Buka puasa bersama team Embedded

 Salam Ramadhan Kareem,

Sedar tak sedar tinggal kurang seminggu lagi dah nak raya. Raya masih lagi menjadi tanda tanya samaada Sabtu atau Jumaat, mengikut kalendar Sabtu, tapi mengikut kajian ahli falaq jatuh Jumaat, UAE, indonesia macam beraya hari jumaat. Malaysia masih menunggu untuk melihat anak bulan pada 20hb april ni. Apa pun persediaan kena ada dah.. jangan jadi mcm tahun lepas, raya awal sehari, sib baik sempat bakar lemang siang tu sebabnya semua dah ready dah. 

Cerita pasal minggu lepas, macam biasa je la.. takde yang luar biasa. Selasa lepas, Dept Embedded ada buat gathering berbuka sama-sama kat Chitta Mall, kedai Deli Wau. Sebab aku memang suka bersosial ni, aku join la kan.. Lagi pun tu jer cara nak rapatkan silaturrahim antara team. Dah la team kebanyakan kerja kat rumah, boleh kata seminggu sekali jer jumpa.

Aku order Nasi Kerabu Kambing Bakar dengan air Kelapa fresh. Yang lain-lain ada juga yang order nasi kerabu, tapi nampak yang banyak order nasi goreng tomyam. Selasa tu, lepas abis kerja dalam pukul 4.30ptg, aku balik kerumah dulu. Bawa isteri dan Hana ke pasar ramadhan, untuk juadah dorang. Dalam pukul 6.15 ptg aku gerak ke Chitta mall.



Bila sampai kedai tengok meja dah siap reserve, dan atas meja ada air kelapa dah.. "aku punya la tuh" getus dalam hati. Tengok ada beberapa orang dah duduk menunggu. Masih ada dalam 4 5orang yang belum sampai. Team embedded ni ada dalam 25 orang. Yang datang berbuka bersama dalam 17 orang. Boleh kata ramai juga lah.. 


Dalam pulul 7 macam tuh, makanan pun start di hantar ke meja. Aku tengok tak penuh pun kedai nih.. macam kedai-kedai lain pun sama.. tak macam kalau p pyramid.. pukul 5.30ptg tu dah nak kena book and bayar dulu utk dapat seat. Kalau lewat semua akan fully book. 

Alhamdulillah, Nasi Kerabu Kambing Bakar, boleh tahan sedap dia.. ok la.. boleh la repeat. Lepas abis makan, kitaorang lepak-lepak dulu berborak. Dalam pukul 8mlm macam tuh. Masing-masing beransur lah, sebab nak g maghrib lagi. Kalau makan buffet, mungkin boleh keluar jap maghrib then sambung blk mkn... tp ni sbb kedai biasa, makanan pun dah abis makan.. kira keluar terus balik jer la.


Settle berbuka untuk hari nih. Pada aku team embbeded ni memang semua ok, sporting dan agak energetic. Biasa la kan muda mudi, macam aku zaman mula- mula masuk kerja la kan.. Semangat lain macam sikit. Alhamdulillah, memang seronok kerja dengan dorang nih. Aku pun masih hu ha hu ha, tp slow la sikit kan.. maklum lah dah tua.. kadang-kadang terkeluar juga la perangai bodo tuh walaupun dah tua. Tengok la selama mana boleh bertahan kerja kat sini. harapnya terus sampai pencen la kot.

end.

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.