Nasi Ayam Pak Mal
Salam,
Entri aku ni cerita pasal hari Ahad lepas 7/1/2018. Hari ni aku plan nak g melawat Haziq kat asrama, Haziq ada call cakap boleh bw dia keluar asrama.. So aku plan nak bawa dia balik rumah sbb nak gunting rambut. Lagi pun petang ni ada nak makan-makan pulut durian ngan ipar duai.
Pukul 1030pg gtu kitaorang dah gerak ke Klang, sampai dalam pukul 11pg.. Haziq macam baru lepas aktiviti.. gotong royong katanya.. Sampai jer menonong aku ngan isteri tala ke area asrama putera.. nampak ada budak-budak kat depan tuh suruh panggil Haziq, dengar dorang ckp ha "kepala" so aku agak nama gelaran dia la tuh... ekekekek..
Rupanya bila sampai, pergi dekat guard house, bgtau nama, nanti pengawas akan panggil guna speaker.. hahaha.. pandai2 jer aku... lepas settle register apa semua, terus bawa Haziq keluar, Dalam kepala dah start la fikir nak makan apa kan.. biasa la aku dan isteri memang kaki melantak.. elok la laki bini...masing-masing gemuk dah.. tp inshaallah tahun ni nak susut kan sikit berat 5 ke 10kg.
Then kitaorang decide nak mkn Nasi Ayam, sebelum ni ada search nasi ayam kat seksyen 11 foodcourt sedap.. memang aku pernah makan nasi ayam tuh masa kerja kat Canon Machinery dulu... Agak sedap.. so terus ler ke foodcourt tuh... sekali tengok nama Nasi Ayam Pak Mal.. aik.. macam familiar sbb kitaorang pernah try nasi ayam kat kedai area Seksyen 10.. tp tak perasan nama dia..
Kitaorng pun order nasi ayam 4.. nasi ayam dia harga RM5.50.. masih ok la kan... nasi ayam dia sedap.. dia ada kicap bercili extra pedas kalau korang nak mkn.. biasa ada atas meja.. kalau kat kedai mmg ada 2 jenis kicap dia letak atas meja..
Kalau makan kicap pedas tuh. balik rumah berak laju mcm air paip lupa tutup jer la keluar sbb mmg pedas dia agak padu.. ekekek.. nasi ayam dia, kicap cili tu dia terus letak atas ayam.. yang tu tahap pedas masih minima. .so ok la...
Lepas makan kitaorang pergi ronda kat area kedai seksyen 10 plak.. nak tgk orang yang sama ke tak.. sekali memang sama jer.. ekekkeke..pada aku nasi ayam dia ok.. special juga la sbb kicap n cili tu dia campur terus..... ikut nasi ayam biasa dia ada kicap dan cili asing.. ini terus campur.. Apa pun memang layan nasi ayam pakmal nih.. aku beberapa kali pergi makan nasi ayam nih..
0 comments:
Post a Comment