Trip balik Machang lalu Terengganu

Salam semua,

Entri ni aku tulis agak masih panas lah.. sebab baru beberapa hari yang lalu.. biasanya tulisan aku berkisah cerita basi yang dah berhari2 malah berlaku lebih seminggu dah.. ye la.. ada masa mood kelaut nak menulis.. jadi apa yang nak di ceritakan mungkin berlaku seminggu lepas atau dah 4 5 hari berlalu.

Minggu ni, Khamis (21hb Mac) aku dan isteri nak balik Machang sebab ada kenduri Kak Yong anak Pokcik Li. Aku dah biasa balik kenduri sedara mara melainkan ada aral lah.. Alhamdulillah takde aral untuk kitaorang balik kali ni, jadi kitaorng saja nak balik ikut laluan Kuala terengganu, melalui LPT 1 & 2.. Kononnya nak singgah cari Patin tempoyak dan juga sotong/udang celup tepung kat Penarik..

Khamis pagi2 lepas hantar Aiman ke sekolah, kitaorang dah bersiap sedia nak keluar.. bersiap2..Beg baju semua dah settle di sediakan oleh isteri tersayang.. aku tak yah fikir apa dah.. apa aku buat.. zip bag.. terus masuk keta.. dlm2 tuh.. semua dah settle.. best kan gtu.. untung la dak... tak perlu nak susah2 dah.. ada isteri yang cukup peka apa nak bawa.. aku pakai jer apa yang isteri masukkan.. kalau spender tak cukup.. tak yah pakai.. ekekek.. mudah..

Jadinya jam 9 pagi kitaorang kuar.. terus ke Maliki dulu.. breakfast.. pekena nasi lemak.. teh tarik. Dalam pukul 10 kot baru gerak balik.. so kitaorang memang decide nak lalu LPT.. dah sampai Karak tu, terus waze mencari Patin yang best.. isteri Search Patin Tempoyak Gobang Maju tutup plak.. jumpa patin tempoyak Claypot.. kat Temerloh.. pun syok dah...

Jam 12 lbh dah sampai kedai.. memang sedang elok waktu makan tengahhari.. aku order Patin asam pedas, Isteri kesayangan aku order Patin Tempoyak lah kan.. takkan order lain mmg niat nak cari Patin tempoyak.. nasi tambah satu utk Anis. 2 lauk makan 3 orang.. masih ada lebih.. syok... Rasa dia.. wow.. best.. tak pedas sangat. .sesedap rasa.. Patin Asam pedas tu pada aku sedap juga.. tak pedas sangat.. tp aku tetap berpeluh.. mungkin ada kekurangan sikit lah.. tp still ok rasanya..

Perjalanan yang mendamaikan jiwa

Tudia kedai patin.. King's Patin Tempoyak

Siap dapat nasi tambah free lagi

Patin Tempoyak.. best nih

Patin Asam Pedas

Nampak riak isteri cukup gembira dapat makan Patin Tempoyak..

Licin oooo..sebab sedap

Bukan setakat licin.. kuah sekali di hirup licin baq hang.. sedap sangat.

Seusai makan tengah hari, singgah Hentian sebelah Kuantan, solat jap.. dan meneruskan perjalanan ke Pantai penarik. .ingat nak keluar kat Kuala dungun lalu tepi laut ke Pantai Penarik.. tp masa agak tak mengizinkan.. Jadinya kitaorang meneruskan perjalanan sehingga keluar kat Kuala Terengganu dan terus ke Pantai penarik.. Tol dari Karak ke Kuala Terengganu RM43.

Sampai area Penarik pun jam dah menunjukkan pukul 5.30 macam tuh.. memula kitaorang singgah kat Ombak Pantai sebab nampak banyak kereta singgah, siap ada ruang-ruang makan tepi laut.. agak mengujakan.. tp apa yang kami rasa, sotong dan udang celup tepungnya.. kureng sikit.. sebelum ni pernah makan kat NL  Celup Tepung Bira Pata.. 2x kesitu.. kiranya Ombak pantai ni compare tuh Bira pata ni.. Bira Pata win lagi rasanya..










Sebab tak puas hati rasa celup tepung kat Ombak Pantai, kitaorang ke satu lagi kedai area situ.. King Trizai, kedai dia ada sampai 2 kat Pantai Penarik tuh.. bila makan.. alamak.. masih tak mencapai klimax lah.. masih tak boleh lawan Bira Pata tempat kami cuba kali pertama dulu.. alamak... jadinya kitaorang gerak balik ke machang dengan rasa ketidak puasan makan walaupun dah kekenyangan.. tak cukup climax lah.. tak sama macam lepas dapat patin.. mmg maveles..





Sampai Machang dah pukul 8.30mlm.. amik.. agak lama perjalanan sebab lalu jalan jauh kan.. mlm ni majlis pernikahan Kak yong pun kitaorang x sempat nak g campur dengan keletihan travel lbh 10jam.. jadi kitaorang tunggu ayah n ma di rumah saja lah.. esok saja lah ke kenduri umah Chik li tu...

End.

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.