Hana Darina dan Chiken Pox
Salam semua,
Jumaat lepas 23/11/2018, Hana kena chiken pox. Sebenarnya, pada malam sebelum tuh.. memang dia ngadu gatal di belakang.. ada la 2 bintik yang mcm dah luka kesan garu. Mommy dia tak perasan ada bintik2 lain selain 2 biji tuh, jadi letak krim gatal biasa. Bangun pagi Jumaat tuh, isteri aku awal dah gerak ke ofis sbb ada team building. Aku siapkan Hana, bila aku tgk belakang badan dia, lain macam bintik nih, pastu nampak mcm ada beberpa lagi yang lain.
Masih belum syak lagi.. sbb nampak mcm bintik jer... kat muka ada 2 biji, itu semalam Hana dok mentioned muka dia naik jerawat. ekekekek.. bila aku bw g bekpas kat McD, tgk betul2, ini mcm chiken Pox nih.. Tp masih was was lagi.. sbb Hana pun xde la demam ke apa.. sbb kalau chiken pox, datang dengan demam dulu masa start nak kuar segala bintik2 tuh...
Aku bercadang, petang atau sebelah malam nak bawa g kinik. ingatkan gatal-gatal biasa.. sbb Hana pernah kena gatal2 macam nih, doktor bg ubat utk hilangkan akar sekali.. Settle makan terus hantar ke Little Caliph. Dan aku terus ke tempat kerja..
Dalam pukul 945pg mcm tuh dapat panggilan dari isteri cakap Cikgu sekolah call beritahu Hana mungkin chiken pox... alamak!!! aku terus gegas balik ler... kira EL la hari nih.. dah le cuti tinggal 2 hari jer..
Dah balik amik Hana, terus bw g kinik Shaik.. dr kul 10 lbh.. sampai pukul 1 tghhri baru dapat jumpat doktor.. betul la doktor pun sahkan memang chiken pox... kena la quarantin seminggu.. Utk parent pun dapat surat dari doktor menyatakan anak bawah jagaan kita kena kuarantin.. boleh dapat "unrecorded leave" 7 hari tuhh.. tapi malangkan company swasta tak implement unrecorded leave yg mcm tu.. so apa2 pun kena apply Annual leave ler.. sib baik ler isteri boleh kerja dari rumah.. Kalau kerja gomen, surat doktor tu di terima pakai oooo.. untung kan..
Sepanjang, kena chiken pox, aku bg minum air kelapa dengan harapan akan cepat keluar semua chiken pox tuh... isteri bagi Hana Darina mandi dengan air bersama Oat yang di kisar halus.. (Rolled oat beli kat supermarket) agak menjadi, lepas mandi dengan oat kisar tuh... Hana kurang gatal-gatal.. alhamdulillah.. Daun bamboo aku tak sempat guna pun.. ekekekeke...
So sampai hari ni, alhamdulillah, nampaknya Hana Darina beransur pulih, tiada bintik2 baru, yang dok ada semua dah kering elok.. harap minggu depan boleh la g sekolah..