Happy Birthday buat isteriku 25042019

Salam,

Hari ni terlebih rajin, punya banyak entri masuk... cuma entri ni special sikit sebab hari kelahiran orang yang paling aku sayang. Orang yang paling rapat dengan ku, yang sentiasa berada di belakangku semasa susah dan senang, sedih dan gembira. Alhamdulillah ya -Allah, terima kasih kerana kurniakan aku sorang isteri yang melengkapkan hidupku ini.

Tahun ni isteri aku dah masuk 35 tahun dah. boleh kata tua la kan.. hahahaha... apa pun aku masih tak sedar diri yang diri ini lebih tua... 42 kot tahun ni. Kitaorang berkahwin pada umur isteriku 28 tahun, aku baru 35 tahun.. tp aku kenal isteri lebih lama dari tuh lah.. hanya aku dan isteri saja tahu lah, hihihihi.

Takde apa yang aku nak cakap, cuma aku nak berterima kasih kepada isteri tersayang, memang cukup memahami aku yang sememangnya seorang baran, perongos, (skrg kurang lah), kuat nafsu, kuat makan, kuat semua lah.. semakin tua ni semakin kurang kekuatan tuh lah kan... ekekeke.. walaubagaimana pun isteri aku sorang ni masih dapat melayan aku dengan baik..semuanya di penuhi tanpa sebarang alasan.. sepanjang bersama.. kuku kaki tangan pun lama tak potong sendiri.. ekekek.. bulu jer la aku potong sendiri termasuk bulu2 isteri aku.. choi.. apa aku tulis nih.. hihihih.. biasa la kan.. ada give and take..

Buat insan yang amat abang sayangi selalu, abang sentiasa doakan kebahagian awak, di berikan kesihatan yang berpanjangan, dapat mencapai apa-apa yang awak hajati, di murahkan rezeki, dan yang paling utama sentiasa berada di bawah lindungan yang esa. semoga kehangatan hubungan kita terus kekal berpanjangan hingga je hujung usia.. . Love You So much!! muahhhh.

Walaupun usia kita semakin semakin meningkat, moga jiwa kita sentiasa muda remaja, bergurau senda dan bergelak ketawa tak ingat dunia sampai hari tua kerepot.. hihihihihi.





Light Em Up Night Run

Salam,

Light Em Up Night run adalah kali kedua larian aku dan isteri. Aktiviti ni, kat area D Pulze Cyberjaya. Aku join ni free jer sebab under company, cumanya untuk spouse perlu bayar. Untung la kan, byr 1 jer.. berlari 2 orang.. hihihihi..

Plan hari ni sabtu agak tight, kebetulan pukul 2pm ada appointment dengan pejabat loyer untuk sign SPA. Abis dalam pukul 3pm lebih. Settle sign SPA, terus ke rumah Oman sebab Hana akan tidur di rumah Oman malam ni. Pergi berlari berdua, senang sikit kan.

Hari ni memang aku pun tak berapa sihat, Jumaat semalamnya aku Mc dah.. hari ni pun masih tak berapa sihat.. kira gagah juga lah.. amik panadol pagi dan tghhr. Dari rumah oman, dalam pukul 530ptg gerak ke Cyberjaya untuk racepack collection.

Sampai dalam 6 lebih, lepas dah collect race pack, lepak kedai mamak sebelah kedai nasi arab tuh.. pekena Nasi goreng pataya dan teh tarik... Nak lari malam tp p bantai nasi goreng pataya kan.. hahahaha...

Dalam pukul 8mlm, dah berlegar legar kat ruang start tunggu siren untuk berlari.. dalam 8.30 macam tu, untuk kategori 5km gerak.. berlari lah kitaorang.. mcm biasa lah. berlari dlm 1 km lbih, berjalan jap. dan berlari semula.. Siap 5km boleh habis dalam 45minit gitu kot..

Habis larian, lepak dulu untuk cabutan bertuah, nampaknya tak de bertuah lah malam ni.. ingat lepas ni nak p berendek dekat putrajaya.. tak familiar plak.. nak ke roundabout mesjid tuh tutup pulak jalannya.. last sekali lepak kat Nasi Lemak Royale @Ayer8. bantai sate sorang 5 cucuk plak.. tudia sate punya gemuk.. 5 cucuk kenyang berdengung...

Abis makan dan kekenyangan, terus balik ke rumah.. sampai rumah pun dah kat pukul 1. terus tdo jer.. tak sempat pojek pun sbb kepenatan.. hihihihihi..


Sebelum berlari.. pekena nasi goreng Pattaya  dulu..

Ni dah lepas berlari nih.


Sebelum berlari.. bergambo dulu.






V Residence milik kami

Salam,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Setelah lebih sebulan menunggu, urusan permohonan loan yang tak berkesudahan. Akhirnya lepas, tapi perlu 2 nama lah. Tak kisah lah.

Aku dan isteri memang sibuk ronda mencari rumah, apointment hampir setiap minggu jumpa dengan agent hartanah untuk view rumah. Adalah 3 4 biji yang kami view. Tapi V-Residence memang menambat hati kami berdua. walaupun asalnya nak cari rumah yang lebih 1000sqft.. tp apakan daya.. area bandar memang tak dapat harga bawah 500k.. huhuhuhu..

Rumah yang kami beli ni, tak lah besar sekadar 961sqft jer.. harga lebih sikit RM500k.. komitment loan dalam.. 2.5k++ juga bayaran bulanan... jenuh juga la bila di fikirkan. Tapi memang keinginan kami berdua nak cari condominium tengah bandar dan selesa. itu lah cabarannya..

Alhamdulillah, 5/4 dah sign loan agreement. 20/4 kitaorang sign SPA document. Aku tak banyak nak sign sbb SPA cuma guna nama isteri sorang jer..kitaorang sign loan kat office Farn n Co. Jadinya lepas ni, kitaorang byk review2 decoration rumah plak lah.. yang simple-simple dan ringkas sahaja.. maklum lah rumah kecik.

Rumah nih terletak bersebelahan NPE dan Villaria Condominium area PJS5. Kitaorang pun tak perasan projek ni, ramai yang dah beli sejak 2017 lagi.. Cuma projek tu baru start bergerak dari hujung tahun lepas. skrng dah nampak aktif lah.. tp belum ada bangungan naik lagi lah.. baru foundation jer kot.

Apa yang menarik minat kitaorang. Layout dia, mengikut kehendak kami, Parking 2 lot, terletak dalam kawasan yang memang kami dah biasa.. bandar sunway. Project ni agak besar, Pemaju boleh tahan dari segi kekukuhan kewangan untuk teruskan projek. Inshaallah, kalau takde aral apa-apa, dalam awal tahun 2022 dah boleh masuk.

Untuk pengetahuan, rumah kami berada di tingkat 23.Wow.. kalau di fikirkan.. rasa nak terkencing gayat sbb tinggi.. aku memang agak alah dengan ketinggian.. tp ok jer la... memang best kot permandangan dari atas gtu. tak sabar dah nak masuk rumah baru kan.. hihihi.

end.







Muka happy kan.. inshaallah lagi 3 tahun dapat duduk rumah baru





Welcome to the world Baihaqi

Salam,

05.04.2019 aku mendapat anak sedara baru sebelah isteri. Anak Oman yang pertama. Alhamdulillah. Isteri Oman Zati bersalin normal dekat Hospital Shah alam hari jumaat

Kebetulan hari ni 5/4 aku dan isteri amik halfday, boleh la melawat Baihaqi. Tghhri balik kerja, kitaorang ke Jaring dulu untuk lunch. Selepas Solat jumaat, pergi Giant KJ jumpa officer untuk sign Loan. Sebenarnya itu lah tujuan amik halfday, nak sign loan agreement. Tp bak kata orang sambil menyelam minum air.. dapat la melawat Oman dan Zati kat Hospital.

Seusai sign, terus ke Tadika Hana, then terus ke shah alam. Masih sempat lagi sebab Waktu lawatan sampai jam 7mlm. Aku sampai dalam 5 lbh. Terpaksa tunggu bawah bersama Hana sebab budak2 bawah 12 tahun tidak di benarkan naik. Pelik plak, Hospital Selayang ok jer.. Sini pulak tak boleh.. tp apakan daya. follow jer la kan.. dah dorang kuatkuasa mcm tuh.

Lama juga aku menunggu kat bawah dengan Hana. Pukul 6 lebih baru Isteri turun. Aku pun naik kejap lah tengok anak sedara baru.. Memang comel Baq hang.. muka manissss...

Keesokan harinya kitaorang ke Hospital lagi untuk melawat Iqi. Oman pun dah bawa balik uri untuk di tanam. Saja melawat lagi hari ni. Anak2 tinggal jer kat rumah.. senang berdua.. rileks sikit tak perlu nak tunggu kat bawah dah.. ekekekek.

Alhamdulillah, semuanya selamat.

Welcome to the real world Iqy

Bila la isteri aku ni nak dukung baby sendiri nih. huhuhu





Tok Ayah bersaama Iqy

Iqy lepas seminggu .. tengok dah berisi dah.

Selamat Hari Lahir Hana Darina 02.04.2019

Salam,



Hana Darina nama di beri, satu-satunya princess dalam keluarga. 2hb April adalah hari kelahiran Hana Darina yang ke 6 tahun ni. Kalau tahun lepas, aku takde masuk entry, kitaorang buat dekat McDonald Subang Parade Subang Jaya. Tahun ni bishe bishe jer.. buat kat rumah.. bersama ahli keluarga aku saja.

Hana ni perwatakan dia memang jenis lincah, perasaan ingin tahu kuat. Agak rajin berusaha kalau dia nak sesuatu.. attitude yang bagus la. adakala malas juga.. standard la budak2 kan.. pandai berkawan, pandai amik hati.. bodek aku no satu.. merajuk pun boleh tahan, tp aku tak berapa layan sangat lah.. Mommynya pun tak pandai merajuk.. nak kena layan rajuk anak dara plak kan.

So tahun ni, aku dan isteri mmg plan buat biasa-biasa saja.. walaupun biasa-biasa. Hana darina cukup excited. minta hadiah 2.. dari mommy satu, dari abah satu... memang dah belikan dia hadiah, microwave oven dan Playdoh set. Tapi dapat gaji bulan 4, aku niat nak belikan basikal untuk Hana nih.. janji ngan dia, bila dah pandai naik beskal.. nanti abah beli baru.

To Hana Darina, Abah sentiasa doakan yang terbaik buat anakda. Semoga Hana Darina membesar dengan sihat, berjaya dan kaya dunia dan akhirat. Sentiasa di lindungi Allah yang esa. Teruskan keaktifan mu dan kerajinan mu dalam mencari sesuatu yang baru. Teruskan usaha untuk berjaya.

Alhamdulillah, tahun depan dah masuk darjah satu. cepat betul masa berlalu.







Untuk bulan 4 ni, sekolah Tadika Little Caliph hana akan buat monthly birthday baby, Hana minta nak bawa goodies ke sekolah. Aku dan isteri pergi la carikan barang2 untuk buat goodies. Ok la sebab tahun ni last dia kat sekolah tuh..

Tengok tuh, Hana Darina yang rajin masukkan barang2 dia utk goodies dia tuh.


Kek yang Hana nak bawa ke tadika dia... Boleh lah, beli kat Berry's Taipan USJ, sekilo baru rm54 gitu rasanya. Murah la dari Secret Recipe.


Hana nak potong kek kat Sekolah.

Trip Balik Kampung Sungai Dendang

Salam all,

Minggu lepas dah balik ke Mache 4 hari 3 malam.. gerak pagi Khamis.. minggu cuti sekolah ni, balik ke perak plak.. ke kampung halaman aku.. Kampung Sungai Dendang Selama Perak... kawan2 dok sebut Sungai Tora.. mana datang tora pun tak tau..

Balik ke kg aku ni, Khamis petang.. sbb khamis tuh aku masih kerja.. kebetulan kena g supplier.. settle kerja dalam 330.. terus balik.. siap2 apa sume.. kul 445 gtu dah gerak... kitaorang singgah Restoran jejantas sungai buloh.. isi minyak, makan.. then terus gerak balik kg... nonstop...


Sampai kampung dalam pukul 9.30mlm gtu.. kita cepat gak la.. jalan raya pun cantek.. smooth jer.. keta byk tapi boleh laju... sampai umah.. apa lagi.. buka tudung saji dulu la.. hihihihi..  ada lauk ayam, telur ikan goreng.. abah beli khas utk aku makan... kalau  balik kg.. gtu lah.. mak abah usaha cari makanan yang kita suka... beberapa pinggan nasi abis pun tak perasan.. hahaha..


Jumaat pagi.. just lepak layan tv... restkan minda.. lepas solat jumaat, aku bw anak2 ke Lata Tebing tinggi... pukul 3 lebih dah g.. takut ujan.. Isteri kesayangan aku tak mandi.. aku, anak2 dan anak2 saudara jer mandi. Adik Ali pun follow n join.. memang sejuk nyaman ooo tempat nih... puas mandi....






Malam p pekena burger plak, kat Kabin Burger Lava Selama... orang kampung gak wat tuh... memang sedap dan syok.. meleleh cheese n sos.. sedap baq hang.. puas makan.. tp sebb mkn malam kat umah tadi dah kenyang.. so aku n isteri share jer la... susah gak nak makan rupanya sbb tebal patty dia... ekekeke..





Esoknya, pagi-pagi akak ajak jogging plak.. "Selama Challange" katanya.. pas subuh terus ready.. dalam 7 lbh gak start berlari.. dari kampung ke Selama, 6km gak tuh.. so sempat 4km jer.. masing jalan dah.. tak dan sampai selama.. baru sampai taman merdeka.. abah pun sampai ngan kereta... terus naik kereta ke Selama Cafe.. pekena teh tarik goyang.. paduuu... ok la dapat 4km berlari.. dalam 50minit..




ada kenduri umah Abang Mat & kak Tom.. betul ke tak nama dorang nih.. hihihi.. anak lelaki dia kawin.. jadi tghhri mak tak masak lah.. makan kenduri jer.. mcm2 ada. laksa, yong taufu.. aiskrim.. selain lauk kenduri... sedap gak ler...

Malamnya, bangchik sampai dari vacation ke klate+ganu.. malam kitaorang ngeteh plak kat taman Merdeka.. sembang-sembang n borak kosong adik beradik.. maklum ler.. lama tak jumpa... Sampai kul 12 gak ler...

Esoknya.. Ahad, lepas subuh jer aku terus kejut anak2 untuk bersiap.. nak gerak balik ke PJ awal ..sbb takut sangkut jem.. target pukul 9pg dah kuar dari kampung ler... hari ni mak wat nasi lemak ada lauk ayam.. wow.. memang best.. ngan goreng cekodok pisang... Mak siap bekalkan nasi lemak utk mkn tghhri..

Perjalanan balik agak smooth.. awal kan.. tak la jem sangat.. sampai area bukit beruntung dalam pukul 1220tghhr.. kira 3jam perjalanan dari kg.. agak laju gak la... singgah rumah baru Paktam kat bukit beruntung tuh.. makan tengahhari... dalam pukul 2.15 gtu kitaorang gerak balik...


Petang pukul 5.20 aku hantar Haziq balik ke asrama yayasan selangor Klang.. alhamdulillah.. haziq masa balik kg dah bw semua baju2 untuk balik ke asrama, incase jem.. jadi dr kg terus ke asrama.. tp sbb tghhr dah sampai PJ.. balik rumah n rest dulu lah kan..

Malam kitaorang dinner nasi lemak jer.. ptt mkn tghhri.. tp sbb dah jamah kat rumah Paktam.. jadi buat mkn malam.. memang syok betul nasi lemak mak nih.. shedap baq hang..

Inilah kisah seminggu.. cuti sekolah.. ekekekekeke... Menarik ke tak? biashe biashe jer kan...

end..



Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.