Buka Puasa kat Buffet Dewan Sri Iskandar
Di hujung-hujung Ramadhan ni, sempat aku dan geng-geng MOL plan untuk berbuka puasa bersama-sama. Biasa la, aku tukang arrangekan tempat. Dah lama aku tak buat benda-benda nih, dulu-dulu masa mula-mula kerja, memang setiap tahun aku la orang yang akan arrangekan majlis berbuka ngan kawan-kawan UM, kawan-kawan ofis(NEC).. Lepas masuk WD dah kurang aktiviti yang aku buat.. lebih kepada lone ranger jer..
Berbalik kepada kisah berbuka puasa, memang buffet ni buffet bajet yang di anjurkan oleh Chef Selebriti Yang Jamil dengan moto dia "Berbuka Puasa Sambil Beramal".. ok la.. Harga untuk hari Isnin sampai Khamis baru RM24.50 jer.. Kalau hari Jumaat sampai Ahad, RM29.70. kalau kanak-kanak RM15.90. Kira murah juga lah. Jumaat sampai Ahad mahal sikit sebab ada sediakan kambing bako.. tu yng syok.. sebab kami kesuntukan masa, kita sempat amik hari bekerja jer la.. ok la..
Apa yang aku boleh cakap lepas aku pergi buffet nih, menu dia memang makanan kampung, ada nasi putih, mee goreng, mihun goreng, ulam-ulaman, daging salai masak lemak, sotong sambal, gulai daging, ayam goreng berempah, sayur... Untuk makanan berat pada aku memang cukup dah.. belum kira kuih muih, banyak juga hidangan kuih, bubur lagi, bubur lambuk, bubur pulut itam dan sagu gula melaka.. Pada aku dengan harga RM24.50 tu agak berbaloi.. kompem tahun depan repeat lagi.. tp kali ni bawa keluarga la.. plan awal sikit.
Masa datang kali ni, aku bersama kawan-kawan saja, dalam 7 orang total.. Ada Hans, Arif, Ashaari, Calvin, Avadesh and Arash.. Ini memang geng lunch nasi goreng ayam kunyit padu kat jalan kampung pandan..
Kita orang sampai dalam pukul 645ptg gtu. Tunggu Avadesh keluar ofis, then konvoi ke Menara KH amik Calvin, dia tumpang aku merempit, takut jem. kiraorang lek lek jer bw moto.. dari Menara KH tuh amik masa dalam 20 minit kot perjalanan lalu Akleh.
Dewan Sri Iskandar ni kat area Setiawangsa, Hall dia kat tingkat 5, kalau masuk kena amik lif nai ke tingkat atas sekali. Boleh tahan luas depan ni. Aku rasa memang orang selalu sewa utk majlis kawin kot. Tp dorang ni pandai amik peluang buat buffet ramadan bajet kat sini.. 5 kupang dari bayaran, dia dermakan ke tabung anak yatim. Alhamdulillah, sbb tu la tag line dorang "Berbuka Puasa sambil beramal."
Memang seronok dan berbaloi dapat jumpa kawan-kawan ni.. Asalnya semua kerja kat MOL tp ada sesetengah dapat peluang lebih baik, dorang takkan nak tolak.. so tinggal aku, hans, avadesh dan Arash jer masih kat MOL.