Berpuasa di Kampung Sungai Dendang bersama keluarga Part 1

Salam,
Amboi.. lama tak memblog nih.. makin lama makin malas plak.. ekekek.. maybe sekrng agak sibuk sikit.. nak menulis pun jadi malas... asyik malas jer kan.. sebulan dapat 4 entri pun ok la kot.. tp ni mcm sebulan sekali jer... apa cer...

Entri pos kali ni, masih berkisar tentang puasa, tapi aku nak cerita pasal berpuasa kat Kampung... kebetulan cuti sekolah 2 minggu nih.. 3 hari aku balik bercuti kat Kampung Sungai Dendang.
Aku gerak balik sebelum subuh Sabtu 3hb Jun 2017.. pukul 4pg lbh kitaorang gerak dari rumah.

Plannya nak bersahur kat hentian jejantas Sungai Buloh... sampai jer.. tergezut kejap.. sbbnya.. kedai makan tutup pulak.. adui.. mati akai sekejap... ekekeke.. mana nak cari mkn.. jam pun dah kat kul 5pg... kedai MyNews jer yang bukak.. Convenience store.. majalah, air ngan roti ada la jual..

Aku turun dr keta, check tgk apa yang ada jual.. anak2 dan isteri masih dlm keta.. Hana plak sedap tdo... g la MyNews tu tengok kot ada nasi lemak bungkus..sekali takde.. alamak.. jemmm.. buntu sekejap..

Bila nak balik kekereta, baru terfikir, cuba tgk sebelah sana kot ada, kalau takde.. KFC pun ada.. aku pun patah balik n g sebelah sana, ruangan niaga yang menghala ke KL.. sekali tgk. wow... happening.. ada beberapa kedai yang bukak dan ramai orang dok makan sahur.. alhamdulillah... lega..

Berlari aku balik ke kereta, ajak isteri dan anak2 turun hala ke sebelah sana.. alhamdulillah.. kitaorang pekena nasi lemak bungkus je.. sedap gak nasi lemak tuh... ajiq and aiman bantai 2 bungkus... aku sib baik sikit jer... 3 bungkus jer... sedap nasi lemak dia.. harga rm1.50.. tp tak la berapa besar sngat..

Settle bersahur, terus gerak... alhamdulillah keta plak tak berapa banyak. boleh la pecut sikit.. dalam 630 pagi gtu dah kat Hentian Rehat Tapah, benti jap utk solat subuh.. cepat la boleh sampai kampung nih.. aku bajet dlm kul 9pg dah boleh sampai..

Lepas dari Hentian Tapah, aku terus gerak tanpa henti.. sampai ke Hentian sebelah Bukit Gantang.. alamak.. ngantuk plaknya.. tu yng benti sekejap.. nak lelap jap.. lepas lelap.. terus la gerak ke Kampung Sungai Dendang.. kitorang keluar kat Susur keluar Alor Pongsu.. walaupun mcm jauh sikit.. tp agak cepat..

Seronoknya rasa di hati bila dah masuk jalan kampung, rasa cukup tenang di hati.. dari susur keluar tu nak sampai kerumah, amik masa dalam 20 minit jer lagi...

Alhamdulillah, dlm pukul 9 lbh sikit kitaorang sampai... mak abah dah sedia menanti... abang chik dan kakak belum sampai.. Dik Daus dah sampai dari Somban malam tadi lagi.. katanya malam semalam highway byk keta....

Sampai umah jer, aku lepak jap. ingat nak lelap.. ekeke... malam ni plan nak berBBQ bersama adik beradik.. semua ada... nanti aku sambung dalam entri selepas nih... part 2..





0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.