Kek Lapis Sarawak Yang lazat

Salam semua,
Hujung minggu pun bermula. Anak-anak plak minggu ni dorang kena sekolah, untuk ganti cuti hari Jumaat 23hb. Pagi-pagi lagi aku dah antar dorang ke sekolah.. Bila ujung minggu jer baru aku ada cerita nak ulas kat sini.. kiki.. pertama pasal tukar brakepad, kedua pasal kek lapis dan ketiga berbuka kat masjid Al husna. Entri ni aku nak cerita pasal kek lapis sarawak yang lazat.. pergh!! memang lazat tak terkata.. kekekeke.. 

Pagi2 lepas anto anak ke sekolah, g repair keta tukar brakepad, terus amik isteri untuk cari barang-barang nak buat kek.. Kitaorang bercadang nak ke Aeon Big Subang Jaya, banyak benda ada kat sana nanti..

Pusing-pusing cari barang, semua jumpa.. memang cepat.. masa g Aeon pun dah pukul 1045pg kot.. sebelum pukul 12 dah settle.. sbb pukul 12 nak kena amik Ajiq dan Daniel kat sekolah, pukul 12.30 amik Aiman plak... 

Beli barang tak banyak mana, dah kena RM92 lebih.. boleh la.. patut la nak beli kek lapis pun mahal.. Isteri aku nak buat perasa milo + Horlick yang di namakan "Holiday Inn".. ekekek.. apa kena mengena milo+horlick jadi nama tuh.. orang sarawak jer tau kot..

Sampai jer umah, terus start buat kerja.. nak mesin guna blender kering.. melekat plak. .rosak.. adeh.. aku pun gegas g cari spepart, sampai MyDIY aku g, siap masuk ACE dalam pyramid.. masih takde.. last-last kasi tumbuk jer la dalam lesung, pastu ayak bagi halus.. hehehe...

Then bancuhan semua isteri aku yang buat, atas dapur dah ready periuk kukus yang dah panas.. renyah juga bai nak wat kek lapis nih, nak kena kukus lapisan demi lapisan.. dulu2 aku pernah rasa kek lapis yang isteri aku buat.. memang maveles.. sedap giler.. kadang- kadang yang beli kat kedai tuh aku rasa kureng.. sbb aku dah rasa yang sedap.. hihihi.. angkat bini sikit la.. kasi puji.. untung sabut timbul.. untung batu tenggelam.. kot malam ni dapat kerabat... kan.. ekekeke..

lama juga la nak siapkan.. dalam pukul 4 gtu aku rasa dah ready dah kek tuh. cumanya kami tak dapat nak rasa ler... hehehe.. dalam pukul 530ptg dah nak bersiap ke Masjid Al-Husna, sbb nak pergi majlis ilmu, ada forum pasal Syria, then majlis berbuka puasa sekali anjuran Tadika Hana Little Caliph.. 

Balik dr Masjid baru dapat rasa kek.. perghh.... memang sedap bag hang.. buat time bulan puasa yang tak boleh rasa pun sedap giler... anak - anak pun suka, dari satu bekas tuh, aku rasa tak sampai setengah jam, separuh dah abis.. giler laju sbb sedap sangat..









0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.