Kali pertama bawa Isteri dan anak-anak berbuka di Masjid

Salam,
Ini kali pertama aku bawa isteri dan anak-anak berbuka di masjid. Kali pertama juga aku berbuka di Masjid Al-Husna nih, antara masjid besar dalam petaling jaya ni.. Kiranya mesjid ni adalah salah satu landmark penting area bandar Sunway nih.

Pukul 530ptg Sabtu (17/6/2017), terus gegas anak-anak utk siap-siap. Biasa la bulan puasa petang-petang gini.. memang sedap tido.. aku sendiri pun terlelap masa layan TV. dalam pukul 6pm, kitaorang bergerak ke Masjid, dekat jer masjid dari rumah. Kalau nek keta, dlm 2 minit jer.. jalan kaki makan 10 minit kot.. kalau kau berlari kena keja anjing, seminit jer sampai rasanya...

Aku simple saja, berbaju Melayu, berseluar jeans dan berkopiah.. cukup dah tuh.. hensem giler dah.. kalau bersampin bagai nnt orang ingat nak kawin lagi satu plak.. ekekek.. cukup la sorang setakat nih.. layanan dah padu dah dari isteri aku... kalau dia malas nak layan, baru kita buka cawangan.. ekekekkekek..

Sampai masjid jer, memang dah ada panel-panel forum tuh. Forum Syria ni bertajuk "One Moment For Them" .Heliza belum sampai maybe jem.. dorang nak sharing pasal pengalaman berada di Syria. Memang terkesan juga la dalam diri aku. kita rakyat Malaysia ni memang harus bersyukur dapat negara yang masih aman, walaupun rasuah, perompak  di kalangan pemimpin berleluasa sekarang, dari segi keamanan masih di tahap yang baik.

Lepas Forum, dalam pukul 7 lbh, kedengaran bacaan ayat suci al-quran nur kareem. Sedap mamat ni baca, aku pun tak perasan sapa mamat ni.. Dia juga jadi tok Imam jemputan masa Maghrib.. Bila masuk azam maghrib, kita ke dewan makan, utk jamah kurma dan air. Lepas tu sambung solat Maghrib.

Lepas solat maghrib baru la makan berat sikit.. hari ni kami dapat makan nasi minyak lauk ayam masak merah dan daging masak apa ntah.. sedap juga,, aku siap buat muka tak malu tambah 2x.. ekekek.. sedap bag hang..

Bila berbuka di Masjid ni, biasa la lelaki dan perempuan di asingkan.. jadi aku tak dapat tengok isteri dan Hana makan.. aku bersama hero-hero makan sekali.. enjoy juga berbuka di Masjid nih.. yang penting dapat info, dapat berjemaah berlipat ganda pahala.. amin ya -rabbal alamin.. semoga sentiasa terbuka pintu hati ini utk terus bersolat di masjid setiap masuknya waktu.








0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.