Trip to Ipoh - Gua Tempurung dan jalan - jalan cari makan

Salam,
Post sebelum ni, aku ada cakap nak cerita pasal Gua Tempurung... Sementara ada rasa nak menulis, aku Coretkan terus lah. Ahad pagi tu, pukul 830 kami dah bersiap, utk ke Gua Tempurung.. Tp macam biasa la.. Pagi-pagi kena la cari makan dulu kan. 

Untuk breakfast, kami plan nak bekpas kat kedai Roti Canai Ijam.. Kalau tengok Google, kedai ni sedia kan lebih 40 jenis roti canai.. Haaa.. Menarik kan! Kami pun teruja nak ke sana. 

Area kedai ni berada dalam kawasan perumahan, jadi parking dia belasah je la di mana2 kosong.. Ada la, ruang2 kosong yang boleh kita Park. Kalau korang nak datang sini.. Aku syorkan datang awal.. Kebetulan kami sampai dekat-dekat pukul 9 rasanya.. Kedai, memang agak crowded.. Tp alhamdulillah kami dapat meja kebetulan ada satu family baru siap makan.. 

Kalau datang lewat, contohnya pukul 10.. korang nak kena tunggu meja kosong satu hal.. dah dapat duduk.. nak kena tunggu order sampai plak lagi satu hal.,, naya oooo

Roti pulau

Pada aku, biasalah kalau kedai yang femes dalam Google, masa untuk dapat Makanan lepas order tu agak berjanggut juga. Apa pun, memang berbaloi tunggu sebab roti canai dia Maveles, lembut dan sedap. Aku order roti Pulau.. Roti yang di banjirkan dan di pecah ka telur separuh masak 2 biji.. Mantap. 

Ingtnya dalam pukul 9lbh boleh settle dan gerak ke Gua Tempurung.. Sebab gua tempurung start beroperasi jam 10pg. Sekali masa menunggu yang boleh tahan lama, hampir 50minit.. Perjalanan ke Gua Tempurung pun ambil masa lbh 30 minit. Jadi kami sampai area Gua tempurung hampir pukul 11.

Plan kami anak beranak nak jelajah Gua Tempurung ikut laluan level 3..gelap dan menelusuri air sungai. Plan kami tak kesampaian sebab untuk level 3 dan 4 perlu kan booking kerana level ini perlu kan guide dan perlu ada lebih 10org dalam satu kumpulan. 

Jadinya kami ambil sampai level 2 saja.Dry exploration.. Dengan Rm12 saja, dapat meneroka Gua Tempurung. Untuk level 2, kering saja.. Cuma ikut saja laluan yang telah tersedia.. Luas sebenarnya dalam gua tersebut. Perjalanan kami hampir 600m juga untuk sampai ke last platform. Sepanjang jalan tersebut ada yang perlu mendaki tangga yang agak tinggi. 

Untuk orang tua, yang ada masalah sakit lutut, rasanya tak berapa sesuai untuk aktiviti sebegini. Sebab memang banyak tempat yang kita perlu mendaki anak tangga, boleh tahan tingginya. 

Lokasi last untuk level 2. Platform 5

Seusai menelusuri gua. Kami bercadang nak ke Kellies Castle, namun apa kan daya, hujan mencurah dengan lebatnya.. Namun untuk tidak menghampakan kami sekeluarga. Kami pergi juga ke Kellies castle.. Cuma tgk dari luar je la.. Apa yang memeranjatkan kami, punya la ramai manusia melawat tempt tersebut walaupun hujan.. Kebetulan sampai area situ hujan dah reda. Kami cuma lalu saja, sebab hujan dan terlalu ramai orang. 

Kami meneruskan perjalanan balik ke Petaling Jaya kami akan singgah Makan tengah hari di kedai nasi Bamboo di Sungai. Sini memang tak boleh sangkal, sentiasa ramai orang tambahan lagi musim cuti begini. ini yang best bila travel.... makan .. makan... makan

muncul 2 tangan orang yang kuat makan!!

Perut dah kekenyangan. Kami meneruskan perjalanan pulang. Lebih kurang jam 6 lebih kami sampai rumah. Alhamdulillah.. Perjalanan yang memenatkan namun sangat berharga buat kami sekeluarga. Kenangan yang tercipta akan di kenang sehingga akhir hayat. 

Abis dah post kisah gua tempurung. Sekian. 






Trip to Ipoh - Kenduri dan jalan-jalan cari makan

 Salam All,

Nampaknya penulis ada masa nak menulis.. aku le tuh... sebenarnya bukan masa yang bagi masalah.. sikap kemalasan diri tuh yang buat kan takde post langsung tahun lepas... sebab apa.. masa tengah seronok menulis, tak kira di mana-mana pun boleh taip... sebab tak perlu menaip kat komputer, dari phone pun dah ada apps utk update blog.. ada aku tulis pasal ni satu masa dulu... apa pun sume sebab kemalasan.. sama la nak excersise ... takde masa tuh cuma alasan jer kan... Ok.. cukup la bebelan aku ni.. 

Kisah kali ni aku nak tulis pasal minggu lepas, bersempena dengan cuti CNY Isnin Selasa, kami sekeluarga ke Ipoh, Klebang Jaya, sebab ada kenduri kahwin anak sepupu. Aku panggil dia Abang Dan, anak maklong aku. Anak dia kahwin, last dah katanya.. abis dah semua bekeluarga. Kami bertolak Sabtu pagi 21hb Jan lebih kurang pukul 8.30 pagi. 

Perjalanan mengambil masa 6 jam wei... giler lah.. memang jem baq hang.. nasib baik semalamnya aku masuh tidor awal. So masih ok la.. biasa kalau masuk tidor lewat, then esok nya drive lbh 3 4jam.. mata start wat hal.. melelong keta sebab nak terlelap. Itu pun ada masa waze bawa keluar highway, lalu jalan biasa 2x. Kalau tidak, tak pasti berapa lama amik masa nak sampai.. 


Kami sampai Klebang Jaya lebih kurang pukul 2.15ptg macam tuh. Kenduri pun dah slow sikit.. mungkin orang start makan awal, biasa dalam pukul 11 lbh dah makan. Tapi okay lah.. yang penting kami sampai.. bersalaman dengan abang Dan, kami singgah dalam 1jam saja.. lepas siap menjamu selera. Kami terus bergegas ke HomeStay yang kami sewa melalui AirBnB. Rumah 2 bilik yang boleh memuatkan 6 kepala.


Kebetulan lokasi homestay terletak bebetul di tengah bandar ipoh. Nama dalam AirBnB Ipoh Majestic. Kami berehat sekejap, dalam pukul 5 kami keluar untuk mencari Mee Kari. Bila search jumpa la berbagai-bagai lokasi mee kari.. walaubagaimana pun pilihan kami tertumpu pada Mee Kari Mat Jasak. Ani pun jumpa yang sama, aku juga jumpa yang sama... tetapi sebenarnya lokasi kami berdua lain2.. lokasi aku dia dalam kawasan kampung manjoi.. tempat aku membesar 4 5 tahun di sana... Lokasi Ani dalam area bandar ipoh, Food court mara.. lebih dekat.. lebih kurang 5 minit drive.. ke Manjoi perjalanan dalam 20 minit. 

So turun la kami sekeluarga mencari mee Kari Mat Jasak mengikut lokasi dari phone aku.... terus la kami menghala ke Manjoi.. lepas dalam 20 minit memandi, di bawanya masuk di celah-celah rumah... zasss.... sekali tak jumpa lokasi seperti di dalam google... nohhhh... gagal pulak... ini memang perkara biasa saja kalau kita travel kan... tanya balik isteri, "yang awak punya Mat Jasak gak kan?" ye katanya... cuba tengok balik lokasi sama tak... bila dia buka phone.. sekali lokasi lain... 

Kami teruskan perjalanan mencari Mee Kari Mat Jasak, sekali tengok goggle bawa balik menghala ke bandar ipoh.. choiiihh... dekat jer dengan homestay kami.. alhamdulillah, dalam byk kedai di situ, kedai mat Jasak ni jer yang beroperasi.. yang lain mungkin cuti sbb CNY kot. Dapat juga makan mee Kari Mat Jasak. 



Pada aku lah, walaupun dalam review ni cakap sedap sangat Mee Kari Mat Jasak ni, rasa dia boleh la.. bukan la tak sedap.. kalau pergi lagi masih boleh repeat la.. cuma mungkin ada sedikit kekurangan pada mulut aku lah.. Mee Kari Makteh besout lagi sedap giler.. fuhhh.. Mee kari mat Jasak ni, kita boleh pilih ball-ball yang macam utk yong tau fu untuk di masukkan dalam mee... Seusai makan, kami pun balik.. tak ronda ipoh dah sebabnya satu hari ni hujan kadangkala turun walaupun tak lebat giler.. tapi masih boleh basah la.

Sampai rumah, Hana plak sibuk nak mandi kolam... walaupun rumah kami di Suriamas tuh boleh kata hari2 dia terjun kolam.. ada satu 2 hari dari pagi pukul 10 sampai pukul 6 petang berkubang.. masih tak puas... Untuk sedapkan hati Hana, aku dan isteri bawa la turun.. time tuh dah lepas maghrib.. dalam 745 rasanya.. Aiman pun bersiap nak join... Turun Kami di level 7 ruang fasility, tengok gelap jer.. rupanya swimming pool tutup pukul 8pm wei.. awai giler.


Malam sikit kami turun untuk ke Gerbang Malam, memang walking distance jer dari rumah kami sewa. Gerbang malam ni, takde apa yang menarik sangat la.. lebih kurang macam Uptown kat KL & Shah alam jer la... boleh la nak menjamu mata.. tapi nak jamu selera memang tak leh sebab takde yang jual makanan di situ. Kami pun tak lama area situ.. habis jalan sepanjang gerbang malam, Ani dan Hana ada sambar satu beg kain, perempuan kan... busuk-busuk pun mesti nak berbelanja gak sikit.. Lepas settle, aku rasa macam nak pekena roti canai.. td makan mee kari rasa macam tak berapa kenyang plak. 


Berjalan la pulak dalam pekan ipoh cari kedai mamak utk roti canai. Kebetulan ada satu kedai mamak yang aku jumpa berdekatan dengan Homestay, ok la kan.. lepas makan dah boleh balik. Nama kedai Nasi kandar Gany.. dok ingat kedai Gani macam kat penang.. sekali lain... ekekeke... masing-masing pekena roti canai... tak berapa syok sgt la.... Siap makan apa lagi.. balik la ke homestay...  masa ni dah dekat pukul 11 rasa.. 

Kat hotel takde apa yang nak di buat... ok la juga homestay ni ada sedia TV box android.. ada la byk filem boleh tengok... tengok tv jap.. mata pun mengantuk.. mana tak nya.. drive straight 6 jam tadi.. aku dan ani terus masuk bilik.. zzzzzzzzz.. 


Rasa sampai sini jer la utk kali ni... aku nak tulis sekali pasal kitaorang masuk gua.. tp post ni mcm dah panjang plak... tunggu next post la.. aku cerita pasal masuk Gua Tempurung esoknya. 

Thanks pada yang membaca... !!! kalau boleh komen la sikit... ekekeke..



Dah 2023 oiiii!!!

 Salam pembaca blog Kisah Wijaya,


Sedar tak sedar dah tahun 2023. Pada hari aku mencoret ni pun dah setengah bulan Januari dah pun. Nampaknya tahun 2022, satu pos pun takde.. Tahun sebelum tu 2021 pun cuma ada 7 post jer..  2020 ada la 6 post... Aku tak pasti tahun ni nak menulis lagi ke tak.. buat masa sekarang ada sikit masa free boleh la menulis. Harap ada masa la nak post kisah2 kami sefamily dan rakan taulan yang ada di sekeliling.. ada jer cerita kan.. dr tahun 2020 tuh aku rasa tak byk aktiviti lagi pun covid... covid juga di persalahkan.. hahaha..

Semoga bermula tahun baru ni segala azam2 yang lepas telah pun di penuhi.. plan nak menguruskan diri pun mcm kelaut seperti biasa. Jadi tahun ni cuba lagi utk menurunkan berat badan di samping menjaga kesihatan yang lbh lagi memandangkan umur semakin meningkat ni.. Allahu.. macam-macam penyakit hinggap.. semoga kita semua di jauhkan dari segala penyakit.

Cerita pasal tahun 2022 ni... ermm.. apa yang menarik? nak kata menarik tp cukup untuk di jadikan memori indah sepanjang 2022

  1. Abah mak dapat pergi Umrah February
  2. Family Day keluarga Ahmad (mertua) di Pangkor Mac
  3. Adik ipar Fatihah Kawin Mac
  4. Raya Puasa di Perak May
  5. Raya Haji di Perak asbab ada korban 2 ekor lembu (Turn patut ke Klate)
  6. Ke Singapore Training Quattro (Besi Apac)
  7. 2nd honeymoon for 10yrs Anniversary ke Krabi Aug - my best memory 2022
  8. Team building Besi kat Genting Highland Aug
  9. Bangchik Konvo - seluruh family datang.. wat BBQ.. Oct
  10. Aiman dapat tempat kat UM.. hantar masuk KK12 end Oct
  11. Last day at Besi end Nov
  12. New beginning at Edag Holding Dec
  13. Meninggalnya seorang sahabat dari Sek Teknik Ipoh 26 Dec
Banyak juga cerita sebenarnya kan.. itu yang besar2 jer la bg aku.. kalau aku post setiap aktiviti menarik sepanjang tahun mungkin lebih byk lagi.. 

Tengok cemana, samaada aku tulis semua dalam post ni atau aku create satu post utk setiap memory tuh... kena tunggu kerajinan aku kot.. hahha..




Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.