Haziq Syazwan Masuk Asrama

Salam,

Entri hari ni adalah kisah pada 1hb Jan 2018... takper la lewat sikit menulis.. janji di tulis... Kisah ni hari isnin, hari Sabtu kisah masak nasi tomato ye dak.... ahad takde apa sangat, keluar beli tambahan barang Haziq dan beli barang dapur lepas lunch.. lunch masih Nasi Tomato.. masih padu..dan aku masih makan 2 pinggan.. cemana nak kurus nih.. kalau ikut azam nak turun kan berat badan... tp belum masuk tahun baru lagi kan.. so ok ler...

Berbalik kisah Haziq Syazwan nak masuk asrama nih... 1/1/2018 tarikh pendaftaran Asrama Yayasan Selangor Klang. Sebenarnya Haziq bertolak awal dengan mama dia, dalam 7.30pg gerak dah.. aku dan isteri baru siap-siap sbb kitaorang nak gerak lewat sikit lah.. bila Haziq selesai pendaftaran...

Kul 8pg sarapan kat Alif, dalam 8.20pg gerak terus ke klang.. dalam pukul 9pagi sampai, Haziq dah siap register, barang pun dah angkut masuk dorm... so aku terus g dorm jer la...

Alhamdulillah, Asrama ni nampak bersih walaupun lama, ye lah dari tahun 1980an kot dia beroperasi under yayasan selangor... locker sama macam asrama Teknik ipoh aku dulu.. susah nak simpan barang kalau ada byk.. hehehe...

Haziq nampak steady jer... ok la tuh.. aku time masuk asrama jer.. bertakung air mata.. banjir juga walaupun anak jantan... biasa la.. dalam hati ada taman.. ekekek.. sampai masuk asrama kediaman kelima Dayasari UM pun bertakung air mata.. abah balik jer.. pergi nyorok belakang astaka jap lap air mata... mana boleh orang nampak.. rosak la macho seorang jantan.. ekekeke

Lepas Haziq dah susun barang semua, ada taklimat sampai pukul 1.. taklimat untuk ibu bapa... Asrama Yayasan Selangor ni beroperasi bersama lebih 20 orang kakitangan yang memantau setiap aktiviti asrama.. aku rasa ok.. kalau compare dengan asrama sekolah, cuma ada seorang 2 warden jer..

Jadi dalam asrama yayasan selangor ni, tak semua satu sekolah, ada beberapa sekolah terpilih oleh yayasan utk student.. jadi dalam ramai-ramai student berkemungkinan tak bersekolah sama dengan Haziq.. High School Klang, atau SMK Tinggi Klang..

Setiap hari ada waktu belajar. waktu makan, dan juga dah di siapkan kelas tambahan khas yang di bawa guru dari luar untuk mengajar. ada KPI utk Asrama Yayasan nih... 70% markah keseluruhan.. kalau lepas PT3 nak stay lagi, memerlukan sekurang-kurangnya 5A, dan Math dan Sains sekurang-kurangnya B... wow.. jenuh gak tuh....

Apa pun aku harapan aku inilah yang terbaik buat Haziq Syazwan, menjadi pemacu untuk dia terus success...














0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.