Hana Belajar berenang

Salam,

Masuk tahun 2019 nih, aku dan isteri bawa hana belajar berenang kat Pusat Akuatik Darul Ehsan Shah alam. Belajar dari Kelas berenang Maiswim. Kat pusat akuatik tuh ada byk lagi swiming class lain.. Aku dapat contact Maiswim ni dari facebook.. call terus book.. Satu session RM60 utk 2 jam... amik 4 session.. then aku dan isteri tambah lagi 4 session kot.. ni kira dah session ke 6 dah lah..


Bayaran yang di kenakan.. utk tahun ni 2019..


Jadual Hana Darina nih setiap ahad pagi 9-11pg.. jadi awal pagi aku dan isteri akan keluar rumah dlm pukul 8pg.. singgah kat kedai Mak Uda, area seksyen 13 tuh.. berdekatan Upin Ipin, tak sangka banyak makanan dia utk breakfast.. best.. ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak kukus, roti canai.. pulut, rendang ayam, rendang daging, kuih muih.. memang sajian melayu lah... iklan sikit kan.. tp mmg best la.. kena dengan tekak aku.

Cerita pasal belajar berenang, untuk sessi pertama ni lbh kepada pernafasan kot.. tp apa pun Hana Darina memang enjoy swimming, peralatan renang tak perlu beli pun.. di sediakan.. cuma kena baju swimming, cap ngan goggle jer..

Cikgu yang mengajar pun ramai, tp untuk sessi ke 3, cikgu yang mengajar Hana nampak dah tak turun air.. ada ramai trainer lain.. pada hemat aku, harapkan trainer terlatih lah kan.. kalau bidan terjun jer.. aku pun boleh ajar.. sbb anak2 jantan semua boleh berenang, aku yang ajar..

Setakat aku menulis ni, rasanya ada lagi 2 sessi kot utk abiska 8 sessi.. aku ngan isteri menunggu kat tepi jer lah.. 2jam.. tgk hana sambil tgk phone.. nak buat apa lagi ye dak.. biasa lepas swimming, kalau takde apa.. kitaorng biasa g lunch dulu sebelum balik umah n rehat.. kot petang nnt hana nak g taman pulak main basikal..

Itu jer la kisahnya.... hihihih..





Ini office yang aku register untuk Hana

Antara Kelas lain yang ada sini

Akram dan beberapa kelas yang lain.

Pintu masuk utk ke pejabat kelas-kelas renang.. pintu sebelah kanan tuh ye.. yg sign merah tuh kedai..


0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.