Ke Gold Coast Morib kita Minggu ni

Ini kisah lama yang aku nak tulis.. lama betul tak update blog.. ingat nak update atlease seminggu sekali or 2 kali, tp last aku nak update guna apps kat phone, nak upload gambo kuar "Image type not support" terus jadi mcm malas. Tp apa pun, memang malas sebenarnya... itu cuma alasan jer.. hihihihi.. byk benda aku dah tulis dan save. Tp tak publish.

So kali ni aku nak cerita pengalaman stay kat Gold Coast Morib sepang, dah 2x kot aku ke sana, kali ni aku gi satu family, dan kawan2 MOL accessportal sekali. ada Arif dan Hans Joe. Aku agak beruntung ada kawan2 yang best mcm dorang kat MOL tuh, aku join dorng ke Gold Coast Morib ni pun suku dari byran penginapan di sponsor oleh arif dan Hans. Alhamdulillah... susah bro nak cari kawan2 mcm nih...

Sorang lagi sahabat kat MOL en Ashaari tak join stay n tdo sana, cuma join mkn2 ikan bako jer.. aku pun mcm tak ingat nama tempat tuh.. nnt dlm gambo ada kot tertera nama tempat makan tuh..

Gold Coast ni, pada aku, ok la kalau korang nak lari dari hiruk pikuk kota, nak kedamaian, lepak2 santai ngan anak2 kat pool ala theme park tp kecik. Cuma korang tak leh la compare theme park Sunway lagoon dengan Theme park Gold Coast nih.. Tempat ni boleh di katakan jadi tumpuan ramai juga la, boleh la mandi manda dekat taman air dia, ada la gelongsor satu 2 yang agak menarik... tp anak2 yang bosar2 sure boring la... yang ada anak kecik 4 5 tahun  tuh aku rasa masih seronok lagi..

Kalau aku cerita pasal bilik, sebelum ni aku duduk bilik studio, ada satu katil king, ada jakuzi. Bilik agak luas. Berbaloi dengan apa yang aku bayar. Cuma pada lewat petang, korang kena tutup semua sliding door. Sbb nnt akan ada satu bau yang kurang menyenangkan.. hihihi.. aku pun tak pasti bau apa.. tp mmg agak meloyakan.. Katil memang besar, sedap tdo.. projek mengenjut pun sedap..
Cuma kali ni aku g, aku dok appartment 2 bilik.. masih luas, cuma bilik air takde jakuzi dah. Untuk aku yang bekeluarga ni agak sesuai la... anak jantan aku 3 orang tdo dlm satu bilik..

Kalau cerita pasal breakfast, aku dan isteri kalau pergi bercuti, breakfast adalah salah satu benda yang kitaorg tgk utk stay kat hotel tu atau reject. Pada aku breakfast Gold Coast Morib ni memang tidak mengecewakan. Aku rasa ok, walaupun ramai orang, tp makanan di tambah dengan baik, Cuma nasihat aku kalau korang nak breakfast, elok turun seawal 730pagi atau seawal restoran di buka. Sbb kalau lewat, nnt kekurangkan tempat duduk.. Tempat duduk banyak dah, tp masih tak berapa cukup.. Jadi terpaksa menunggu. Aku dan isteri sememangnya turun awal. Kalau restoran buka pukul 5pagi, aku rasa pukul 5.30pg dah terpacak depan pintu.. hihihihi.. bab mkn mmg nombor satu.

Selain tu, aku rasa, percutian di Gold Coast Morib ni agak berbaloi utk sekeluarga yang inginkan rehat dan santai. Untuk elakkan bajet jadi besar, jadi isteri aku dah masak nasi lemak buat mkn ms lunch, masak agak banyak so cukup la utk 3 keluarga makan lunch nasi lemak. Kebetulan kitaorang sampai dlm kul 1130 gtu, dah boleh check in sbb bilik kosong.. alhamdulillah...

Enjoy gambar2 yang aku share.



Ruang bilik tidur utama.

Angle ambil dari ruang tamu ke bilik tidur utama

Ruangan dapur

Bilik tidur kedua

Bilik mandi. Kalau studio, ada Jakuzi.. sini tande.

ruang tamu.. hana dah tak sabar nak turun mandi kolam

beranda menghadap keluar

Ambil dari beranda

Permandangan Pantai yang tak nampak pun.. haha

Makanan lunch di sediakan oleh isteri tersayang.. 

Nasi lemak padu..


Mommy dan Hana asyik dok berselfie..

Hero 3 orang dok layan TV sementara tunggu Hans dan arif sampai

Arif dan Hans menjamu selera

Bersama isteri kesayangan..

Nahhh.. gelongsong.. antara benda menarik kat sini

Buaian pusing

Aku sebagai pemusing tak bertauliah

Akhirnya.. dapat juga hana berendam..

Benda alah ni di sewa RM20 sejam

Main ler puas... ati senang tgk kegembiraan anak2..

Mood romantik laki bini

Ha.. tudia.. masih mood yang sama... 

Eh.. lebih2 plak nih.. siap peluk2 lagi.. biasa la.. mood romantik.


Abahnya pun nak try juga menda alah nih.. best ke tidak.. boleh laaaa

Laa.. mommy pun nak cuba... kiikiki

Hana memang terror menyelam

Hana menangis ke tuh?.. hihihi

Lepas puas mandi, kitaorang pergi sejauh 30KM lbh kot nak makan sini.. Ikan bakar bagan lalang.

Senarai harga.. agak mahal juga...




Selfie jap lauk semua penuh lagi

Agak sedap makanan dia.. berbaloi



Tudia.. licin baq hang..

Gambar sefamily sebelum beredar.. masa utk beradu plak..

Masa ni time bekpas... 

Yeah.. I like bekpas...
Time to check out!!

Balik time.. Thanks bro...

Kami 3 keluarga.. memang best... enjoy beb... 




Layan Sate Samuri Awan Besar

Salam,
Entri ni agak lama di peram. Biasa lah,  kejadian dah lama,  baru sekrg nak tulis. Dan sekarang plak makin jarang aku post cerita..
Kali ni aku just nak share pasal Sate Kajang yang femes. Buat pertama kali aku mkn sate Hj Samuri ni masa lepas graduate dr UM dulu tahun 2000. Ada member belanja konon celebrate lah.
Kitaorg pergi 2 bj kereta, masa tu mmg pergi ke Cawangan utama. Mana ada lg branch lain.  Baru 5 kupang secucuk. Masih murah tp kalau di bandingkan dgn penjual lain dia mahal sikit lah. Biasa tahun ni (2000) sate baru 35 sen.
Lepas tu aku kerap p makan sate kajang kat Cawangan Awan besar, sbb nya monthly aku dan kawan2 selalu membowling sebagai aktiviti bulanan. Lepas main, singgah Awan besar mkn sate. Masa tu rekod paling byk aku makan cuma 26 cucuk je. X byk pun. Hihi. Masa ni berat pun dlm 58 ke 60kg je. Sekrg pertambahan 20kg lg.
Dari 5 kupang dah jadi 7 kupang,  tahun lepas masih 8 kupang. Sekrg dah 9 kupang 8 duit. 98sen.aku kurang faham kenapa kena letak 98sen, letak je lah singgit sbb nya nnt dia akan bundarkan jadi singgit gak.
Tp pada aku,  harga tu xlari jauh la Dr penjual sate lain kat tempat mkn atau mamak, Dorg pun jual 8 kupang. Kalau daging jadi 9 kupang. Tu la dia kisah sate kajang aku sekeluarga. 2 3 bulan sekali mesti kitaorg layan Sate Samuri ni.


Pengalaman pertama Hana Darina tido di Hospital

Assalamualaikum,
Hari aku menulis ni, Hana Darina sudah pun satu malam di Hospital Sunway sebab Jangkitan bakteria dalam darah.

Pengalaman pertama ank kecik aku ni. Kesian sungguh bila tgk doktor bertungkus lumus nak masukkan jarum kat tangan untuk drip air.
Sejak Jumaat petang 12hb Hana dah panas badan. Aku dah isteri beri ubat demam biasa je.
Esoknya (sabtu)  masih panas tapi Hana nampak masih aktif. Lepas dpt ubat, panas surut. Petang sabtu tu aku dapat rasa kelenjar kat belakang telinga Hana macam bengkak.

Aku dah isteri masih continue bg ubat mcm biasa. Panas dia on/off la. Masih aktif mcm biasa tp sebelah malam agak merengek. Isteri lah yang banyak jaga Hana. Aku sedap je tdo.. Thanks Darling. Complimentary utk isteri aku.

Hari isnin pagi macam makin panas, dan keaktifan Hana tak macam biasa. Terbaring je, slow je nampak. Aku plak pg2 ada interview, so isteri aku bw Hana ke kinik. Doktor tgk muka sembab nampak mcm alergik kata doktor. Doktor pun check. Dia ada sebut "nefrotik syndrom". Maksud yg aku dpt Dr pakcik Google buah pinggang keluarkan lebih protein ke air kencing.

Bila amik darah, nampak result nya sel darah putih terlebih dan platlet turun. Kemungkinan nya denggi. So kitaorg terus la bw le Sunway Meds. Mulanya nak guna insuran kompani isteri, dah kena dptkan refer letter dr panel kinik plak. Kena la g KJ utk ke panel. Tgu plak Setengah jam.

Dah dpt surat terus ke Sunway Medical Center. Bila dah ke Sunway Medical ni aku pun call agent tanya pasal insurans. Dia ckp guna AIA je. Xperlu bayar deposit pun. So okay lah. Tp sebelum tu jumpa doktor Ped Dr Cham Weng Tarng. Doktor pun check la ikut rutin doktor. Then nak amik darah lg utk test. Adoi, bper kali nak amik darah. Doktor tny nak admit atau nak blk. Kitaorg decide utk admit je sbb doktor cucuk sekali je then bill boleh claim dlm insuran je. Kalau balik, hr ni cucuk amik darah sok kalau kena admit kena cucuk lg pastu kena bayar cash dulu.

Kesian Hana kena cucuk amik darah tuh. Yang  paling kesian bila doktor masukkan  berus halus dlm hidung untuk check H1N1 atau nemucocal. Panjang lak tu berusnya. Menjerit Hana. Allah, kesian siot. Aku tak dapat bayangkan parent yang anak sakit kronik, cemana dorg hadapi keadaan melihat ank2 kena amik itu ini utk test.

Hari ni, Hana semakin sihat. Dari keputusan doktor, denggi negatif, xde masalah dengan buah pinggang, semua normal. Alhamdulillah. Cuma Jangkitan bakteria dlm darah. So kena stay lg 3 hr utk antibiotic dan monitor. Pastu boleh balik la kot. Inshaallah. Moga di permudahkan.

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.