Selamat Hari Guru versi Hana Darina

Salam semua,
Semalam agak kalut sikit ke MyDIY mencari hadiah, bukan aku ngan isteri jer, aku tengok ramai lagi keluarga-keluarga lain berpusu-pusu ke MyDIY PJS8 tuh.. semua penangan sambutan hari guru 16 Mei... hari ni la tuh.. ekekekek..

Masa isteri amik Hana semalam, memang dia beritahu, Hana ada minta nak beli hadiah untuk "Teacher's Day" katanya, tak tahu la nak beli apa.. tp dia dok sebut nak bagi kat teacher Katie.. ngan teacher adda... ada ramai cikgu kat sekolah Hana tuh.. ada kot 7 orang...

So bila malam, lepas makan malam kitaorang pun pergi la ke MyDIY tuh.. Hana dah plan dah nak bg kaler apa utk setiap teacher dia.. tapi mengikut bajet,, kita beli yang biasa2 saja.. mungkin buku nota, pen beberapa kaler, magic color ke.. tgk lah apa yang terjumpat kat MyDIY tuh...

Beritahu hana, kita bagi kat 3 cikgu jer, cikgu apa Hana nak bagi, Teacher Katie, teacher Adda ngan teacher Sue... ok lah.. dia siap setkan kaler lagi... sampai jer terus la naik tingkat 3... adoi..mengah baq hang bila sampai atas.. ni baru umur 22 berpengalaman 18 tahun jer.... bayangkan kalau umur 22 tapi berpengalaman 28 tahun... mampuih...

Cari punya cari.... Hana lek lek jer cari... nak tau sapa yang paling excited? ekekekek.. dah tentu la mommynya.. ekekekek... ok la.. cari punya cari.. kitaorng fikir baik bg benda yang cikgu boleh guna.. jadi belek punya belek.. pen la.. magic kaler.. sekali terjumpa buku nota.. agak ok juga buku nota tuh.. cantik.. rege dlm RM13.++ gtu.. beli la 3... kira okay lah.. then cari stiker huruf utk tampal kat buku tuh... beli pembalut hadiah 2 keping baru singgit jer... satu 5 kupang.. memang murah barang kat MyDIY nih..

Seusai membeli, terus balik dan tampalkan huruf-huruf tuh.. siap balut semua.. memang agak hodoh balutan yang aku buat.. kalau harap isteri aku nak balut.. lagi hodoh kali 2 kot.. ekekekek.. jangan marah yang... ekekekek.. jadi lah isteri aku cakap.. janji benda kat dalam tuh cantik dan berguna...

siap la 3 hadiah untuk sambutan Hari Guru Yang pertama buat Hana Darina.. abang-abang dia aku tak pasti dorng ada sibuk2 nak beli hadiah ke tak.. ekekekek.. biasa la jantan ni rileks sikit...






Bawah ni aku copy dari laman fb seorang sahabat masa kat UM dulu sama-sama amik Elektrikal Engineering... aku agak suka tulisan dia tentang kesedaran terhadap Allah... penyampaian yang cukup terus ke dasar hati..

~~~~~~~~~~~~
FB beliau : https://www.facebook.com/fuadlatip
Wahai Guru,
Dirimu disanjung dan dihormati. Juga dimuliakan dan disanjungi.
Tugasmu berat dan besar. Tidak sekadar memandaikan insan tetapi benar-benar ingin menjadikan anak-anak ini insan berguna sebagai wakil Tuhan.
Wahai Guru,
Dirimu dikasihi dan disayangi. Bukan sahaja oleh anak murid tetapi oleh Allah.
Lakukan tugasmu kerana sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukMu ya Allah.
Wahai Guru,
Dirimu ibarat lilin. Berkorban untuk menerangi.
Curahkan baktimu untuk anak-anak yang masih dalam proses belajar yang perlukan bimbingan.
Wahai Guru,
Dirimu sumber ilmu buat sekalian murid. Maka dirimu memerlukan ilham tanpa putus dari Tuhanmu.
Maka sentiasa berkomunikasi dengan Allah. Bercerita dan tanyakan pada Allah cara terbaik untuk mendidik setiap hari. Kerana setiap hari tidak pernah sama.
Sentiasalah menyedari Allah. Nanti ilham daripada Allah akan menjana idea-idea kreatifmu dalam mendidik.
Kesedaranmu itu akan menguatkan kesabaranmu.
Kesedaran itu akan menguatkan semangatmu.
Kesedaran itu akan menguatkan kefahaman dan fikiranmu.
Kesedaran itu membuatkanmu sentiasa dekat dengan Tuhanmu.
***
Ya Allah, kurniakan kemuliaan buat guru-guru kami ya Allah.
Rahmatilah mereka dan keluarga mereka ya Allah.
Titipkan buat mereka kekuatan, kesihatan, semangat, ilham, kefahaman, idea dan kesabaran untuk terus mendidik ya Allah.
Redhai dan angkatkanlah segala bakti mereka sebagai ibadah yang menjadi keredhaanMu buat mereka ya Allah.
Terima kasih ya Allah, terima kasih. Aaaminn.
***
Fuad Latip
16 Mei 2017
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.