak lama juga... skrng dia minta tukar pulak.... bila bawa sehari 2 lepas aku ada dengar bunyi yang kurang menyenangkan. Bunyi tu berlaku akibat geseran pin brakepad dan disk dia. Pomen cakap, itu hint dia minta tukar kan brakepad tuh.. kalau pin tu takde, terus besi dari brakepad bergeser dengan disk, lagi terus kerosakan.

Macam biasa, lepas antar anak-anak aku ke sekolah, aku terus ke USJ 1, kedai feveret aku. sampai sana dalam pukul 9 pagi, masih belum buka, nampak dah pekerja semua ada, tp kedai masih lom buka.. tunggu dala seminit dua gtu, buka dah...

Aku customer pertama masuk kedai dorang.. kalau takde keta, dorang akan lebih detail check kereta.. dari nak tukar brake pad, dorang cek kan minyak, check air bateri.. minyak itam tak perlu dah.. sbb 2 minggu lepas aku dah tukau.. sebelum balik kampung Sungai Dendang. Minyak brake nampak mcm dah kotor sangat, pomen suggest suruh flush keluar dan ganti yang baru.. aku ok kan ajer..

Kedai ni aku suka, sbb dorang buat kerja agak tekun dan elok. Dalam pada tuh, dorang cek sekali drum brake belakang.. memang tak pernah servis, berabuk itam giler.. brakepad belakang masih ok katanya, cuma kena sembur angin buang semua habuk itam tu jer.. ok jer la...

Dalam setengah jam tak sampai siap dah kereta aku ni ha.. lepas tukar minyak brake, dorang kena makesure dalam cable brake tu takde angin. jadi ada procedure yang dorang kena check utk pastikan takde angin yang tertinggal dalam cable tuh.. kalau tidak nanti.. aku tekan brake, macam brake keretapi la kot. .ekekekek..

Setel.. alhamdulillah, kena RM 132 gtu, brake RM113 kot, minyak brake RM13.. tak termasuk gst la tuh.. ok la.. nak wat cemana.. aku pun dlm minggu depan nak balik klate boh... kena menten keta leklok..


Kek Lapis Sarawak Yang lazat

Salam semua,
Hujung minggu pun bermula. Anak-anak plak minggu ni dorang kena sekolah, untuk ganti cuti hari Jumaat 23hb. Pagi-pagi lagi aku dah antar dorang ke sekolah.. Bila ujung minggu jer baru aku ada cerita nak ulas kat sini.. kiki.. pertama pasal tukar brakepad, kedua pasal kek lapis dan ketiga berbuka kat masjid Al husna. Entri ni aku nak cerita pasal kek lapis sarawak yang lazat.. pergh!! memang lazat tak terkata.. kekekeke.. 

Pagi2 lepas anto anak ke sekolah, g repair keta tukar brakepad, terus amik isteri untuk cari barang-barang nak buat kek.. Kitaorang bercadang nak ke Aeon Big Subang Jaya, banyak benda ada kat sana nanti..

Pusing-pusing cari barang, semua jumpa.. memang cepat.. masa g Aeon pun dah pukul 1045pg kot.. sebelum pukul 12 dah settle.. sbb pukul 12 nak kena amik Ajiq dan Daniel kat sekolah, pukul 12.30 amik Aiman plak... 

Beli barang tak banyak mana, dah kena RM92 lebih.. boleh la.. patut la nak beli kek lapis pun mahal.. Isteri aku nak buat perasa milo + Horlick yang di namakan "Holiday Inn".. ekekek.. apa kena mengena milo+horlick jadi nama tuh.. orang sarawak jer tau kot..

Sampai jer umah, terus start buat kerja.. nak mesin guna blender kering.. melekat plak. .rosak.. adeh.. aku pun gegas g cari spepart, sampai MyDIY aku g, siap masuk ACE dalam pyramid.. masih takde.. last-last kasi tumbuk jer la dalam lesung, pastu ayak bagi halus.. hehehe...

Then bancuhan semua isteri aku yang buat, atas dapur dah ready periuk kukus yang dah panas.. renyah juga bai nak wat kek lapis nih, nak kena kukus lapisan demi lapisan.. dulu2 aku pernah rasa kek lapis yang isteri aku buat.. memang maveles.. sedap giler.. kadang- kadang yang beli kat kedai tuh aku rasa kureng.. sbb aku dah rasa yang sedap.. hihihi.. angkat bini sikit la.. kasi puji.. untung sabut timbul.. untung batu tenggelam.. kot malam ni dapat kerabat... kan.. ekekeke..

lama juga la nak siapkan.. dalam pukul 4 gtu aku rasa dah ready dah kek tuh. cumanya kami tak dapat nak rasa ler... hehehe.. dalam pukul 530ptg dah nak bersiap ke Masjid Al-Husna, sbb nak pergi majlis ilmu, ada forum pasal Syria, then majlis berbuka puasa sekali anjuran Tadika Hana Little Caliph.. 

Balik dr Masjid baru dapat rasa kek.. perghh.... memang sedap bag hang.. buat time bulan puasa yang tak boleh rasa pun sedap giler... anak - anak pun suka, dari satu bekas tuh, aku rasa tak sampai setengah jam, separuh dah abis.. giler laju sbb sedap sangat..









Hana Gunting Rambut buat kali pertama

Salam,
Kalau ikut entri lepas, failed nak gunting rambut Hana Darina.. Tp aku dan isteri masih terus mencari kedai gunting sesuai utk Hana tuh...

Jadinya Isnin sempena cuti Nuzul Alquran (12/6/2017), kitaorang keluar pulak.. pukul 11pg keluar hala ke Shah Alam ke AEON. Dalam tu ada kedai gunting rambut kanak-kanak.. Dah sampai jer.. tgk tulis notis, Stylist di perlukan.. alamak.. tanya kat kaunter. rupanya stylist cuti hari nih..

Alamak, buntu kejap.. biasa la.. bila plan rosak sikit.. takde back up plak.. jadi buntu ler.. tp tak per.. aku dan isteri ronda-ronda dalam AEON shah alam tuh.. atas bawh.. then kitaorng keluar.. bila search jumpa la area Seksyen 7 Jalan Plumbum.. apa ke nama kedai dia..

Terus gerak dari AEON tuh, hala ke Jalan Plumbum tuh.. lalu depan jakel tuh.. mak oiii... pack giler... terus tak jadi.. dari nak belok kanan tak jadi.. kitaorang teruskan perjalanan terus masuk highway federal.. search lagi kat google.. last-last giveup..

Last-last isteri aku ajak ke Subang Parade jer la.. rasanya ada byk saloon gak.. zasss.. terus ke Subang Parade.. naik atas, area depan pintu Pakson yang paling atas, tingkat 1 rasanya.. ada satu saloon.. nama kedai tuh.. M square..

Terus masuk, dan tanya.. katanya boleh gunting rambut budak-budak.. RM25.. boleh la.. baru masuk jer.. hana start la nak nangis tak nak gunting.. kitaorang dok pujuk-pujuk lagi... then datang stylist tuh pujuk, suruh duduk atas mommy, pastu tanya.. nak lolipop tak.. hana terus senyum. bila duduk atas kusi pun tak yah mommy dah.. amik pelapik.. terus boleh gunting..

Senyap jer dia duduk atas kusi sampai la siap rambut bari Raya Hana Darina.. ekekeke.. memang comel anak dara abah nih.. sama comel macam abah masa kecik2 dulu... ekekekek... akhirnya.. berjaya.... bila dah sekali gunting, yang kali kedua, tak la takut dah kot... harap2 gtu ler... bukan boleh kira si Hana nih..







Terlajak Waktu Sahur.. kikiki

Salam,
Entri kali ni masih berkisar di waktu cuti hujung minggu. Sabtu malam ahad kisahnya.. berkaitan dengan tajuk entri ni.. kiranya ni kali pertama aku dan isteri terlepas waktu sahur.. hahahaha... nak wat cemana.. masing2 tak sedar.. aku memang sedia maklum mengunci jam pukul 4.30pagi.. memandangkan jam aku biasanya cepat lbh 5 minit dari jam isteri aku.. biasa nya alarm aku akan berbunyi lebih awal... tapi malangnya kali ni.. langsung tak sodar baq hang...

Kitaorang tidor agak lewat, biasa la.. layan movie, projek laki bini lagi.. tu yg tk terbangun tuh... kepenatan.. aku plan nak makan mee jer sahur, pekena teh panas... sebab dah lewat, aku ingat nak ajak isteri terus sahur awal sebelum tdo, masa tu pun dah jam 2lg lbh... esok tak gaduh nak bgn pukul 4 5pg dah.. tp kesian juga, isteri nampak kepenatan.. mata pun tak leh buka..

Jadi inilah kali pertama aku tak bangun sahur.. sedar-sedar bila buka mata dah nampak mcm cerah sikit.. tgk jam.. alamak.. 6.55pg gtu.. adoi lah.. nak teguk air pun tak dan dah... so apa buleh buat..

So bila dah pagi, kul 9 gtu baru aku kuar bilik.. takde la rasa lapar sangat pun, cuma dahaga jer la.. ekekekek.. so plan hari nih nak g gunting rambut Hana, sebab rasa mcm tak berapa larat sangat.. kitaorang plan kuar jam 5 lbh, so sempat la gunting rambut hana, dah berbuka...

Layan la tv lagi, drama "Hero seorang Cinderella".. ekekeke.. terlelap kejap.. tgk jam dah pukul 5, terus la siap2 keluar... hala ke Pyramid.. ingat nak makan Nandos.. nandos lagi kan.. eekek.. dah ada half chiken boleh redeem.. apa lagi.. tp kebanyakan semua dah full house beb...

so kitaorang cari saloon rambut dulu.. Hana plak tiba-tiba macam takut tak nak gunting rambut.. failed la nih... tgk jam.. dah pukul 6 lbh.. aku bgtau isteri, dlm pukul 7 boleh dah q kat tealive tuh... then beli donut.. sedap gak la.. dah pukul 8.30 gtu baru la cari restoran Nandos.. harap ada ruang la nak duduk makan..

Malam pas balik dr Pyramid, mandi-mandi jap.. terus ke Shah alam, nak jumpa sahabat lama.. si Labu dan Nai.. urusan Unit trust.. Pukul 1 gak baru balik.. lepak kat Mamak Asiba dekat seksyen 13 berdekatan dgn restoran upin ipin.


Hujung minggu ke 3 Ramadan Kareem

Salam,
Hujung minggu kali ni dah minggu ke-3 kita berpuasa di bulan Ramadan. Setakat hari ni, masih ok lagi.. blom ada lagi miss bersahur.. ekekeke.. Alhamdulillah.. Ok la kan.. isteri aku mmg bangun sediakan sahur.. besar pahala isteri aku tuh..

Hari Sabtu 10hb Jun nih, kami tak memang bercadang nak masak jer utk juadah berbuka.. aku bercadang nak buat air soya.. aku plak request isteri nak makan mee kuah/rebus letak daging, dengan kuih cakar ayam.. korang tau ke kuih cakar ayam tu apa.. sedap baq hang...

Jadi pagi-pagi dalam kul 10am gitu, aku dan isteri keluar ke Matahari, bw daniel dan ajiq sekali sebab nak cari terus songkok.. daniel masih belum dapat kasut.. ingat nak cari juga hari nih.. Pergi matahari, beli daging, mee, dan beberapa barang kering dan basah utk juadah berbuka nnt. Soya tak perlu beli.. aku masih ada soya yang aku beli tahun lepas... beli tahun lepas sekilo.. tp aku dah guna 300g tahun lepas.. kali ni nak buat lagi 300g..

Settle kat Matahari, kitaorang ke Kawanmu, cari songkok.. murah jer songkok sini.. Ajiq Saiz 22 1/2 baru RM10.50 gtu, Daniel Saiz 21 1/4 tak sampai 10.. RM9.45 gtu.. jimat siot.. tak per la beli yang murah, nak pakai setahun jer kot.. lagi pun nampak elok jer Songkok tuh..

Kasut takde plak kat Kawan mu tuh.. tak per lah.. nanti malam ronda Pyramid plak cari kasut. isteri aku cakap kat H&M ada sales, kasut sneakers tu dlm RM40 jer.. boleh la tuh.. under bajet lagi tuh...

Settle semua, terus balik, aku dan isteri terus lepak dapur, penyediaan utk berbuka.. siap awal.. petang leh lepak tgk tv.. Aku buat buat soya.. tak susah sgt pun.. aku rendam dulu soya 300g dlm 1,2L air.. pastu tinggal lah.. tgk jam baru pukul 1pm. kena rendam dlm 4 jam.. naper 4jam? sbb kalau korang rendam sejam, nnt kacang tu belum betul-betul serap air tuh.. seeloknya semalaman terus.. senang.. baru kembang elok kacang soya... korang boleh tengok sini cemana aku buat soya [Cara buat Soya].

Sambil tu aku bantu la isteri aku sediakan bahan utk tumis nak buat mee kuah/rebus.. biasa la.. kerja potong memotong ni mmg kerja aku la tuh.. potong bawang, potong halia.. cepat sikit kerja nak siap...

Dalam pukul 2 lbh dah settle kerja2 homemade mee dan Cakar Ayam tp soya belum lagi sebb aku kena tunggu lepas pukul 5 baru boleh buat soya..

Sambil tunggu tu, lepak layan drama kat Kodi, best gak la.. cerita Hero seorang Cinderella, dapat kot tgk 3 episod.. ekekek.. layan baq hang..

Jam kat dinding dah pukul 5 lbh, hah.. boleh la start sambung buat air soya.. td pagi aku dah beli penapis baru ngan pemampat... jadi lagi mudah ler kerja aku.. last year aku terpaksa guna tudung istri utk tapis soya tuh...

Dalam pukul 6 settle air soya buatan sendiri.. memang puas ati dapat minum soya homemade nih.. tp yang peliknya, tahun lepas aku dapat 3 jug.. tahun ni apa hal dapat 2jug jer.. ekekeke... nasib ler.. maybe yang kali ni kurang campur air kot.. tp ok la 2 jug.. cukup la untuk berbuka..

Nampaknya Cakar Ayam kurang menjadi sangat, tp rasa dia ada dah, lemak-lemak manis santan dan ubi keledek dan tepung tu ada rasa dah.. biasa la.. first try dr isteri aku... 2nd time should be jadi la kot... inshaallah..

Kiranya hari ni berbuka agak puas hati lah, semuanya homemade, dari air, kuih dan mee kuah.. puas ati dan kenyang.. sedap plak tuh... 2 mangkuk mee aku tibai... puas ati.. ekekeke..

Malam lepas berbuka jer, kitaorang anak beranak keluar cari kasut daniel... dapat la kasut sneakers mcm Converse tuh, tp brand biasa2 jer.. RM49.90.. diskaun 10%.. ok la tuh.. kaler merah.. bukan merah pekat.. merah pudar jer.. elok la utk di pakai.. Alhamdulillah, selesai segala keperluan raya anak2.. lega sikit.. next year kena bajet lebih sikit la kot.. harap Allah murah kan rezeki aku dan isteri.. aminnn..

Nota kaki: Boleh pulak tak amik gambo-gambo makanan dan air yang dah siap.. ekekek.. sibuk sgt nak berbuka ler tuh...









Berpuasa di Kampung Sungai Dendang bersama keluarga Part 2

Salam,
Jom sambung entri berpuasa-di-kampung-sungai-dendang-Part-1.. masih berkisah hari yang sama.. Sabtu 3hb Jun.. dah kat Kampung mcm biasa la.. takde apa yang special.. tp seronok bila kita dekat dengan mak dan abah kan.. seronok tgk dorang pun happy bila anak2 balik kampung.. nak masak pun masak makan yang anak2 suka...

Hari ni juadah berbuka mak masak masakan kegemaran aku dan adik.. laksa utara.. memang padu.. cakar ayam.. petang td pun dah cari air tebu.. murah jer kat kampung ni air tebu.. sebungkus RM2.. beli la 5 bungkus utk satu family berbuka.. kena plak dengan strawberry Sunquic.. wow.. syok woiii..

Waktu yang di nanti-nanti dan di tunggu-tunggu.. waktu berbuka.. mak abah, isteri, adik2 semua cukup lengkap hari berbuka nih.. makanan pun dah ready... 2 pinggan laksa aku bantai.. air tebu lagi.. air strawbery lagi.. paduuu...

Settle berbuka, solat siap.. terus sediakan tempat membakar, pelekat api.. skill pelekat api mak lagi hebat siot... kat sini aku nak pelekat api kemain susah lagi.. nak kena ada starter.. siap yg askar punya.. yg dalam arang punya.. mak aku punya cara.. dia amik tempat letak telur tuh 2 keping.. bakar... pastu letak kayu.. zass.. kayu semua terbakar...

Malam ni memang syok.. ada kambing, hotdog, ada kepap ayam dan kerang 5kg.. byk kan makanan... Utk BBQ proper mcm ni, ini kali pertama kami sekeluarga buat.. memang syok.. dan boleh buat lagi.. Bangchik ada, Leen, kakak, Amen, Daus, Azu, Dik Bri n Dayah, Dik Ali dan adik Fiqah.. aku dah tentu ada isteri kesayangan.. anak2 kami pun semua ada.. mak abah.. memang syok...

Settle membakar, paklang dan maklang singgah makan... alhamdulillah maklang dan paklang masih sihat walafiat..

Memang padu kambing yang aku bw dari KL nih.. beli dari kenalan Mawar.. 900~950g dalam RM37.. aku rasa normal price dalam RM40 kot..

Itu lah cerita berpuasa di kampung.. selain tuh takde buat apa2 dah.. lepak tgk tv.. tgk mak masak.. borak2 ngan abah... memang seronok berada kat kampung nih.. tunggu ujung bulan plak nak balik klate...

end..
















Berpuasa di Kampung Sungai Dendang bersama keluarga Part 1

Salam,
Amboi.. lama tak memblog nih.. makin lama makin malas plak.. ekekek.. maybe sekrng agak sibuk sikit.. nak menulis pun jadi malas... asyik malas jer kan.. sebulan dapat 4 entri pun ok la kot.. tp ni mcm sebulan sekali jer... apa cer...

Entri pos kali ni, masih berkisar tentang puasa, tapi aku nak cerita pasal berpuasa kat Kampung... kebetulan cuti sekolah 2 minggu nih.. 3 hari aku balik bercuti kat Kampung Sungai Dendang.
Aku gerak balik sebelum subuh Sabtu 3hb Jun 2017.. pukul 4pg lbh kitaorang gerak dari rumah.

Plannya nak bersahur kat hentian jejantas Sungai Buloh... sampai jer.. tergezut kejap.. sbbnya.. kedai makan tutup pulak.. adui.. mati akai sekejap... ekekeke.. mana nak cari mkn.. jam pun dah kat kul 5pg... kedai MyNews jer yang bukak.. Convenience store.. majalah, air ngan roti ada la jual..

Aku turun dr keta, check tgk apa yang ada jual.. anak2 dan isteri masih dlm keta.. Hana plak sedap tdo... g la MyNews tu tengok kot ada nasi lemak bungkus..sekali takde.. alamak.. jemmm.. buntu sekejap..

Bila nak balik kekereta, baru terfikir, cuba tgk sebelah sana kot ada, kalau takde.. KFC pun ada.. aku pun patah balik n g sebelah sana, ruangan niaga yang menghala ke KL.. sekali tgk. wow... happening.. ada beberapa kedai yang bukak dan ramai orang dok makan sahur.. alhamdulillah... lega..

Berlari aku balik ke kereta, ajak isteri dan anak2 turun hala ke sebelah sana.. alhamdulillah.. kitaorang pekena nasi lemak bungkus je.. sedap gak nasi lemak tuh... ajiq and aiman bantai 2 bungkus... aku sib baik sikit jer... 3 bungkus jer... sedap nasi lemak dia.. harga rm1.50.. tp tak la berapa besar sngat..

Settle bersahur, terus gerak... alhamdulillah keta plak tak berapa banyak. boleh la pecut sikit.. dalam 630 pagi gtu dah kat Hentian Rehat Tapah, benti jap utk solat subuh.. cepat la boleh sampai kampung nih.. aku bajet dlm kul 9pg dah boleh sampai..

Lepas dari Hentian Tapah, aku terus gerak tanpa henti.. sampai ke Hentian sebelah Bukit Gantang.. alamak.. ngantuk plaknya.. tu yng benti sekejap.. nak lelap jap.. lepas lelap.. terus la gerak ke Kampung Sungai Dendang.. kitorang keluar kat Susur keluar Alor Pongsu.. walaupun mcm jauh sikit.. tp agak cepat..

Seronoknya rasa di hati bila dah masuk jalan kampung, rasa cukup tenang di hati.. dari susur keluar tu nak sampai kerumah, amik masa dalam 20 minit jer lagi...

Alhamdulillah, dlm pukul 9 lbh sikit kitaorang sampai... mak abah dah sedia menanti... abang chik dan kakak belum sampai.. Dik Daus dah sampai dari Somban malam tadi lagi.. katanya malam semalam highway byk keta....

Sampai umah jer, aku lepak jap. ingat nak lelap.. ekeke... malam ni plan nak berBBQ bersama adik beradik.. semua ada... nanti aku sambung dalam entri selepas nih... part 2..





Selamat Datang Ramadhan Kareem!!

Salam semua,
Sedar tak sedar dah masuk Ramadhan dah.. Alhamdulillah, semoga semua yang membaca blog ni dapat keberkatan di bulan yang mulia nih.. Aku plak makin hari makin malas nak memblog... ekekek.. nampak mcm seminggu 2 sekali jer update.. tu pun gambo tak berapa nak ada.. malas betul kan..

1 Ramadhan jatuh elok pada hari Sabtu.. kena plak 27hb.. gaji plak masuk 26hb... memang timing yang cukup cantik... boleh la membuat persiapan raya cepat sikit.. alhamdulillah.. aku bajet RM600 utk baju raya anak2.. kiraya sorang rm150 la kot.. cukup la... Kebetulan tahun ni anak2 beraya dengan mama dorng di Johor.. so aku minta baju melayu semua, mama dorang beli kan.. jadi aku belikan baju2 biasa dan jeans jer la.. RM150 sorang cukup kot utk sepasang baju raya.. tak termasuk kasut.. kasut tak beli tahun nih...

1 Ramadhan jer agak bizi hari aku.. bersahur lauk sardin lemak masakan air tangan isteri.. memang best.. selera makan sardin masak lemak. kena dengan ikan Belanak masin.. wow.. memang syok.. 2 pinggan aku tambah...

Pagi-paginya jam 10pg antar ajiq ke kelas tambahan.. sampai pukul 12... lepas antar ajiq, aku terus ke USJ 1, servis kereta... maklum lah.. minggu depan 3hb plan nak balik kampung Sungai Dendang.. janji dengan Daus sekali... lepas servis kereta, p basuh kereta.. jumpa pulak kawan sekolej masa kat Universiti Malaya.. Arab aka Farhan...

Sedap2 dok borak2 ngan si Arab, tgk jam.. alamak. dah pukul 12... baru teringat nak kena amik ajiq balik tusyen.. ekekke..agak lambat sikit lah.. sebelum tu aku call dah siap2.. bgtau lewat sikit... 20 minit gak lewat nya.. lepas jer amik ajiq, aku terus ke kedai gunting rambut. panjang dah rambut... biasa aku gunting kat kedai mamak biasa je.. rm10 sekali gunting boleh lah...

Masa servis kereta baru aku perasan, anak2 kena duduk umah aku sampai selasa, sbabnya mama dorang balik kelate, aku dok ingat minggu sama masa aku balik Perak... sekali minggu nih.. terus wasap isteri kat rumah... ekekekek.. kang terkejut pulak dia.... takde masalah apa pun kalau anak2 duduk rumah aku.. memang meriah.. Hana pun happy...

Balik dari gunting rambut.. rehat kejap.. sbb Hana pun tdo... plan nak ke One Utama, cari baju raya anak2... dalam pukul 3 kot baru kami anak beranak keluar ke OU (OneUtama), terus ke Jusco... dan ke Brand Outet.. aku suka ke brand outlet ni... barang agak murah.. tp agak quality.. dapat la sorang selai seluar.. baju 2 helai utk aiman and ajiq.. daniel selai jer baju..

Dah penat jalan2.. tgk jam baru pukul 5.. aik.. lambat plak lagi.. ekekek.. kita orang plan nak g mkn kat Nandos.. sbb isteri ada point boleh deduct.. dapat la dlm RM68.. ok juga... Jadi ke Nandos.. utk booking dulu.. kalau tidak tak dapat tempat plak...

Siap booking, order.. bayar.. boleh la jalan2, dan kena datang balik dlm kul 7ptg... jenuh juga nak pusing2 dlm 2 jam lagi... so lepak la kat tgh2 OU tu.. ada la kusi ngan tv besar dorng letak sempena promosi transfomer.. ok la.. lepak situ dlm 30 minit.. pastu masuk Hamleys .. kedai barang2 mainan.. dlm tu agak ralit juga la...

Cukup jam 7, terus Nandos.. lepak jer la kat nandos.. sbb waktu berbuka jam 7.20 ptg... ok juga la.. kitaorang amik set promosi Ramadan RM99, pastu campur 1 set Quarter.. air cuma 4 gelas jer la dari set promosi tuh.. cukup la.. boleh refill...

Abis jer mkn... terus balik.. alhamdulillah.. selesai 1 Ramadhan....




Hantar TV Philips yang rosak ke Service Center

Salam,
Ni kisah sabtu lepas (21042017), setelah hampir seminggu takde tv nak tgk, memang bosan giler kat umah.. alih-alih tdo awal jer la...

Jadi aku search kat pakcik google cari Philips punya service center, sbb sebelum ni aku beli camera Canon pun ada pusat service dia, kalau waranti dah abis, kena byr jer la... Aku fikir nak antar kat kedai-kedai repair TV kat are PJ pun tak tau kat mana.. ntah ok ke tidak.. jadi aku ambil keputusan untuk cari service center lah, lebih baik dan selamat..

Cari punya cari ada la jumpa... tp bila tgk review.. alamak.. katanya dorg amik masa 2 minggu untuk diagnose saja.. biar betul... aku takde tv 3 4 hari pun dah buntu tak tau nak wat apa... nak tunggu lagi 2 minggu baru diagnose jer.. pergh... berak kapur la jawab nya....

Tapi sebenarnya semua tu pada aku tak berapa tepat, sebab sabtu pagi aku hantar, diorang terus diagnose, kalau boleh repair on the spot. Dorang akan repair, macam tv aku tu, Customer service tu tanya, boleh tunggu sekejap tak, dia bgtau nak suruh technician terus check, kalau boleh repair, sekejap jer..

Aku pun tunggu la, dalam 30 minit gtu, dorng dah bw TV aku keluar, terus test. Aku tgk dr jauh, nampak mcm TV aku, bila aku g dekat, sah memang TV aku pun, terus la check.. tgk volume, try button OFF then ON balik.. kiranya dah ok la nih... so dah boleh bawa balik.. zass... tak sampai sejam dah siap siot... memang berbaloi baloi... free plak tuh.. wow.... maveles...

Masa aku anto tu, dia tanya, ni nak claim waranty ke bayar sendiri.. aku ckp TV ni dah lebih setahun, jadi terpaksa la tanggung sendiri kerosakan.. jadi dia cek sistem.. tgk2 TV aku ni beli pada bulan 8 tahun 2015.... dan yang bestnya.. waranti 2 tahun baq hang... dia ckp.. masih ada waranti lagi 3 bulan.. jadi dia claim waranti jer la.. itu sebab aku tak perlu byr...

Dengan hari yang berbunga-bunga dan gembira bawa balik TV yang dah selamat di repair, aku tanya technician, apa yang rosak.. dia ckp, dorang tukar circuit board baru terus... oooh... ok... memang heppy sebabnya masa datang dah set mind.. abis la kena tunggu lama nak dapat balik... sekali zass terus dapat.. mau tak happy...

Tempat servis memang dalam kawasan area kilang-kilang kat petaling jaya tuh... dekat dengan Hospital Beacon... macam hospital baru... Philips consume tu dalam bangunan R-Logic.... kalau search, korang search jer kat waze R-Logic.. mesti jumpa...




Selamat Hari Guru versi Hana Darina

Salam semua,
Semalam agak kalut sikit ke MyDIY mencari hadiah, bukan aku ngan isteri jer, aku tengok ramai lagi keluarga-keluarga lain berpusu-pusu ke MyDIY PJS8 tuh.. semua penangan sambutan hari guru 16 Mei... hari ni la tuh.. ekekekek..

Masa isteri amik Hana semalam, memang dia beritahu, Hana ada minta nak beli hadiah untuk "Teacher's Day" katanya, tak tahu la nak beli apa.. tp dia dok sebut nak bagi kat teacher Katie.. ngan teacher adda... ada ramai cikgu kat sekolah Hana tuh.. ada kot 7 orang...

So bila malam, lepas makan malam kitaorang pun pergi la ke MyDIY tuh.. Hana dah plan dah nak bg kaler apa utk setiap teacher dia.. tapi mengikut bajet,, kita beli yang biasa2 saja.. mungkin buku nota, pen beberapa kaler, magic color ke.. tgk lah apa yang terjumpat kat MyDIY tuh...

Beritahu hana, kita bagi kat 3 cikgu jer, cikgu apa Hana nak bagi, Teacher Katie, teacher Adda ngan teacher Sue... ok lah.. dia siap setkan kaler lagi... sampai jer terus la naik tingkat 3... adoi..mengah baq hang bila sampai atas.. ni baru umur 22 berpengalaman 18 tahun jer.... bayangkan kalau umur 22 tapi berpengalaman 28 tahun... mampuih...

Cari punya cari.... Hana lek lek jer cari... nak tau sapa yang paling excited? ekekekek.. dah tentu la mommynya.. ekekekek... ok la.. cari punya cari.. kitaorng fikir baik bg benda yang cikgu boleh guna.. jadi belek punya belek.. pen la.. magic kaler.. sekali terjumpa buku nota.. agak ok juga buku nota tuh.. cantik.. rege dlm RM13.++ gtu.. beli la 3... kira okay lah.. then cari stiker huruf utk tampal kat buku tuh... beli pembalut hadiah 2 keping baru singgit jer... satu 5 kupang.. memang murah barang kat MyDIY nih..

Seusai membeli, terus balik dan tampalkan huruf-huruf tuh.. siap balut semua.. memang agak hodoh balutan yang aku buat.. kalau harap isteri aku nak balut.. lagi hodoh kali 2 kot.. ekekekek.. jangan marah yang... ekekekek.. jadi lah isteri aku cakap.. janji benda kat dalam tuh cantik dan berguna...

siap la 3 hadiah untuk sambutan Hari Guru Yang pertama buat Hana Darina.. abang-abang dia aku tak pasti dorng ada sibuk2 nak beli hadiah ke tak.. ekekekek.. biasa la jantan ni rileks sikit...






Bawah ni aku copy dari laman fb seorang sahabat masa kat UM dulu sama-sama amik Elektrikal Engineering... aku agak suka tulisan dia tentang kesedaran terhadap Allah... penyampaian yang cukup terus ke dasar hati..

~~~~~~~~~~~~
FB beliau : https://www.facebook.com/fuadlatip
Wahai Guru,
Dirimu disanjung dan dihormati. Juga dimuliakan dan disanjungi.
Tugasmu berat dan besar. Tidak sekadar memandaikan insan tetapi benar-benar ingin menjadikan anak-anak ini insan berguna sebagai wakil Tuhan.
Wahai Guru,
Dirimu dikasihi dan disayangi. Bukan sahaja oleh anak murid tetapi oleh Allah.
Lakukan tugasmu kerana sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukMu ya Allah.
Wahai Guru,
Dirimu ibarat lilin. Berkorban untuk menerangi.
Curahkan baktimu untuk anak-anak yang masih dalam proses belajar yang perlukan bimbingan.
Wahai Guru,
Dirimu sumber ilmu buat sekalian murid. Maka dirimu memerlukan ilham tanpa putus dari Tuhanmu.
Maka sentiasa berkomunikasi dengan Allah. Bercerita dan tanyakan pada Allah cara terbaik untuk mendidik setiap hari. Kerana setiap hari tidak pernah sama.
Sentiasalah menyedari Allah. Nanti ilham daripada Allah akan menjana idea-idea kreatifmu dalam mendidik.
Kesedaranmu itu akan menguatkan kesabaranmu.
Kesedaran itu akan menguatkan semangatmu.
Kesedaran itu akan menguatkan kefahaman dan fikiranmu.
Kesedaran itu membuatkanmu sentiasa dekat dengan Tuhanmu.
***
Ya Allah, kurniakan kemuliaan buat guru-guru kami ya Allah.
Rahmatilah mereka dan keluarga mereka ya Allah.
Titipkan buat mereka kekuatan, kesihatan, semangat, ilham, kefahaman, idea dan kesabaran untuk terus mendidik ya Allah.
Redhai dan angkatkanlah segala bakti mereka sebagai ibadah yang menjadi keredhaanMu buat mereka ya Allah.
Terima kasih ya Allah, terima kasih. Aaaminn.
***
Fuad Latip
16 Mei 2017
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tidur tidur tidur.. lama tak mem"blog"

Salam,

Pergh... lama tak mem"blog".. memang ada benda nak tulis.. tp malas pulak rasa.. kena dengan kerja yang agak kelaut sikit.. dan agak bizi sikit.. sikit jer la.. tambahan plak kesihatan pun tak berapa mengizinkan.. kira nak baring jer....

Hujung minggu ni mmg takde buat apa sgt pun, lepak umah layan cerita "13 Reasons Why", lbh kurang 13 episod.. aku plak dari Jumaat dah cuti, mulanya nak amik EL jer sbb nak bw Hana ke kinik follow up batuk.. dan aku pun nak check juga, kat 2 minggu batuk tak baik-baik..

Alhamdulillah, Hana takde kena Neb dah, cuma doktor ckp masih ada lagi kahak dalam paru2 sikit yang belum keluar, takut yg lekat dlm tu berkuman, jadi doktor bg antibiotik.. aku sendiri pun doktor check sama juga, doktor startkan antibiotik juga.. hari ni.. alhamdlulillah, batuk lagi tp dah kurang sikit.. biasa kalau datang gatal tekak tuh.. memang tak boleh stop batuk.... then yang bestnya. .doktor bg MC juga satu hari, mungkin sebab tekanan darah aku agak tinggi.. maybe doktor suruh rest..

Sabtu pagi layan anak2 study, sambil tu tolong isteri masak udang masak keling, pergh.. padu... petang kitaorng ke Taman Jaya, mcm biasa lah.. pusing 1 2 round.. masa awal datang nak main gelongsor mcm baru pas ujan.. pusing 1 round tasik jumpa Azam dan Mawar, sampai kat area gerai, lepak minum sambil mkn kopok lekor.. layan gak kopok lekor.. settle jer.. sambung pusing lagi seround arah bertentangan, dlm 630 kitorng gerak balik..

Hari ahad memang agak mandom sikit, dengan duit yang tak berapa nak ada.. ekekekek.. lauk udang semlm msh ada lagi, isteri aku tambah dengan kentang+bilis masak kicap.. utk mkn hari ahad.. seharian lepak umah je ahad tuh.. peliknya Hana pun takde merengek nak keluar.. ok la juga.. layan citer slow.. memang slow sampai nak tertidor... petang sempat layan citer dexter episod 1 season 1. pastu kami anak beranak terlelap.. memang sedap tdo. .sedar2 kul 6 lbh.. awal2 plan nak kuar jogging kat taman.. cuaca pun cantek.. memang kelaut la juga..

Dah lewat petang, aku g pasar malam cari keropok ngan air kelapa, beli ayam tulang goreng.. layan gak la....moto plak wat hal abis minyak.. adeh.... menolak la juga kejap.. elok2 sampai kat stesen minyak Caltex asalnya.. ingat selamat dah.. sekali stesen minyak tu tengah buat mentenen kot.. langsung tak leh guna... jilake.... terus kena tolak motor ke Shell..

Malam layan Fences, Denzel Washington.. pergh.. meleleh gak citer ni.. dari awal sampai abis, dok bercakap jer... walaupun dah tido agak lama petang td.. sambil tgk citer Fences pun boleh terlelap.. 11 lbh naik.. terus tdo sampai pagi.. tido dan tido dan tido... memnag tak sihat betul sekarang nih.. uhuhuhuhu...


Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.