Rezeki Allah itu luas - Bersyukurlah

Salam,


Entri kali ni takde citer pasal apa-apa yang terjadi semalam kelmarin atau pun esok. Tajuk dia pun umum saja. Saja aku nak tulis pasal rezeki Allah supaya hati aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.

Kalau kita cakap pasal rezeki, berbagai-bagai bentuk rezeki yang yang Allah kirimkan buat kita. Tak semestinya dengan wang ringgit dan harta semata-mata. Di kurniakan tubuh badan yang sihat adalah antara nikmat rezeki dari Allah, boleh kita bekerja untuk mencari rezeki yang halal dan di berkati.

Di kurniakan anak ramai juga antara rezeki Allah untuk kita syukuri. Jika di bandingkan dengan sesiapa yang tiada rezeki untuk mendapat zuriat. Namun inshallah, berkemungkinan mereka ini di kurniakan rezeki lain yang lebih baik berbanding kita. Bersyukur kita dengan nikmat Allah yang maha adil lagi maha memberi.

Kalau di kurniakan isteri ramai cemana plak tuh? hihihihi.. itu sudah tentu tak dapat di sangkal lagi kan.. Namun ada isteri sorang pun sudah memadai, dapat pula yang cukup memahami dan sentiasa berada di sisi tak kira waktu susah dan senang, dapat melayan kerenah dan "kehendak" kita dengan baik dan penuh kesabaran juga adalah rezeki. Berbanding dengan kawan-kawan yang masih belum di kurniakan jodoh untuk mereka. Bersyukurkah kita? alhamdulillah..

Di kelilingi rakan-rakan dan sahabat yang baik juga adalah nikmat rezeki yang kita tak boleh nafikan. Alhamdulillah, sepanjang hidup yang penuh pancaroba, walaupun bukan rezeki untuk mendapat gaji yang besar setara dengan kawan-kawan lain, di kelilingi sahabat-sahabat yang baik juga adalah nikmat yang patut aku syukuri. Dalam kekalutan hidup satu ketika dulu, turun naik kehidupan, sentiasa ada kawan-kawan yang sentiasa ada untuk membantu. Alhamdulillah ya Allah.

Ya - Allah, aku memohon, kau kurniakanlah limpahan rezeki yang berganda untuk sahabat-sahabat ku dengan tidak terkira luasnya. Amin amin ya Rabbal Alamin.

Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, sentiasa positif dengan apa yang kita ada. Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik esoknya. Maka kita lebih gembira dan bahagia memperolehi rezeki yang tak dijangka.

Bersabar, bersyukur berdoa dan bertawakal lah. Hanya dia yang maha adil lagi maha memberi.

Syukur alhamdulillah ya Allah!!

Handphone Sempena Birthday Daniel dan Chillies

Salam,

Pada hari yang sama dengan Fun Day Besi, selepas selesai berFun Day, kami anak beranak ke One Utama untuk mencari henfon sempena birthday Hafiy Daniel yang ke 12.

Plan nak mencari henfon dengan bajet dalam RM500~600. Untuk bajet ni, aku share dengan bekas isteri, dia nak sponsor RM200.. ok lah.. jadi aku dan isteri bawa anak-anak pusing-pusing OU untuk mencari henfon.

Berjalan lah kami satu OU mencari yang terbaik berdasarkan keupayaan dan yang paling penting harga tak terlalu mahal. Pusing sana, pusing sini, dari Oppo, Hwa Wei, Samsung, Honour, Redmi akhirnya memilih Redmi 7 dengan harga RM545. Daniel pun ok dengan pilihan tersebut.. alhamdulillah setelah hampir 3jam berpeleseran kat OU tuh...

Dah dapat henfon, mencarinya pula talian yang sesuai dan murah, mula-mula ke Digi sebab ingat nak ambil pakej seperti Haziq, RM38 dengan 5+5Gb data unlimited call. Tapi tak boleh, katanya pakej tuh boleh amik satu sorang je.. aikkkkk.. pelik bin ajaib nih..

Jadinya kami beransur ke kedai Umobile, ambil pakej sama macam Aiman, U28, 3GB data dan 50 minit bercakap free.. boleh lah. Nak guna untuk media sosial jer.. kat rumah dah ada wifi kan. Cukup lah.. Sengaja aku tak ambil prepaid sebab payah nak topup.. Ambil postpaid mudah, cukup bulan bill sampai.. haaa.. bayooo..

Settle semua, jam pun dah pukul 6 petang, kami ke Chillies untuk dinner. Bukan selalu nak makan steak mahal nih kan. Untuk anak-anak dan isteri kesayangan.. apa lah sangat. Yang penting ongkosnya adaaaa sihhhhh...

Aku Aiman dan Haziq memilih Lamb, daniel ambil ayam, isteri aku amik apa ntah namanya. Settle makan pun dah pukul 7 lebih. Kami terus balik ler.. seharian kat luar woi.. dari pagi sampai ke malam.. kira-kira 12jam juga lah keluar rumah.. amikkk.. sakan kan..








Besi Fun Day 2019

Salam,

Walaupun agak berminggu sudah kejadian berlaku, tapi macam biasa lah aku baru nak masuk dalam entry blog nih.. orang tulis blog kisah semalam.. kau tulis blog kisah 3 minggu lepas.. apa mau kira... janji tulis dari takde langsung.. kenangan nih..

Tahun ni Besi takde buat Family day sebagaimana 2 tahun lepas yang di buat di Sunway Lagoon, satu family masuk sunway lagoon, makan free.. ada aktiviti semua.. Tahun lepas buat Company dinner, hanya empoyee saja, family tak join. Tahun ni beraktiviti bersama family tapi di buat secara bersukaneka yang di panggil Besi Fun Day 2019.

Idea Fun Day ni agak menarik juga lah.. untuk anak-anak kecik agak menarik. untuk anak2 besar macam anak-anak aku yang dah belasan tahun nih, tak berapa fun sangat lah.. setakat datang, breakfast dan abiskan masa memerhati saja. Untuk Fun Day ni, Besi hanya sediakan t-shirt untuk empoyee saja.. anak-anak dan isteri tak dapat, berbeza dengan family day di Sunway lagoon 2 tahun lepas. Berkemungkinan kekangan bajet dengan keuntungan Besi yang sedikit merosot.

Kisahnya seawal pagi pukul 7.30pagi kami sekeluarga dah bergerak ke Stadium tertutup Panasonic, tak breakfast sebab acara Fun Day sediakan breakfast. Nasi lemak dan kuih muih. Boleh tahan sedap nasi lemak, dan kuih-kuih.

Breakfast dulu... memang sedap nasi lemak dan kuih muih

Ezuan & Botak pun ada bersama isteri masing2..

Kat sana juga ada booth booth kecik ais krim, apom balik, dan booth booth permainan ala-ala fun fair tapi semua percuma.. ini agak menarik. Aku sepatutnya masuk acara lari dalam guni dan klereng. Tp terlepas lari dalam guni, sempat la juga join acara klereng. Klereng ni tolak rim basikal menggunakan kayu. Permainan ni biasa main zaman kanak-kanak dulu lah tahun 80an 90an. Zaman kanak-kanak sekarng lebih pada gajet jer.

Sempat bersenamrobik.. lupa nak cover gigi tuh.. ekekeke..



Ni dia Klereng.. skill budak kampung Sungai Dendang Selama Perak nihh


Bumblebee pun ada.. 

 Makan tengah hari juga di sediakan, dapat la sorang sekotak KFC snack plate. Cukup kenyang lah sorang dapat 2 ketul ayam. Acara semua tamat dalam pukul 1.30 tghhr selepas pengumuman beberapa cabutan bertuah. Kali ni aku tak bertuah ler.. tahun lepas dah bawa balik TV 50 inci .. ok dah uh.. hihihihi.

Nampak macam amatur jer 2 orang awek nih.. boleh lah.


Apam balikkkk.. sedap apam balik dia.. pandai komiti cari..

Lunch time.. KFC sorang sekotak

Memang klereng tadi.. dapat ler hadiah.

Itu jer la kisahnya.. gambo-gambo tak pasti ada banyak ke tak.. tgk jer la ye apa yang ada..

Almabtrieb di Reith Im Alpbachtal

Salam,

Entri ni masih berkisar kisah di Austria. Ye lah 6 minggu kat sana, tapi masalahnya dah lepas 3 minggu balik Mesia baru nak update.. kalau terus post entry setiap minggu kat sana.. kira settle la kan..


Skrng sepatutnya dah boleh la citer perkara2 yang berlaku kat Mesia kan... kisah Graduan biadap tayang plakad ke, masak nasi daging hujung minggu ke.. kisah makan-makan kat besi ke.. byk lagi cerita nih..

Tak per lah.. kalau tak coretkan kat sini, nnt lepas beberapa tahun sure ilang dah kenangan.. Jadi, taruk saja lah... Citer  kat Austria pun boleh ajeeeeee.. ye dak..

Tajuk entry di atas adalah bermaksud acara Sambutan/Festival tradisi Orang Austria di penghabisan musim panas di tempat bernama Reith. Dari apa yang aku dengar dari orang-orang sana, bila masuk musim panas, semua pemilik-pemilik lembu akan bawa lembu naik ke puncak gunung, dan lepaskan lembu-lembu mereka di puncak gunung dan di biarkan hidup bebas.

Setiap lembu dah di TAG kan setiap pemilik. Selepas hampir tamatnya musim panas, mereka akan mengadakan upacara besar-besaran untuk bawa turun semua lembu-lembu tersebut. Sebelum turun, bagai ada perayaan di lembah bukit tersebut, ada perlbagai jualan, ada hidangan beer, makanan, ada yang bermain musik. Lembu-lembu yang turun tersebut di hias rapi wa cakap lu.

Subhanallah.. permandangan yang mengasyikkan

Jauh lagi perjalanan nak ke atas.

Dari sini dalam 1km lagi kalau tak silap..

sampai sini, simpang ni dalam 850m.. tp sini agak curam bukitnya..

Tudia... nampak dahhhhhh

Memang meriah tempat nih. Tapi aku nak sampai ke sini dari Kramsach, dalam 5km, cuma 2km aku perlu panjat bukit. Perjalanan aku dalam 5km memakan masa lebih 30 minit sebab kena tolak basikal naik bukit. Sampai di Reith tuh, bayaran masuk adalah 5 Eur.

Sebagai bukti beli tiket masuk.. boleh keluar dan masuk balik pada hari yang sama.. kalau keluar hari ni.. minggu depan masuk balik.. jangan nak buat perangai la.. buat malu orang mesia jer..

Dalam kawasan tu memang bersesak orang.. wow.. ramai yang berbaju tradisi dorang. memang best.. Aku agak teruja juga dapat melihat tradisi orang lain. Memang ada kelainan dari kita. Dalam 20 minit berlegar-legar di sana, berjalan menelusuri gerai-gerai jualan, dah macam pasar malam.. aku fikir nak balik sebab nampak cuaca macam gelap sikit.. bukan apa.. takut ujan.. dah ler sejuk time nih..

Meremut orang oiiii

Snap la sekeping 2 yang ada bunga-bunga di dalamnya..


Dorang datang sini lebih kepada nak enjoy, minum beer jer.. 


Geng veteran pun ramai.

1st time tengok paip panjang mcm nih.. instrument ni nama dia "Alphorn"


Dalam perjalanan aku nak keluar dari tempat gerai-gerai. Baru aku perasan, aku datang sini nak tengok lembu turun dari gunung.. apahal laju nak balik... huhuhuhu.. bingol juga la kan.. apa kebenda la kau ni.. Nasib teringat awal.. buatnya dah sampai bilik baru teringat tak tgk lembu turun.. tak kuasa nak panjat bukit lagi sekali.. mampuih..




Elok dah sampai kat pintu keluar.. tunggu jap.. ada dengar loceng... nampak segerombolan lembu baru nak turun.. cantekkkk.. terus onkan video.. Lembu-lembu dorang ni, memang sihat-sihat dan besar-besar... boleh tengok video ni. Semua lembu-lembu tersebut di hias elok..


On the way balik, turun bukit, dalam masa tak sampai 10 minit dah sampai bawah.. amboi.. cepatnya.. nak panjat bukit sampai lbh 30 minit.. mana tak nya.. kena tolak beskal..





Itu lah saja cerita di Austria.. Rasanya ni last kot kisah kat sana.. Next entri boleh konsentrate citer-citer or gosip2 kat mesia plak.

end.

Tempat Kesepuluh di Austria - Alpenzoo Innsbruck

Salam all,
Entry ni nak citer pasal pengalaman jalan-jalan kat Austria ke Alpen Zoo. Zoo ni termasuk dalam plan kitaorang bila ke Innsbruck.


Kalau tengok entry ke puncak Innsbruck, memang di tengah2 perjalanan boleh ke Zoo. Dari Stesen Kongress ke Hungerberg naik funicular (sejenis train), ada satu stesen di antara nya Alpenzoo. Tapi kami mmg tak perasan sebab terlalu ramai penumpang. Tak nampak luar.

Plan ke Zoo lepas turun dari puncak Hafelekar. Sampai stesen Hungerburgh dari puncak Hafelekar tu, kitaorang terus cari jalan ke Alpenzoo.. Kat sini kami silap.. Huhuhu.

Untuk plan semua ni adalah plan isteri kesayangan aku ler.. Katanya on the way saja boleh ke Zoo.. memang boleh.. dan ada tren untuk ke Alpenzoo station.. Malangnya masa perjalanan naik kami tak perasan ada stesen Alpenzoo. Sepatutnya, dari Hungerberg tu, kami kena naik Funicular turun le Alpenzoo station tapi kat stesen Hungerberg kami ikut tanda arah Alpenzoo (mcm dlm video bawah). 


Apa lagi.. Jadi peng"hiking" la kami sebab kesilapan sendiri. Ekekeke.. Aku tak salahkan isteri dalam hal ni. Macam biasa kami rilek saja berjalan. Tengok route kami ber"hiking" ke zoo.

Perjalanan kami memakan masa lebih sejam oi... kalau nek tren turun kat Hungerburgstation-Alpenzoo dalam 5 minit saja.

Dari kawasan perumahan, kami masuk ke hutan belukar, memang ada jalan, kami ikut saja. Jumpa la beberapa orang yang hiking dan cycling dlm tu.

Jalan punya jalan 5 minit macam tak jumpa je. Jalan pulak macam menuruni bukit. Kami masih follow lg. Nak, patah balik terasa macam jauh, jadinya teruskan juga. 

Fuh, akhir nya 1jam lebih berjalan baq hang.. Giler oooo.. Penat kepala lutut.. Panas plak tu.. Baru ada bau-bau najis binatang.. Cheh.. Jauh gila kot.. Pelik betul.. Xkan setiap orang nak pergi Zoo kena hiking masuk hutan. 

Sampai pintu Zoo baru perasan.. Aramakkk.. Ada stesen Alpenzoo la.. Jibake betul.. Yang awak berjalan sakan kat 2jam tu apa kejadahnya. Nasib ler.. 

Dalam keletihan, kebaraan sebab kepenatan. Jadi xde banyak gambo kat Zoo.. Ada la sikit2 gambo binatang. Boleh la.. 

Lepas masuk, terus le Cafe pekena Air dulu dengan fries buat alas perut. Berjalan plak dalam Zoo dalam sejam lebih ikut peta yang di sediakan. 















Kebanyakan gambo-gambo binatang jer.. sebab kepenatan dah.. takde gambo bertiga.. sebenarnya ada banyak binatang dlam zoo ni.. kalau ikut peta.. lebih 50 jenis binatang.. tp tu lah.. amik sikit2 jer la gambo wat kenangan.. hihihihi..

Itu la antara, kisah sedih antara aku kau dan dia.. Agak-agak boleh wat drama tak? Ekekeke

End citer Zoo! 

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.