Berbuka bersama sahabat di Hotel Summit 2023

 Salam semua,

Entry kali ni nak citer pasal majlis berbuka puasa. Biasa setiap tahun sememangnya aku dan isteri akan ada majlis berbuka puasa, samaada bersama sahabat aku or bersama rakan ofis isteri. Biasanya 2x lah majlis berbuka kat hotel nih. Tapi tahun ni, majlis berbuka kami bertembung pada hari yang sama. Kebetulan masa plan utk berbuka ngan sahabat2 aku, semua datang single, jadi aku pun tak bawa la isteri. Sekali ofis mate isteri pun buat majlis berbuka dorang pada tarikh yang sama.


Mulanya kitaorang plan nak berbuka di hotel putrajaya nun.. bapak jauh wei.. dengan jem lagi.. sekali tengok kat IG Norman Hakim dia berbuka kat Hotel Summit, tengok banyak betul juadah berbuka, siap kambing golek lagi.. bila check harga.. masih berpatutan lagi. RM88 jer. Kalau hotel Sunway sampai 200++ wey... tahun lepas kitaorang makan kat situ. 

Terus kumpul sapa yang nak join dan terus  buat booking. Tak ramai pun yang nak join, kami 4 orang jer la.. Ok lah book kat Summit berbanding putrajaya yang jauh nya lbh 30km kot. Jem lagi.. naya wei... Isteri berbuka dekat Villa Zamara area Sg Penchala belah damansara utama sana. Jadinya aku pergi summit dengan motor je, isteri bawa Hana sekali guna kereta. Oleh sebab Villa Zamara tuh agak jauh, dan jalan yang jamnya.. pukul 450 ptg macam tuh isteri dah bertolak. Sampai dalam 6.30ptg.. lebih 1j30minit perjalanan. Aku ke summit dengan motor ambil masa 10 minit jer. lega rasa.



Ternyata Citra Rasa Warisan Desa Iftar @ Summit memang berbaloi dengan apa yang kita bayar. Punya la banyak juadah makan. Dengarnya hampir 250 hidangan di sediakan. Dengan Kambing golek lagi. Siap ada cabutan bertuah lagi. 


Yang bestnya sini, makanan yang ada sentiasa di tambah bila hampir habis. Bayangkan kambing golek pun masih di tambah sehingga ke hujung. Setakat ni, majlis iftar yang aku p, lepas 30 minit berbuka kompom kambing dah abis.. Dekat summit ni, memang ada jer dorang tambah. Walaupun awal2 dah beratur panjang.. dah berbuka.. makan macam-macam.. kambing masih belom abis.. macam ni baru la puas hati. Rasa tempat ni bleh repeat plak tahun depan. Inshaallah.. Aku tahun ni takde bonus takde apa.. jadi aku takde lebihan duit extra nak bawa anak-anak makan kat Hotel macam nih... harapkan duit gaji bulanan memang tak dapat. lagi pun kebetulan nak masuk sekolah, nak cari bju raya apa sume.. takde la lebihan lain dah.. kalau ada bonus bln 12 ker... boleh la spent untuk berbuka... 


Alhamdulillah, dalam pukul 9 kitaorang keluar dari dewan, makanan masih banyak lagi, teh tarik pun masih ada lagi.. Kopi memang ada mesin dia.. so memang tak abis la.. lepak-lepak sembang sambil tunggu cabutan bertuah lama sikit pun ok je.. sebab masib boleh ulang untuk ambil air panas.. 

Kebetulan time aku keluar tu isteri pun message bagitau dah on the way nak balik, ok la tuh.. Kiranya hari ni kali pertama lah aku berbuka tanpa isteri di sisi.. ok la kan.. bukan selalu.. ada orang berhari2 tinggal isteri sebab lokasi kerja berlainan.. lagi kesian kan.. ekekeke.. cukup la sampai sini penulisan aku. 

end

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.