Rezeki Allah itu luas - Bersyukurlah
Salam,
Entri kali ni takde citer pasal apa-apa yang terjadi semalam kelmarin atau pun esok. Tajuk dia pun umum saja. Saja aku nak tulis pasal rezeki Allah supaya hati aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.
Kalau kita cakap pasal rezeki, berbagai-bagai bentuk rezeki yang yang Allah kirimkan buat kita. Tak semestinya dengan wang ringgit dan harta semata-mata. Di kurniakan tubuh badan yang sihat adalah antara nikmat rezeki dari Allah, boleh kita bekerja untuk mencari rezeki yang halal dan di berkati.
Di kurniakan anak ramai juga antara rezeki Allah untuk kita syukuri. Jika di bandingkan dengan sesiapa yang tiada rezeki untuk mendapat zuriat. Namun inshallah, berkemungkinan mereka ini di kurniakan rezeki lain yang lebih baik berbanding kita. Bersyukur kita dengan nikmat Allah yang maha adil lagi maha memberi.
Kalau di kurniakan isteri ramai cemana plak tuh? hihihihi.. itu sudah tentu tak dapat di sangkal lagi kan.. Namun ada isteri sorang pun sudah memadai, dapat pula yang cukup memahami dan sentiasa berada di sisi tak kira waktu susah dan senang, dapat melayan kerenah dan "kehendak" kita dengan baik dan penuh kesabaran juga adalah rezeki. Berbanding dengan kawan-kawan yang masih belum di kurniakan jodoh untuk mereka. Bersyukurkah kita? alhamdulillah..
Di kelilingi rakan-rakan dan sahabat yang baik juga adalah nikmat rezeki yang kita tak boleh nafikan. Alhamdulillah, sepanjang hidup yang penuh pancaroba, walaupun bukan rezeki untuk mendapat gaji yang besar setara dengan kawan-kawan lain, di kelilingi sahabat-sahabat yang baik juga adalah nikmat yang patut aku syukuri. Dalam kekalutan hidup satu ketika dulu, turun naik kehidupan, sentiasa ada kawan-kawan yang sentiasa ada untuk membantu. Alhamdulillah ya Allah.
Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, sentiasa positif dengan apa yang kita ada. Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik esoknya. Maka kita lebih gembira dan bahagia memperolehi rezeki yang tak dijangka.
Bersabar, bersyukur berdoa dan bertawakal lah. Hanya dia yang maha adil lagi maha memberi.
Syukur alhamdulillah ya Allah!!

Ya - Allah, aku memohon, kau kurniakanlah limpahan rezeki yang berganda untuk sahabat-sahabat ku dengan tidak terkira luasnya. Amin amin ya Rabbal Alamin.